Sreeettt!!
Berdecit tayar kereta Rayyan saat kakinya mencengkam kuat pedal brek di kawasan
parkir Hospital Pakar Utama. Dia betul-betul terkejut saat menerima
panggilan dari Jasmin sebentar tadi.
Dari berita yang disampaikan oleh Dalili, Airis ditahan di wad sekarang
ini. Ditimpa kemalangan. Dadanya berdebar-debar. Adakah Airis kemalangan sewaktu pulang
selepas menunggu dirinya di Blue Wave seperti yang dijanjikannya pagi
tadi? Atau mungkin Airis kemalangan
sewaktu dalam perjalanan pergi ke Blue Wave? Dan apa pula yang melanggar
Airis? Ahhh..dia menjerit di dalam
hati.
Rayyan
meraup wajahnya berkali-kali. Terasa kesal
memungkiri janjinya untuk bertemu Airis di Blue Wave tengahari tadi. Panggilan telefon dari Airis juga tidak
diendahkannya. Bimbang menjadi mangsa
amukan Airis kerana tidak menepati janji. Bila mendapat tahu Airis ditimpa
kemalangan sebegini, dia menyumpah dirinya sendiri di dalam hati.
“Ray,
temankan I nanti boleh? You
tolong I pilihkan hadiah untuk birthday party Alvin Ahad ni. He invite
you too, right? Kita pergi lunch hour nanti, boleh kan?” Rayyan tersentak. Suara Jasmin di hujung talian terasa di
awang-awangan. Fikirannya mula teringatkan janjinya pada Airis pagi tadi. Dia serba salah. Selama ini, segala kehendak Jasmin belum
pernah diingkari. Tapi dia sudah
terlebih dahulu membuat janji kepada Airis.
“Hello,
Ray? You
dengar tak apa I cakap ni? Ray!”
Jasmin sedikit memekik. Dari tadi
Rayyan diam tak bersuara di hujung talian.
“Okey. I’ll
fetch you later.” Talian telefon
dimatikan. Rayyan mendengus nafasnya
kasar. Dia meraup mukanya lagi. Terngiang-ngiang lagi perbualan telefonnya
tepat pukul 12 tengahari tadi bersama Jasmin. Dia tahu sekiranya dia tidak
menemani Jasmin waktu rehat tengahari tadi, tentu Airis tidak ditimpa
kemalangan.
Rayyan
berjalan menghampiri pintu masuk hospital dan menuju terus ke kaunter
pendaftaran. Setelah segala butiran
diperolehi dari kakitangan bertugas, dia mengatur langkah. Matanya melingas pada setiap papan tanda
bernombor yang dilekatkan di atas muka pintu wad. Tercari-cari lagi wad yang menempatkan Airis
sehinggalah akhirnya kakinya terpaku di hadapan pintu yang terlekat dengan
papan tanda tertera nombor yang diberikan oleh kakitangan hospital sebentar
tadi. Dari cermin bersaiz sebesar
wajahnya yang terletak di hadapan pintu, Rayyan dapat melihat dengan jelas
susuk tubuh Ziyaad yang duduk di sisi Airis.
Rayyan mematikan dirinya. Tekun
memerhati setiap tingkah laku Ziyaad.
Ziyaad
menghembus nafasnya panjang. Dia
memerhati setiap sudut wajah Airis yang sedang nyenyak tidur. Timbul simpati pada gadis itu saat matanya
tertancap pada luka di bibir Airis yang pecah.
Diperhatikan pula ke tangan Airis yang sudah pun berbalut. Terasa ingin digapai dan dibelai tangan itu
ke dadanya. Tapi, dia hanya membiarkan
hasratnya. Dia meraup wajahnya dan
melepaskan keluhan nafasnya kasar.
Ziyaad
tiba-tiba tersentak. Dikerutkan
dahinya. Merenung kembali tepat-tepat ke
arah mata Airis yang tertutup. Airmata!
Ya, gadis itu menangis dalam lenanya. Ya
Allah, entah apa lah yang ada dalam fikiran Airis ketika ini. Dia jadi tertanya-tanya. Walau dia tahu Airis dalam kesakitan, tak
mungkin kerana kesakitan itu menyebabkan Airis mengalirkan airmata. Pasti ada sesuatu di sebalik semua ini. Dia sendiri masih ligat berfikir, siapa
sebenarnya yang ingin Airis temui. Ziyaad
meraup wajahnya lagi. Hatinya dipagut
sayu bila melihat gadis yang disayanginya itu mengalirkan airmata. Apatah lagi mengalirkan airmata saat sedang
nyenyak beradu. Ingin saja ditarik Airis
dalam dakapannya, biar hilang segala kesedihannya. Dia bingkas bangun, mengeluarkan sapu tangan
dari kocek seluarnya lantas menyapu lembut pipi Airis dari airmata yang
mengalir. Sudah lah sayang, berhentilah
menangis. Matanya ikut berkaca.
Timbul
kesalan dalam hatinya kerana tidak mendekati Airis sejak dari awal lagi sebelum
dia diragut. Tepat pukul 1 tadi dia
cepat-cepat ke butik untuk mengajak Airis keluar makan tengahari
bersamanya. Selang beberapa langkah
sebelum sampai ke muka pintu butik, dia terlihat Airis yang bergegas keluar
tapi Airis langsung tidak menyedari kehadirannya ketika itu. Secepat mungkin dia mengekori Airis, ingin
mengetahui hala tuju Airis. Sebaik
dilihat Airis memasuki Blue Wave, dia memesan minuman di sebuah gerai
bertentangan Blue Wave, sengaja ingin melihat dengan siapa Airis akan bertemu.
Hampir empat
puluh lima minit menunggu, dia bingkas bangun bila melihat Airis bergegas
keluar dari Blue Wave. Sedikit pelik
melihat gadis itu yang tidak memesan apa-apa makanan dan tidak bertemu dengan
sesiapa pun. Pada andaiannya mungkin
seseorang yang ingin Airis temui tidak berkunjung tiba lantas gadis itu ingin
kembali ke butik. Setelah membayar harga
minuman, dia mengatur langkah menuju ke keretanya, ingin kembali ke pejabat. Tapi langkahnya terhenti saat terdengar
pekikan suara Airis. Tindakan pantasnya
berjaya menghalang Airis dari terus mengejar peragut tadi. Entah apa yang ada dalam fikiran gadis itu,
dia sendiri tidak tahu. Dia terkejut
melihat Airis sebegitu nekad sehingga mengabaikan nyawanya sendiri. Jika dia tidak ada di tempat kejadian ketika
itu, tragedi yang lebih buruk pasti akan menimpa Airis.
Bila
teringatkan belahan luka Airis di lengannya tadi, Ziyaad kecut perut. Sementelah Airis sendiri tidak menyedari
kecederaannya, sudah pasti gadis itu juga tidak menyedari yang peragut itu
memiliki sebilah pisau. Seandainya Airis terus
mengejar dan peragut itu membawa dia sehingga ke tempat persembunyian atau ke
tempat terpencil, nyawa Airis boleh melayang.
Ziyaad menggelengkan kepalanya.
Tidak sanggup membayangkan dirinya bakal kehilangan Airis. Syukur, dia ada tepat pada masanya.
Airis
terpisat-pisat tidak lama kemudian.
Matanya cuba dicelikkan walaupun agak payah. Kesan dari ubat yang diberikan oleh doktor
buat dia mamai seketika. Matanya tertancap
pula pada tiub yang terlekat di atas tangannya yang bersambung pada drip bottle yang tergantung pada satu
tiang besi bersebelahan katilnya. Lengan
di sebelah kirinya pula sudah berbalut kemas dengan bandage. Di sisinya, Ziyaad
duduk menggaris sebuah senyuman paling manis.
“Dah lama
awak kat sini?” Airis membalas senyuman
Ziyaad. Tidak menyangka lelaki itu masih
setia menemaninya. Dia menatap sekilas
pada baju sejuk kain tebal berwarna biru laut yang melekap di badan Ziyaad. Tadi sewaktu di dalam kereta, dia memang
sedar kewujudan baju sejuk itu. Dalam
keadaan cemas tadi, Ziyaad sempat menyarungkan ke badannya yang cuma bersinglet
sebelum berlari ke kaunter hospital.
“Dari
tadi. Saya nak tunggu sampai awak
sedar.” Ziyaad memegang hujung selimut
yang membalut kaki Airis. Ditariknya
perlahan sehingga menutup perut Airis.
Bimbang gadis itu kesejukan dengan hembusan udara dari penghawa
dingin. Serentak kedua-dua mereka
menoleh saat terdengar pintu bilik wad dikuak dari luar. Airis membuntangkan matanya. Terkejut dengan kehadiran Rayyan. Tertanya-tanya siapa yang memaklumkan
mengenai keadaannya kepada lelaki itu.
Dan sebolehnya, dia tidak mahu melihat wajah Rayyan buat masa ini. Hatinya masih sakit. Ziyaad bingkas bangun, menghulurkan salam
pada lelaki di hadapannya itu.
“Ziyaad.” Ziyaad bersuara sepatah.
“Rayyan
Irsyad.” Cepat-cepat Rayyan menyambut
huluran salam Ziyaad.
“Saya ni...”
“Sepupu
saya.” Airis pantas menjawab sebelum
sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya.
Tapi langsung tidak dipandang ke wajah Rayyan atau pun Ziyaad. Matanya
hanya memandang pada skrin tv yang melekat di dinding. Wajahnya langsung tidak menggambarkan apa-apa
reaksi. Bersahaja.
Rayyan
terpinga-pinga. Terasa jawapan yang keluar
dari mulut Airis terngiang-ngiang dalam fikirannya. Ingin saja dia menerangkan duduk sebenar
status dirinya dengan Airis kepada Ziyaad.
Biar lelaki itu tahu, wanita yang disapu airmatanya sebentar tadi adalah
isterinya.
“Oh..you cousin Airis ya? Hmm...don’t worry. Airis tak apa-apa. Doktor pun dah jahit luka kat lengan dia
tu.” Ziyaad memuncungkan bibirnya,
menunjuk ke arah lengan Airis yang kemas berbalut. Airis buat-buat tak nampak pada pandangan
Rayyan.
“Actually, dia accident dengan apa? Kereta?
Lori? Motor?” Rayyan mengerutkan
dahinya. Melihat pada bibir Airis yang
pecah dan pada lengannya yang berbalut.
Airis mengekek ketawa di dalam hati.
Accident? Aku nampak macam orang baru lepas kena
langgar ke? Airis mengukir senyum,
membalas pandangan dari Ziyaad.
“Eh, dia tak
accident. Dia kena ragut kat depan Blue Wave.” Ziyaad memandang Rayyan yang jelas berubah
wajahnya.
“Ha ah. Blue Wave!”
Sengaja Airis mengulang ayat dari Ziyaad dan menekannya sedikit kuat. Sakit hatinya mengenangkan peristiwa
tengahari tadi yang semestinya boleh dielakkan kalau dia tidak menurut
permintaan Rayyan yang ingin keluar makan bersama. Rayyan terpisat-pisat. Dia tahu, Airis marah.
“Ragut? Macam mana sampai boleh kena ragut ni? Kau melenggang tayang handbag kau kot?” Rayyan
tersenyum sinis. Dia pula membalas
sindiran Airis.
“Ala benda
nak jadi. Kalau kita berhati-hati sekali
pun, benda nak jadi, tetap jugak jadi.”
Cepat-cepat Ziyaad memintas cakap Rayyan. Dari riak wajah Airis yang muram, dia tahu
gadis itu marah dengan sepupunya itu.
Dan dia dapat mengagak Rayyan lah yang ditunggu Airis tengahari tadi.
“So, apa kata doktor?” Rayyan merapati Airis. Melihat kecederaan isterinya itu dengan lebih
dekat. Sedikit tersentak dengan jawapan
dari Ziyaad yang ternyata nampak menyebelahi isterinya itu.
“Bibir yang
pecah tu tak teruk sangat. Still boleh makan, tapi soft foods. Luka kat lengan tu doktor dah jahit, 10
jahitan. Luka-luka kat tempat lain pun not that serious. Cuma Airis kena duduk wad untuk satu
hari. Esok baru boleh keluar. Doktor still
nak tengok progress jahitan kat
lengan tu.” Ziyaad menerangkan panjang lebar. Dia yang dari tadi berdiri di sisi Rayyan,
melabuhkan duduknya di sisi kaki Airis yang berlunjur. Airis tersentak, terasa serba salah dengan
tindakan Ziyaad yang tampak mesra dengan dirinya di hadapan Rayyan. Tapi bukan salah Ziyaad, lelaki itu tidak
tahu status hubungannya dengan Rayyan.
“10
jahitan? Macam mana boleh kena jahit
banyak sangat macam tu?” Rayyan
mengerutkan dahinya. Sepuluh jahitan
bermakna luka di lengan Airis agak panjang.
“Masa lelaki
tu nak ragut, dia putuskan tali handbag
guna pisau. Mungkin terkena sekali masa
tu.” Airis berkalih duduk. Perlahan-lahan.
“Lain kali
orang ragut tu biarkan jek. Tak payah
nak tunjuk degil kau nak jadi hero.
Berapa juta sangat duit kau dalam handbag
tu yang kau nak pertahankan? Tu mulut
kau tu, mesti kena tumbuk kan? Lain kali
jangan melawan lah, bagi jek apa yang dia nak.”
Berdesing telinga Ziyaad saat mendengar ayat yang meluncur keluar dari
mulut Rayyan. Kedengaran kasar di
telinganya. Lelaki itu melayan Airis
dengan teruk. Biarpun mungkin Airis tersilap
kerana bersikap cuai, tapi ayat dari mulut Rayyan terlalu kasar. Airis memandang wajahnya. Wajah gadis itu mula merona merah. Malu mungkin diherdik sebegitu di hadapannya.
“Kalau benda
tu hak kita, tak salah pun kita bermatian mempertahankannya. Tak kisah lah berapa sekali pun
nilainya. Hak kita, siapa lagi yang nak
pertahankan kalau bukan diri kita kan?”
Ziyaad bersuara lembut. Dia tidak
memandang wajah Rayyan sebaliknya dia
bangun merapati meja di sebelah Airis.
Mencapai secawan jeli yang disediakan oleh jururawat tadi. Dia membukanya lalu mencacakkan sudu di
tengahnya dan menghulurkan kepada Airis.
Airis segera menyambut huluran Ziyaad.
Dia tidaklah terlalu lapar saat itu, tapi melihat lelaki itu begitu
prihatin, dia berat hati untuk menolak.
Perlahan-lahan dia membuka mulut, menyuap jeli sejuk penuh
hati-hati.
“Airis! Ya
Allah, macam mana boleh jadi macam ni?”
Datin Marissa dan Dato’ Harun tiba-tiba meluru masuk menghampiri Airis
di birai katil wad. Wajah Datin Marissa
cukup cemas, apatah lagi bila dilihat keadaan Airis yang berbalut di sana sini.
“Ma, Airis
takde apa-apa. Jangan risau. Sikit jek ni.” Airis mengukir senyum. Dia memaut lengan ibu mertuanya mesra. Terharu dengan keprihatinan Datin Marissa.
“Eh,
Ziyaad. Kamu kenal Airis?” Dato’ Harun menghulur salam sebaik melihat
Ziyaad berada di sisi Airis dan Rayyan.
Terkejut dia dengan kehadiran anak lelaki Tan Sri Zamil di dalam wad
itu. Dia memang kenal dengan Ziyaad, ya,
siapalah yang tidak mengenali Ziyaad?
Lebih-lebih lagi golongan usahawan seperti dirinya.
“Saya kawan
Airis, Uncle. Kebetulan saya jumpa client dekat-dekat dengan tempat Airis kena ragut tadi. Nasib baik saya ada kat situ, kalau tak, tak
tahu lah apa jadi kat Airis. Tak tahu
lah dia nak kejar peragut tu sampai mana.”
Ziyaad meluahkan kebimbangannya dengan keberanian tidak bertempat Airis
itu kepada Dato’ Harun.
“Kena
ragut? Kami ingat Airis kemalangan
tadi. Sebab tadi Rayyan beritahu Airis
kemalangan.” Datin Marissa cepat-cepat
menyampuk.
“Ray pun
baru tahu ni Ma. Airis kena ragut, bukan
kemalangan.” Silap dirinya juga tadi,
kerana kelam kabut dan kalut mendapat berita dari Dalili sebentar tadi,
langsung dia terlupa untuk bertanya lebih lanjut.
“Habis tu
yang boleh teruk sangat luka sana sini, bibir pecah, lengan berbalut ni macam
mana pulak?”
“Biasa lah
Ma. Orang kalau perasan nak jadi hero,
ini lah dapatnya. Ni baru sikit
ni.” Rayyan senyum, menyindir. Ziyaad sedar riak wajah Airis yang sedikit
berubah.
“Rasanya terkena
pisau masa tengah kalut-kalut tarik handbag
tu. Airis pun tak sedar luka teruk macam
ni. Sambil tarik beg tu, sempat lagi
lelaki tu tumbuk muka Airis ni. Tu yang
pecah bibir ni. Takde apalah Ma, sikit
jek ni. Airis ok.” Airis menjelaskan, bimbang melihat kedua ibu
bapa mertuanya begitu risaukan keadaan dirinya.
“Sikit
apanya, Uncle, Aunty. Sepuluh jahitan tu doktor bagi. Itu pun degil tu Uncle, masa saya sampai tu saya tengok dia tengah kejar peragut
tu. Semput jugak saya nak mengejar Airis
ni. Kalau tak dihalang, saya takut
peragut tu lari jauh dari kawasan orang ramai, lepas tu buat yang bukan-bukan
pulak pada Airis.” Ziyaad tiba-tiba
mencelah. Dia merasa yang tindakan Airis
itu sangat tidak wajar dan biarlah keluarga Dato’ Harun tahu mengenainya dan
boleh menasihati Airis supaya tidak lagi bertindak sebegitu berani.
“Betul ke Ris?
Tahu kan bahaya Airis kejar peragut tu.
Lain kali beri jek apa yang dia nak tu.
Nyawa kita ni lagi bernilai.
Kalau dah melayang, takde apa yang boleh ganti. Kan
Papa dah cakap, waktu lunch makan kat
dalam mall jek. Tak payah nak keluar. Kalau nak keluar sekali pun, ajak lah Zara
teman. Ni dah jadi macam ni, siapa yang
susah? Nasib baik takde apa-apa. Dan nasib baik jugak Ziyaad ada kat
situ. Kalau tak, apa yang jadi?” Dato’ Harun menekankan suaranya. Dia ternyata kecewa melihat Airis memandang
perkara sebegitu terlalu remeh.
“Zara tadi
bawak bekal Pa. Airis teringin nak makan
dekat Blue Wave. Malas nak ajak Zara
sebab dia dah makan. Airis ajaklah Abang
Ray, Pa. Mula-mula memang Abang Ray yang
teman, tapi Abang Ray kena balik awal. Tu yang Airis balik sorang-sorang tu.
Keluar jek dari Blue Wave tadi, terus
kena macam ni. Tak sangka betul boleh
jadi macam ni.” Ziyaad dan Rayyan sama-sama tersentak. Baik Ziyaad mahu pun Rayyan, tahu gadis itu berbohong. Dari saat Airis melangkah keluar dari butik,
sehinggalah dia diragut, gadis itu keseorangan.
Tiada langsung kelibat Rayyan menemaninya. Malahan Airis juga tidak memesan apa-apa
hidangan, cuma meneguk minuman sehinggalah Airis mengangkat kaki keluar dari
Blue Wave. Dan dari tadi dia juga sedikit
pelik dengan bahasa panggilan Airis terhadap Dato’ Harun dan Datin Marissa.
Papa dan Mama. Kenapa bukan Pak
Long, Pak Ngah atau yang lain-lain bersesuaian dengan panggilan untuk bapa dan
ibu saudara? Namun, dia biarkan tanda
tanyanya itu bermain saja di dalam hati.
“Ray keluar
dengan Jasmin lah Pa. Dia mintak
tolong....” Suara Rayyan terhenti. Dia mula tersedar yang dirinya sudah terlepas
cakap. Hakikatnya, dia sendiri tidak muncul di Blue Wave seperti yang
dijanjikannya, dan kini dia sendiri yang membongkar kesilapan sendiri di
hadapan ibu bapanya. Dia menyumpah di dalam hati. Bapanya sudah memberi renungan yang tajam
seperti mahu menelannya.
“Takpelah. Malas nak susahkan Abang Ray teman Airis
balik butik. Dapat temankan makan pun
dah ok.” Airis cuba mengukir
senyum. Perit untuk memberikan senyuman
itu seperti peritnya dia cuba menutup kesalahan suaminya sendiri. Lebih perit lagi bila mengetahui telahannya
yang Rayyan keluar bersama Jasmin sebelum ini, ternyata benar. Jauh di sudut hatinya, dia sangat kecewa
dengan Rayyan. Kalau diikutkan hatinya,
ingin saja dihalau Rayyan keluar dari wad itu.
Pergilah ulit Jasmin sayang kau
tu!
“Saya dah call kawan saya untuk buat police report pasal hal ni. Walaupun besar kemungkinan handbag Airis tu takkan dapat balik dan
peragut tu pun mungkin akan terlepas macam tu jek, police report tetap jugak perlu dibuat. Kehilangan IC dan kad-kad bank tu yang perlu
dilaporkan kepada polis. Benda-benda
lain tak kisah sangat kan. IC tu yang penting. Memandangkan keadaan Airis macam ni, kawan
saya boleh tolong uruskan dan Airis tak
perlu ke balai.” Ziyaad bersuara sebaik
sahaja melihat Airis meletakkan sudunya ke dalam mangkuk bubur. Buburnya masih lagi banyak berbaki. Mungkin bibirnya yang pecah itu menyukarkan
dia menyuap makanan sehingga menyebabkan dia hilang selera.
“Oh..terima
kasih ye Ziyaad. Susahkan kamu jek. Dah banyak sangat ni kami susahkan
kamu.” Dato’ Harun segera mencelah. Terasa segan terhadap Ziyaad yang sudah pun
banyak membantu.
“Ala..takpe
lah Uncle. Lagipun kawan saya tu Sarjan kat IPD tu. Saya rasa dia pun tak keberatan saya mintak
tolong.” Terlintas wajah Sarjan Azizi di
fikiran Ziyaad ketika itu. Dia mengukir
senyum kepada Dato’ Harun, tanda ikhlas menghulurkan bantuannya.
“Saya rasa
saya mintak diri dulu lah. Lagipun Uncle sekeluarga dah ada ni, boleh
tengok-tengokkan Airis.” Ziyaad
menghulur tangannya. Menyalam kesemua
ahli keluarga Airis termasuk Rayyan.
Sempat dia mengilas pandangannya pada jam di pergelangan tangan. 8.30 malam.
Dia perlu pulang, bimbang ibu bapanya risaukan keadaannya yang belum
memaklumkan tentang situasinya yang membantu Airis.
“Terima
kasih ye wak. Sorry, banyak sangat susahkan awak hari ni.” Airis mengukir senyuman saat lelaki itu
menghampirinya. Melihatnya buat kali
terakhir sebelum berangkat pulang.
“Takpe
wak. Tak susah pun tolong awak. Anytime. Jaga diri awak baik-baik tau. Makan ubat. Saya balik dulu.” Airis menganggukkan kepalanya, merelakan
lelaki itu keluar dari wad. Rayyan
memandangnya dengan hati yang sakit. Entah
mengapa dia benci melihat senyuman di bibir Airis kepada Ziyaad.
“Papa dengan
Mama pun dah nak balik jugak ni. Kamu tidur sini Ray, teman Airis tu. Jangan biar dia sorang-sorang lagi. Nanti Papa suruh Abang Mat hantar baju kamu
dengan Airis.” Dato’ Harun bersuara
tegas. Kali ini dia mahu pastikan Rayyan
menebus kesalahannya pada Airis. Dia
akan pastikan malam ini, Rayyan menemani Airis sehingga Airis dibenarkan keluar
wad esok hari. Pakaian Rayyan dan Airis
akan dihantar oleh pemandu peribadi keluarga mereka nanti.
Rayyan cuma
membisu, tidak berani membantah. Dia
bangun, bersalam dengan kedua ibu bapanya lalu menghantar mereka pulang
sehingga ke pintu masuk hospital.
Setelah kereta beransur hilang dari pandangannya, dia mengatur langkah
semula ke wad. Sampai ke dalam wad,
dilihatnya Airis perlahan-lahan bangun.
Tiang drip bottle dipegangnya,
roda yang terdapat pada hujung tiang itu memudahkan Airis menolaknya menuju ke
bilik air.
“Kau nak
pergi mana?” Rayyan bimbang. Airis masih terhuyung hayang.
“Aku nak
pergi bilik air.” Airis berkata
sekilas. Dia tidak memandang ke arah
Rayyan. Sedar-sedar lelaki itu sudah
memaut lengannya.
“Tak payah
lah bawak tiang ni sekali. Kau bawak
botol dia ni jek.” Rayyan menjingkitkan
kakinya, menggapai hujung drip bottle
yang tersangkut di atas tiang. Dia masih
lagi memaut lengan Airis.
“Aku
temankan.”
“Eh, tak
payah. Aku boleh pergi sendiri.” Buntang mata Airis. Tidak menjangka tindakan Rayyan. Cepat-cepat dia menarik pegangan Rayyan pada
lengannya.
“Aku teman
sampai kat pintu bilik air tu jek la.
Bukannya sampai kat dalam. Kau ni
jalan pun terhuyung hayang, lagi nak degil kan?
Kalau jatuh dalam bilik air tu nanti macam mana? Nanti aku yang kena marah dengan Papa,
bukannya kau.” Cepat-cepat Rayyan memaut
lengan Airis. Dia sudah maklum dengan
kedegilan Airis. Airis diam. Kali ini dia tidak lagi menarik pegangan
Rayyan pada lengannya. Betul, dia masih
terasa terhuyung hayang kesan dari ubat yang diberikan doktor tadi. Selesai urusannya dalam bilik air, Rayyan
masih terpacak di hadapan pintu bilik air.
Sekali lagi dia memaut lengan Airis dan memimpin gadis itu sehingga ke
atas katil.
“Makan ubat.
Tadi nurse tengok aku ada kat dalam
ni, dia mintak tolong aku suruh bagi kau makan ubat.” Airis menoleh ke arah meja di sebelah
katilnya. Nah, terhidang pelbagai jenis,
warna dan bentuk pil sedang menanti untuk ditelan. Airis meneguk liur.
“Sekejap
lagi.” Cepat-cepat dia berbaring,
memejamkan matanya. Berdoa semoga
dirinya tertidur, dan dapat mengelak dari menelan ubat.
“Makan dulu
ubat tu baru tidur. Nanti kalau kau dah
tidur, susah aku nak kejut.” Rayyan
dapat membaca taktik Airis. Dia dapat mengagak isterinya itu seorang yang
payah untuk makan ubat. Sebelum Airis
melelapkan mata, dia harus pastikan Airis menelan kesemua ubat yang disediakan
jururawat tadi.
“Nantilah,
kejap lagi. Aku nak tengok tv
sekejap.” Airis mula gelisah. Dia mula mencipta alasan yang merapu. Kalut bila dilihat Rayyan mula mendesak dia supaya
menelan ubat-ubat yang tersedia.
“Makan ubat
tak sampai setengah jam lah. Telan,
lepas tu kau nak tengok tv sampai esok pun takde siapa nak marah. Ni,
antibiotik ni semua kena makan ni, bunuh kuman. Tahan sakit pun kena makan,
baru kau boleh tidur nyenyak malam ni, tak sakit berdenyut-denyut.” Rayyan membebel. Dia tahu Airis mencipta alasan untuk mengelak
dari menelan ubat.
“Hish..dah
tak sakit lah. Biar lah nak berdenyut ke
apa, kalau dah ngantuk, boleh jek aku tidur.”
Airis masih berdegil. Dia
membuntangkan matanya, memandang skrin tv, takut dengan renungan Rayyan.
“Makan!
Makan ubat ni! Jangan degil lah! Macam mana kau nak baik tak nak makan
ubat!” Airis mengelupur di atas
katil. Langsung dia tidak menjangka
Rayyan akan mencengkam pipinya, cuba membuka mulutnya luas-luas untuk
dimasukkan ubat. Cepat-cepat dia
mengibas, melayangkan tamparan demi tamparan halus ke arah lelaki itu.
“Tak nak
lah! Aku tak boleh makan sebiji-sebiji
macam ni lah. Kau buta ke pak cik? Kau tak nampak pil ni besar-besar macam
ni? Tak muat tau tak nak lalu kat tekak
aku ni!” Airis menengking Rayyan. Geram dengan sikap Rayyan yang
seboleh-bolehnya mendesak.
“Apa? Tak muat nak lalu kat tekak kau? Hahahahaha...Jangan
nak buat lawak malam-malam buta boleh tak? Selama ni aku tengok kau makan nasi,
ayam goreng semua tu muat jek lalu tekak kau.
Ni ubat secoit ni boleh pulak tak muat?”
Tersembur derai tawa di mulut Rayyan.
“Ye la. Kau tak nampak ni, besar-besar? Aku tak boleh telan ubat besar-besar macam
ni. Nanti aku tercekik.” Airis mengunjuk ubat yang tadinya berada
dalam genggaman Rayyan. Dia
terkulat-kulat. Takut membayangkan
dirinya menelan ubat-ubat itu mengikut arahan Rayyan.
“Habis tu selalu
kau makan ubat macam mana? Takkan kau makan ubat jenis cecair pulak? Dah
tua-tua ni takde maknanya dapat makan ubat cecair.” Rayyan mengesat matanya yang berair. Tawanya masih bersisa.
“Aku jarang
makan ubat. Biar jek nanti lama-lama aku baik sendiri.” Airis cepat-cepat berbaring. Selimut yang dari tadi menutupi separas
pahanya cepat-cepat ditarik, menyelubungi seluruh tubuh sehingga ke
kepalanya. Bimbang Rayyan terus-terusan
memaksa dia menelan ubat. Dari kecil,
dia memang agak payah menelan ubat.
Kepayahan itu terbawa-bawa sehinggalah sekarang ini. Masih belum pernah berubah. Dia lebih rela menahan sakit yang akhirnya
akan sembuh juga dari bersusah payah menelan sebiji pil. Tidak mungkin sama sekali. Beberapa minit berselubung, dia menarik kain
selimut mencari-cari kelibat Rayyan sudah tiada lagi di dalam bilik itu. Airis duduk, berfikir ke mana pula lelaki itu
menghilangkan diri secara tiba-tiba?
Merajukkah dia dengan sikapnya yang degil?
‘Merajuk
sebab aku tak nak makan ubat? Dah kenapa nak merajuk pulak? Aku yang kena paksa
makan ubat, bukan aku yang paksa kau makan ubat!’ Airis mengomel di dalam hati.
Sepuluh
minit menunggu, Rayyan muncul bersama sejinjit beg plastik. Dia menghampiri meja di sisi katil Airis,
lalu mengeluarkan isi kandungan dalam beg plastik itu. Sebotol jus jambu batu bersaiz sederhana
bersama semangkuk kecil jeli berperisa laici.
Dia membuka plastik yang menutup jeli tadi lalu menghulurkannya kepada
Airis.
“Makan. Lepas tu minum. Lepas tu tidur.” Airis terkebil-kebil. Terasa pelik melihat mangkuk jeli yang
dihulur Rayyan.
“Hai
makcik...takkan lah jeli macam ni pun tak muat nak lalu kat tekak kau tu? Hahahaha...”
Tersembur lagi tawa Rayyan. Dia
masih belum dapat melupakan alasan Airis enggan menelan ubat tadi. Sangat menggelikan hatinya sehingga saat
ini. Wajah Airis mencuka masam. Geram dengan Rayyan yang dari tadi galak
mentertawakannya. Cepat-cepat dia
mencapai mangkuk jeli di pegangan Rayyan.
Terus dia menyuap masuk sesudu demi sesudu. Walau pun tadi dia sudah pun menghabiskan
semangkuk jeli yang diberikan Ziyaad, dia tetap menelan jeli yang dihulurkan
Rayyan pula kali ini. Terasa nyaman jeli
lembut dan sejuk itu saat melalui tekaknya.
“Nah, minum
ni pulak.” Rayyan lekas-lekas menghulur
botol minuman jus jambu batu kepada Airis sebaik melihat Airis menyuap sudu
terakhir dari mangkuk jeli itu. Tanpa
banyak bicara, Airis cepat-cepat meneguk.
“Kenapa air
ni rasa pelik?” Airis mengerutkan
dahinya. Cepat-cepat dia melarikan
muncung botol dari bibirnya. Memerhati
luaran botol itu, melihat jika terdapat sebarang benda asing yang bercampur
dengan jus itu.
“Rasa pelik?
Tak lah, lidah kau tu ha..dah takde deria rasa agaknya.” Cepat-cepat Rayyan berdalih.
“Ye
lah. Rasa dia pelik lah. Ni jus jambu batu kan? Selalu aku minum kalau beli kat kedai tak
rasa macam ni pun. Tak nak lah aku
minum.” Airis menutup muncung botol itu,
membatalkan hasratnya untuk menghabiskannya tadi.
“Bak
sini.” Cepat-cepat Rayyan menggapai
botol jus dari genggaman Airis. Dia
meneguk liur, berkira-kira untuk membuka penutup botol jus tapi lakonannya
harus menjadi tanpa diragui ‘mangsa’.
“Hmmm...ok
jek ni aku minum. Takde rasa pelik
pun.” Rayyan mengesat hujung bibirnya
dari bekas minuman jus jambu batu tadi menggunakan belakang tapak
tangannya. Dia terpaksa menelan dua ke
tiga teguk tadi demi meyakinkan Airis.
Airis terdiam. Terkaku melihat
Rayyan yang langsung nampak tidak kisah minum dari ‘bekas’ mulutnya.
“Nah, minum.
Habiskan.” Rayyan mengunjukkan botol
tadi ke arah Airis. Terkebil-kebil dia
melihat wajah Rayyan. Hendak menolak
bimbang lelaki itu mengamuk lagi.
Sudahlah ubat pun dia enggan telan, ini setakat jus minuman, menolak
lagi boleh mengundang amukan Rayyan semula.
Terkulat-kulat dia cuba menghabiskan minuman jus yang mempunyai rasa
pelik itu.
Tak sampai
sepuluh minit, Airis sudah lena diulit mimpi.
Rayyan tersenyum. Ternyata,
rancangannya berhasil. Tadi sewaktu
Airis berselubung, dia cepat-cepat menyelinap keluar dari wad menuju ke kedai
serbaneka yang terletak dalam kawasan hospital itu. Sebelum masuk semula ke wad Airis, dia
terlebih dahulu menghancurkan segala ubat-ubatan Airis menggunakan sudu yang
dipinjamnya di kaunter kedai lalu memasukkannya ke dalam jus minuman.
“Bagi anak
makan ubat ye bang? Biasalah bang,
budak-budak memang payah sikit makan ubat.
Kalau tak hancurkan, masuk dalam air macam ni, memang kirim salam lah
nak makan ubat.” Terngiang-ngiang lagi
suara wanita yang menjaga kaunter di kedai serbaneka tadi sewaktu Rayyan
meminjam sudu miliknya. Rayyan sekadar
tersenyum dan mengangguk. ‘Ni bukan nak
bagi budak makan ubat, ni bagi mak cik budak makan ubat.’ Rayyan tersengih di dalam hati.
Dia
menepuk-nepuk bantal kecil yang terdapat di sisi sofa sederhana besar di dalam
wad itu. Kasut yang dipakainya,
ditanggalkan. Dia mengangkat tangannya,
menggeliat dan kemudian melabuhkan badannya.
Kakinya terlunjur keluar dari kawasan sofa sebaik kakinya
diluruskan. Tak selesa, dia berpusing ke
kiri dan kanan, masih gagal melelapkan matanya.
Rayyan melipat kakinya, membengkokkan badan menghadap ke arah Airis yang
sedang nyenyak tidur. Di renung
isterinya dari jarak 30 meter itu.
Terbit rasa bersalah tiba-tiba, selama ini Airis tidak pernah merungut
disuruh tidur di atas sofa di dalam biliknya setiap malam. Dan sekarang baru dia tahu, betapa tak
selesanya tidur di atas sofa yang sempit seperti itu.
Dia merenung
lagi pada Airis. Melihat susuk tubuh
isterinya itu. Melihat pada matanya yang
terpejam rapat. Seketika kemudian dia
mula terbayang adegan ragut yang dialami Airis.
Timbul lagi perasaan sesal dalam hatinya. Seketika kemudian terbayang
pula wajah Jasmin yang tersenyum manis dalam fikirannya. Silih berganti antara wajah Airis dan Jasmin. Mengejar cinta Jasmin seolah tidak pasti
penghujungnya, menerima cinta Airis takut dia tidak seikhlasnya menyintai gadis
itu. Sungguh, dia serba salah. Akhirnya, dalam gelap pekat malam itu, dia
terlena.
Nota Selit : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA PEMBACA SKDC!! Harini AA kena keje, cuma cuti satu hari jek untuk raya esok, nasib baik cuma raya aji jek, kalau raya pose cuti satu ari, memang terbalik le meja kt opis ni...huhuhu...
Untuk bab 18, ramai nampaknye sayang yang mintak supaya Airis n Rayyan berpisah dan biar Airis pergi pada Ziyaad kan? Tapi sayang semua tak kesian ke pada ikatan perkahwinan diorang? AA sayang tau...huhu..Jadi bagi Rayyan sikit lagi masa, biar akhirnya nanti dia akan dapat nilai sendiri kebaikan dan pengorbanan Airis tu ye? Eh, ok..ok tak mo la britau plot SKDC seterusnye...kena la baca baru la kite tau camne gaya SKDC ni kan?
Untuk bab 19 ni, AA taip panjang sikit....kali ni, rasa kesian tak kat Rayyan? Dia kejar cinta Jasmin yang tak kunjung tiba sedangkan Airis setia pada cinta Rayyan yang tak pasti...Habis tu Ziyaad pulak macam mana? Susah kan cinta bersegi-segi macam ni? Huhuhu...BTW, thanks untuk semuaaaaaaaa sayang yang sudi baca, drop komen tuk SKDC ye! Sayangggg ketat-ketat! Jangan lupe ye, ade 6 bab lagi sebelum SKDC ditamatkan!
5 comments:
benci rayyan,suka ziyaad.
suka ziyaad. dia menerima airis seadanya...biarkan rayyan mengejar cinta yg tak pasti
~kak min~
cepat2 lah sambung...x sabar nak tau reaksi rayyan bl tau ziyaad suka kat wife dia..
Thank u 4 this interesting n3 Adra! Still can't believe this story will end soon at this blog. Really hope that after the story end here, you can show yr generosity by giving us special n3. Thank u in advance ye Adra. BTW, I think Rayyan tgh figure out apa perasaan sebenar dia pd Airis. Let's give him some time for that. As for Ziyaad, he's totally clueless about this whole thing, but still love him for his good heart. To Airis, byk2 bersabar sbb ini semua dugaan. Remember, marriage is like a war, fight 4 yr own happiness ok! Still want Airis with Rayyan..pls keep them together Adra...
Assalam to writer... SALAM AIDILADHA...
Addoiii... humm seperti biase... SKDC mmpu mmbuatkan jantung mcm maen kuda Qabil Ambak jek coz nk tau ape jadi seterusnye... huuhuh...
bg sy xperlu pisahkan mereka.. asam garam rumah tangga 2 biase mmg ada.. ego laki2 n pompuan pon mesti ade.. xkan ler krn seorang ziyaad nk dileraikan spouse bonding... (nmpk sgt side Ray... coz i want ziyaad.. bole? hahaha.. aptb!!)
kali ni ade fair n square sikit walaupon airis lebih terasa sakitnye.. ziyaad dah mule curious dah.. cian die... but masih lagi mengekalkan watak die yg hummm... i like... melting... ahhaha...
anyway mmg best, gud luck 2 writer. lg 6 ep nk up kt cnie... hope mencabar minda n emo.. tp xmo tercabar ego... penat nk bace,, haaha... GUD LUCK AA...
From: IJA
Post a Comment