Pages

Coretan Penulis

Khas untuk semua pembaca Ilham Dari Hati,



Terima kasih sudi luangkan masa membaca karya Adra Adiella. Cuma yang AA harapkan, komen-komen membina dari semua yang telah pun membaca. Supaya AA akan lebih bersemangat untuk terus menulis dan dapat memperbaiki sebarang kesilapan yang mungkin tidak AA sedari.



Komen la sikit ye!



~ Adra Adiella ~

Sunday 21 December 2014

Cerpen Satu

Salam..

Minggu lepas adalah minggu yang sibuk..Sampai nk update blog pun tak sempat..Ape lagi nk menjenguk blog kengkawan yang lain..Cerita pun jadi banyak bertimbun2 sampai tak tahu nak cerita yang mane satu..

Tapi kali ni rasenye citer ni kot yang sesuai..Kisah ni aku baca dari majalah Mingguan Wanita..Sangat menyentuh perasaan dan satu-satunye crite yang sampai skarang aku ingat..Mungkin pengakhirannye kot yang buat aku tak boleh lupakan cerita ni..Pada yang pernah membaca, ini sekadar mengembalikan memori kalau2 terlupa dan untuk penulis..maaf jika saya mengubah karya asal awk ye..Tapi saya sangat mengagumi bakat awak dan tertanya adakah cerita ini dari alam realiti awak sendiri?

Aku ceritakan semula mengikut gaya, bahase dan kepahaman aku...Kalu tak sedap n best..tolong senyum jek sampai ke telinga okeh? Segala nama watak telahpun diubah mengikut kesukaan hatiku kecuali nama Abang Bakhtiar ni..(kenapa la nama die jek yang aku ingat?hikhik..Tapi tak berapa pasti la, betul ke Abang bakhtiar ni? Hentam jek la Labu...)


Malam itu terasa sunyi, tapi mendamaikan. Terasa lembut angin malam bertiup, membelai perlahan rambut Aina. Terimbas kembali kenangan waktu dia, Bakhtiar, Abang dan Adik saat bersantai di meja itu setiap hujung minggu. Bagai terngiang-ngiang jerit pekik adik melarikan diri dari terus menjadi mangsa usikan Abang. Terdengar-dengar pula jerit pekik Bakhtiar melarang Abang dari terus menyakat Adik. Bimbang Adik terjatuh ketika asyik berlari dari dikejar Abang. Satu persatu terimbas, bermain-main di mindanya. Entah kenapa, kenangan itu seperti menikam-nikam hatinya. Perit untuk dikenang. Pedih untuk diingat. Perlahan-lahan air mata Aina jatuh. Terlalu sunyi malam itu dia rasakan.

***********

“Kenapa mesti Nur, Ibu? “

“ Kau tak kesian dengan Abang Bakhtiar kau? “


“ Habis siapa yang nak kesian dengan Nur? Ada orang yang kesian dengan Nur? “ Ainur membentak keras. Ibu menundukkan wajahnya. Takut melihat mata Ainur yang berapi ketika itu.


“ Ibu kesian dengan Abang dan Adik, Nur. Sejak Kak Long kau takde, diorang tak tentuhala. Makan minum entah ke mana, Abang Bakhtiar kau tu macam orang dah tak betul dah ibu tengok. Anak-anak langsung tak dihiraukan. Ibu takut benda ni bawak kesan buruk pada anak-anak buah kau nanti. Kesian diorang Nur, kecik-kecik lagi Kak Long kau dah buat diorang macam ni. “

Kak Long. Huh..Ainur menghela nafas keras. Saat itu terasa benci untuk die mendengar nama itu. Segala-galanya berubah sejak dua tahun yang lepas. Kak Long perlahan-lahan berubah. Pakaiannya berubah, percakapannya berubah, perlakuannya pada Abang dan Adik juga berubah. Mula membentak-bentak, mula marah-marah dan paling teruk bila dia sanggup menaikkan tangan ke badan Abang dan Adik. Cakap Abang Bakhtiar langsung tak dihirau, seolah-olah rasa hormat pada Abang Bakhtiar sebagai seorang suami telah hilang. Kemuncak segala-galanya bila sudah enam bulan Kak Long tidak pulang. Ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, kenapa dia pergi langsung tidak diketahui sebab musababnya. Kak Long hilang begitu saja.

Kak Long berkahwin dengan Abang Bakhtiar pada tujuh tahun yang lepas. Waktu itu aku masih menuntut di Matrikulasi. Mereka pula ketika itu baru beberapa bulan bekerja setelah tamat pengajian dari Universiti Putra Malaysia. Bunga-bunga cinta mereka sudah terlalu lama berputik. Sejak dari sekolah menengah lagi. Kata Kak Long padaku, cinta mereka berdua terlalu utuh, Abang Bakhtiar cintakan Kak Long lebih dari nyawanya sendiri. Kak Long tersenyum penuh lebar pada hari rombongan Abang Bakhtiar datang meminang. Waktu itu aku juga gembira kerana melihat Kak Long sangat gembira.

Sepanjang lima tahun pertama perkahwinan mereka, aku akui cemburu melihat kebahagian mereka. Betul kata Kak Long, Abang Bakhtiar terlalu menyayanginya ibarat menatang minyak yang penuh. Rumah tangga Kak Long bertambah serinya dengan kehadiran Abang dan Adik memecah kesunyian. Kalau balik ke rumah Ibu dan Ayah, bergema gelak tawa mereka sekeluarga. Aku senang melihat Kak Long sangat bahagia.

Masuk tahun ke enam Kak Long perlahan-lahan berubah. Aku lihat dia semakin seksi, pakaiannya daring,lipsticnya merah menyala. Kerap pula ke luar daerah, ikut bos berkursus katanya. Kami sekeluarga faham kerjayanya, minatnya, jadi ketiadaan Kak Long ke luar daerah bukanlah sesuatu yang pelik. Abang dan Adik juga faham. Tapi kalau dalam sebulan out station sampai lima enam kali, berhari-hari tak pulang ke rumah paling tidak pun untuk menjenguk anak, ya, itu menimbulkan kesangsian. Tapi Abang Bakhtiar sangat tenang. Wajahnya tenang. Ahh, sukar dibayang ketenangannya itu seolah-olah apa yang Kak Long buat bukanlah satu kesalahan.

Kemuncaknya, Kak Long sehingga kini tidak pulang. Abang Bakhtiar juga sudah berubah. Mukanya berserabut dengan misai dan jambang, matanya sembap, fikirannya, entahlah, melayang ke mana. Abang dan Adik yang sangat menyentuh hatiku. Pada aku, mereka bermanja. Mungkin tak sama, tapi bolehlah dari tiada. Adik kerap meracau, jadi malam tidurnya aku yang teman. Abang lebih kuat, mungkin seperti Papanya. Kuat di luar, tapi di hati, siapa yang tahu?

Jenuh sudah aku, Ibu dan Ayah mencari Kak Long. Pada kenalannya, langsung tiada, di pejabatnya juga dia dikatakan sudah berhenti kerja lebih tujuh bulan yang lepas. Sungguh, kami hilang arah tak tahu di mana lagi harus kami mencari Kak Long.

Hinggalah hari itu, Ibu mencadangkan idea gilanya. Meminta aku menggantikan tempat Kak Long. Berkahwin dengan Abang Bakhtiar dan menjadi Mama kepada Abang dan Adik. Gila. Mudah betul kan? Kak Long bersedap-sedap, aku cuma dapat sisanya? Apakah aku seorang perempuan yang layak menghirup sisa orang lain saja? Bila tiada yang bernilai, dicampakkan pada aku.

*********


Aina bingkas ke bilik air. Dia terbatuk-batuk. Dari celahan jemarinya yang menutup mulut, mengalir darah pekat. Cepat-cepat dia membilas dengan air paip. Begitu juga dengan sisa-sisa darah di tepi bibirnya. Wajahnya dihadapkan ke cermin. Matanya cengkung. Airmatanya turun lagi. Saat itu dia terlalu rindu pada Abang dan Adik juga pada Abang Bakhtiar. Rasa sesal sudah terlalu melangit sehingga rasanya tak mampu untuk dia menanggung. Sudah setahun dia menghilangkan diri, menjauhkan diri dari keluarganya. Tapi entah kenapa hari ini, dia terasa ingin kembali ke pangkuan keluarga. Ke pelukan Abang Bakhtiar, Abang dan Adik. Takut-takut itulah kali yang terakhir.

********


“ Nur sudi kahwin dengan Abang? “ Abang Bakhtiar tiba-tiba bersuara ketika aku sedang khusyuk mengunyah nasi. Rasa ingin tersedak aku ketika itu. Cepat-cepat ku capai air dan kuminum rakus.


“ Abang nak kahwin dengan Nur ke? “ Kali ini aku memandang tepat ke matanya. Dia melarikan anak matanya, memerhatikan si Tompok yang khusyuk meratah ikan di sudut dapur.


“ Kalau Nur tak nak, Abang tak paksa. Cuma Abang mintak Nur tolong kesiankan Abang dengan Adik. Buat masa ni Abang tak nampak yang terbaik sebagai Mama kepada anak-anak Abang. “ Saat itu, dadaku terasa panas. Telinga terasa berdesing.


“ Senang jek kan bang? Abang nak Nur kahwin dengan Abang untuk Abang buat Nur ni macam pengasuh anak-anak Abang? Abang ingat Nur ni takde perasaan? “ Abang Bakhtiar tertunduk. Mungkin terkedu melihat aku melenting seperti itu. Ya, lama aku ingin luahkan rasa itu pada dia. Dan sekarang masanya sudah sampai.

Saat mataku tergenang airmata yang menggila ingin keluar, terasa sentuhan kecil pada telapak tanganku. Sejuk.


“ Ma, tangan adik luka la. “ Aku terbungkam. Ma? Kutoleh ke arah suara itu. Demi Tuhan, airmataku mengalir ketika itu. Sangat terharu. Inilah hadiah yang tidak ternilai. Menjadi Mama.

********


Aku duduk di hujung katil, kaku. Tercium bau aroma terapi haruman lavender menyelubungi bilik. Hari ini aku kalah. Kalah pada takdir yang akhirnya menentukan aku menjadi isteri kepada abang iparku. Bekas abang iparku. Adakah untuk Kak Long? Tidak. Untuk Abang dan Adik. Terdengar bukaan pintu perlahan, susuk Abang Bakhtiar kelihatan. Abang Bakhtiar merapatiku. Aku seperti tadi. Kaku.

" Abang tahu Nur masih tak dapat terima Abang. Tapi Demi Tuhan, Abang janji akan jaga Nur dan sayang Nur lebih dari nyawa Abang sendiri. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri Abang. Abang juga keliru, tak pasti, adakah semua ini betul. "

Abang Bakhtiar bangun, mencapai sebiji bantal dan selimutnya. Dikibas-kibas permukaan lantai, direbahkan badannya. Aku masih kaku. Membisu.


********


Setahun akhirnya berlalu. Akhirnya aku kalah pada raut wajah yang tenang itu. Akhirnya wajah tenang itu berjaya memenangi hatiku. Kami bahagia sekarang, segala kisah lalu kami anggap seolah-olah tak pernah berlaku. kami seperti keluarga lain, sangat bahagia. Sehingga akhirnya, pada satu hari, Kak Long muncul di hadapan pintu Ibu dan Ayah.

Kak Long muncul setelah hampir dua tahun menghilang. Kak Long pada kami seperti orang lain, seseorang yang langsung tidak kukenali. Wajahnya kosong, pandangannya hambar seolah-olah dirinya tiada berfikir tentang apa-apa. Dia kurus, seperti menghidap sesuatu penyakit.

" Nur, Ibu mintak buat masa ni kau rahsiakan dulu hubungan kau dengan Abang Bakhtiar. " Aku terpinga-pinga.

" Apa ni Ibu? Kan Abang Bakhtiar tu suami Nur. Kami ada ikatan yang sah. Kenapa Nur nak sembunyikan dari pengetahuan Kak Long? " Aku menyoal tegas.

" Kak Long sakit Nur. Dia tak boleh terkejut. Sebarang kemungkinan boleh berlaku pada dia. Tolonglah, Ibu merayu. Jangan buat sesuatu di luar dugaan sayang. " Ibu bersuara lembut.

" Apa semua ni sebenarnya Ibu? Kenapa hati dia yang mesti selalu dijaga? Kenapa bukan Nur? Sedangkan Nur yang menggantikan diri dia saat dia terlupa dia adalah seorang isteri dan ibu. " Aku menumbuk dada perlahan. Saat itu, hati ku hancur. Aku menghela nafas panjang sebelum menyambung kata.

" Kenapa Nur mesti berkorban Ibu? Dulu Nur korbankan kebahagian Nur, pilihan hati Nur, masa depan Nur dengan berkahwin atas kehendak keluarga untuk jadi pengganti Kak Long. Sekarang Nur bahagia dengan apa yang Nur ada, tapi terpaksa sekali lagi berkorban dengan berpura-pura antara Nur dan Abang Bakhtiar masih lagi bagai seorang adik ipar dengan abang iparnya? Apa lagi yang Nur ada untuk dikorbankan Ibu? "

Ibu mengusap airmataku perlahan. Di wajah Ibu juga berjuraian airmata.

" Tolong sayang, kali ni saja. Sebelum Kak Long menutup mata. " Aku terpaku.

Dari hari itu, kami berlakon. Berpura-pura seperti dua orang yang dibatasi sempadan agama sedangkan kami sebenarnya suami isteri. Pada Abang dan Adik juga telah dipesan, depan Kak Long, panggil saja diriku Mak Ngah, jangan dipanggil Mama. Abang Bakhtiar juga melayan Kak Long sebaik mungkin, bergurau. Dan tipu, kalau aku katakan yang aku tidak cemburu terutama bila melihat tangan Abang bakhtiar yang membelai rambutku lembut turut membelai lembut rambut Kak Long. Tapi, kali ini saja Nur. Cuma kali ini.

Sedang khusyuk memasak didapur, pinggangku dipeluk kejap. Terasa hembusan nafas Abang Bakhtiar di tengkukku. Cepat-cepat kuleraikan pelukannya, bimbang dilihat Kak Long. Spontan, Abang Bakhtiar, mencucuk pinggangku. Seraya itu aku melatah, menarik perhatian Adik untuk turut ke dapur.

" Papa ni jangan la kacau Mama. Kesian Mama. " Adik menjerit kecil. Dimatanya bergenang air, ingin menangis kerana menyangka Papanya menyakitkan aku. Kurangkul Adik. Abang Bakhtiar merapati kami lantas turut memeluk.

Pranggg....

Di sebalik pintu dapur, terjelepuk tubuh kurus Kak Long.

Malam itu, bermulalah episod kami berumah tangga di hospital melihat perkembangan Kak Long. Dia masih kaku. Tak banyak perubahan. Dari pandangan Doktor, penyakitnya bertambah serius dan memerlukan lebih perhatian dan sokongan dari kaum keluarga. Aku cuba memahami situasi Abang Bakhtiar. Sesekali, kulihat jelas terpancar keletihan, kebimbangan dari raut wajahnya. Entah kenapa, malam itu kubiarkan Abang Bakhtiar ke hospital seorang diri. Pada Abang Bakhtiar, aku akan menyusul setelah Abang dan Adik tidur. Abang Bakhtiar cuma mengangguk lesu.

Sampai di hospital, suasana sangat sunyi. Pemandangan juga nampak kelam. Di barisan kerusi menunggu aku tercari-cari Abang Bakhtiar. Hampa, tiada. Kuteruskan langkah ke dalam wad Kak Long. Dari pintu masuk, terserlah kelibat Abang Bakhtiar duduk, tersembam di tepi katil Kak Long, tertidur. Pandanganku tertumpu pada tangannya yang erat menggengam tangan Kak Long.

Entah bila, aku tertidur di satu kerusi di tepi sudut bilik. Kubiarkan Abang Bakhtiar, tidak kukejut. Sehinggalah terasa satu suara memanggil lembut.

" Nur, bangun. Nur, bangun. " Perlahan-lahan aku membuka mata. Terlihat kelibat Abang Bakhtiar.

" Bangun Nur, dah masuk waktu Subuh. Jom kita jemaah kat surau. " Aku bingkas bangun, mengesat mataku yang terasa kelat dan membontoti Abang Bakhtiar ke surau.

Pagi itu, terasa hening sekali suasana di dalam surau itu. Terasa begitu tenang jiwa ini saat itu. Rasanya Abang Bakhtiar juga mungkin berperasaan sepertiku. Pagi ini, di celah-celah keheningan Subuh itu, suara Abang Bakhtiar terasa mendayu-dayu sekali. Doanya juga panjang kali ini. Aku mengaminkannya perlahan. Terasa terharu kerana memiliki suami sehebatnya. Selesai mengaminkan doa, aku merapati Abang Bakhtiar, menghulurkan salam.

Saat salamku disambut, saat wajahku menunduk, saat bibirku menyentuh tangannya, perlahan Abang Bakhtiar bersuara,

" Abang ceraikan Nur dengan talak satu "


Geram gile mase aku baca cerpen ni. Rasa macam nak koyak-koyak jek majalah tu. Untuk pengetahuan semua, kat bawah cerpen ni ade nota editor tau, editor tu minta penulis telefon editor untuk butir-butir peribadi penulis. Jangan kata nama betul, nama samaran pun takde. Memang misteri betul penulis ni.

Ni lah cerpen yang paling aku ingat sebab ending dia sungguh tak disangka-sangka. Sebenarnya jalan sebenar cerita ni aku dah tak berapa ingat la, tapi dia punya isi tu sangat-sangat terlekat di kepala. Jadi kalau penulis sebenar membaca blog aku ni, aku mintak maaf le kalau mengolah cerpennya sesuka hati. Kalau la cerpen tu masih ada, dah tentu tak payah susah-susah aku nak mengarang ayat sendiri. jadi jangan la saman ye encik penulis. Hikhik.

Pada korang yang rajin jenguk blog aku lak, sori la ye kalau aku syok sendiri nak jadi penulis. Cita-cita tu ada, cuma masanya jek takde. Komenlah tentang cerita ni ye, kalau aku cerita takde la sesedih mana, atau segempak yang aku canang-canangkan tu, tolong la kutuk di dalam hati jek ye..hikhik..


Nota Selit : Apa pandangan korang ye pasal cerpen ni? Adakah aku sorang jek yang marah bila membaca cerpen ni, atau aku seorang yang emo? Apa yang kita akan buat jika kita menjadi seperti Ainur?

Nota Selit 2 : Ini AA copy paste dari blog personal AA...malas nak ubah ayat, jadinya semua ayat ikut ayat dari blog lama.  Mohon pembaca berikan komen ye! Ni karya pertama AA walaupun the idea was not originally from me.  Tapi, dari ayat, olahan bahasa adalah seratus peratus dari hasil tangan AA.  Kredit pada penulis asal.

Monday 13 October 2014

Saat Kau Dakap Cintaku - Bab 24













Rayyan menyanyi perlahan penuh riang.  Dari malam tadi dia asyik tersenyum mengenang kembali peristiwa bermain air bersama Airis di laman belakang lewat petang semalam.  Terasa bahagia bergelak ketawa bersama Airis.  Hilang segala penatnya seharian memerah otak di pejabat.  Rayyan melirik senyuman lagi.  Terawang ingatannya pada wajah Airis.  Tersenyum lagi.  Dia menggeleng kepala gelihati dengan sikapnya.

Rayyan membuka almari bajunya.  Melihat deretan pakaian dan seluarnya yang digantung rapi siap bergosok kemas.  Airis ternyata cekap dalam mengurus rumahtangga dan dirinya.  Semalam saat dia masuk ke dalam biliknya sebaik pulang dari kerja, dia melihat almari kacanya sudah tersusun kemas semua koleksi kesayangannya.  Bakul baju kotornya juga sudah kosong tanda baju-bajunya itu sudah dibasuh.  Di dapur juga telah tersiap dengan hidangan makanan.  Dia berpuas hati. Terasa kebenaran kata-kata orang tentang indahnya perkahwinan.  Serba serbi dijaga oleh sang isteri.

Siap mengenakan pakaian, Rayyan bergegas menuju ke dapur, mencari-cari kelibat Airis.  Dilihatnya Airis sedang leka menyapu mentega pada sekeping roti bakar.  Perlahan-lahan dia datang, lalu menarik kerusi dan duduk berhadapan Airis.

“Hari ni aku dah start kerja.  Rasanya aku tak sempat nak masak.  Boleh aku masak, tapi kau kena tunggu aku balik pukul 10 lebih malam ni.  Boleh tahan ke?” Airis merenung anak mata Rayyan sambil mulutnya mengunyah roti bakar yang diselet mentega.

“Eh, dah habis ke mc kau?  Hmmmm...takpe, takpe.  Pandai lah nanti aku nak makan.  Kau tu nanti kat tempat kerja tak payah buat kerja-kerja berat.  Sebelum balik rumah nanti, makan malam dulu kat mall tu.  Jangan balik perut kosong.  Nanti aku call Jasmin suruh pesan kat Lili jangan kasi kau angkat-angkat kotak ke buat kerja-kerja berat tu semua.” Rayyan membebel sambil tangannya mencapai sekeping roti bakar yang Airis hidangkan di atas meja.

“Jangan risau, aku okey.” Airis tunduk.  Dia malu membalas semula tentangan mata Rayyan.  Dia terasa janggal bila lelaki itu mula mengambil berat tentang dirinya sejak kejadian ragut tempohari.  Semalam dibebelkan tentang memasak, dibisingkan pula tentang bercucuk tanam.  Dan hari ini, tentang perihal tempat kerjanya pula.  Dia terasa lain bila Rayyan mengambil berat terhadap dirinya. 

“Kau tu semuanya okey.  Apa benda yang tak okey.  Dah..aku nak pergi kerja ni.  Nanti sebelum pergi kerja, kunci semua pintu-pintu.  Kau ada nombor telefon cab kan?” Airis mengangguk.  Dia bingkas berdiri di hadapan Rayyan, menyambut huluran salam lelaki itu dan mencium tangannya. Dihantar Rayyan sehingga ke muka pintu sehingga kelibat kereta suaminya itu menghilang dari pandangan mata. Cepat-cepat dia mengemas dapur, sebelum berlari ke bilik dan bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya pula.


  




“Airis!” Zara separuh menjerit bila dia merapati tubuh yang membelakanginya di hadapan pintu butik.  Sangkanya pelanggan Jazzy Collection yang menunggu dia membuka pintu kedai untuk mengambil baju tempahan.  Terlupa pula dia yang Airis sudah pun mula bekerja hari ini.

“Amboi, macam tu punya sekali terkejut.  Bukan baru jumpa aku hari tu kat rumah Datin ke?” Airis tersenyum.  Dia juga gembira melihat kawan baiknya itu.  Satu-satunya kawan baik yang dia ada semenjak menjadi isteri Rayyan.

“Hahaha....tak lah.  Aku terkejut tengok kau terpacak depan butik ni ha.  Ingatkan kau lambat lagi masuk kerja.  Lupa pulak hari ni kau naik.  Sihat?  Macam mana tangan kau, okey dah ke?” Zara memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah tangan Airis.

“Okey lah jugak ni.  Mc dah habis kan, nak tak nak terpaksa jugak lah datang kerja.”  Airis menggaris senyuman nipis.

“Eh...mak mertua Datin kot, kalau aku...goyang kaki jek duduk kat rumah tau. Hahaha....”  Zara tergelak.

“Aku ni bukan menantu pilihan, bos butik ni baru betul menantu tak jadi.  Kalau betul-betul jadi menantu, sesuailah dia duduk rumah goyang kaki. Aku ni, terpaksa lah kerja cari duit sendiri.  Zara, kau jangan nak laser sangat eh sebut-sebut pasal Datin kat Kak Min dengan Kak Lili.  Dengar dek diorang nanti, mati aku tau.”  Airis menjegilkan matanya.

“Ye lah..ye lah...tak sebut lagi dah.  Tu lah kau, kahwin lagi senyap-senyap.  Kan dah susah macam ni.  Nak kena cover line bagai.  Leceh tau tak.  Kau pun tahu kan, mulut aku ni takde brek tau tak.  Terlepas nanti macam mana?”  Zara berceloteh sambil tangannya ligat membuka pintu kedai butik.  Airis setia berdiri tercegat di sebelahnya.

“Kalau kantol, memang kau lah yang aku cari dulu. Aku cubit-cubit perut kau tu!”  Airis menjegilkan lagi matanya.  Dia sedikit bimbang, tapi dia tahu, Zara pandai menyimpan rahsianya.

Saat menjenguk bilik stor untuk meletakkan beg tangannya, Airis terkejut.  Terkejut melihat barisan empat ekor patung beruang comel berwarna merah yang disusun sebaris di atas rak.  Dia mengelip-ngelipkan matanya sambil mengerutkan kening.

“Hmmmm...tak payah nak kelip-kelip mata sangat ye sayang.  Tu semua buah hati nombor dua kau yang bagi sepanjang kau MC.  Dah naik sasau dah mamat tu aku tengok tunggu kau naik kerja.”  Zara tersengih memandang Airis yang sedang mengusap salah satu patung beruang di atas rak.  Zara kagum dengan kesungguhan Ziyaad.  Dia tahu lelaki itu betul-betul jatuh cinta dengan Airis.  Kalau lah lelaki itu tahu Airis sebenarnya sudah bersuami, entah bagaimana lah remuknya hati lelaki itu.  Timbul simpati Zara pada Ziyaad tiba-tiba.

“Kau sukakan Ziyaad, Airis?” Airis mengerutkan kening.  Memandang wajah Zara yang tampak selamba.  Zara melarikan pandangannya.  Cepat-cepat dia mencapai sebiji mug lalu mengisikannya dengan dua sudu milo dan menuangkan air panas ke dalamnya.

“Kesian dia Airis.  Macam menunggu buah yang tak gugur.  Macam pungguk rindukan bulan.  Hari-hari datang bawak teddy bear.  Dah macam maskot teddy bear dah.  Tinggal tak pakai baju teddy bear  kepala besar tu jek tau.  Hahahaha...” Zara dan Airis ikut sama tergelak. 

“Walaupun dia datang tu aku suka sebenarnya...” Bulat mata Airis.

“Eh...tadi kata kesian.  Ni suka pulak.  Apahal kau ni? Ke kau suka kat dia?”  Airis menduga.  Sengaja mengusik.

“Eiii...excuse me!  Dia tu bukan taste aku ye.  Lagi pun aku dah ada cik abang sayang dah.  Tak heran dah dengan dia tu walaupun dia famous satu Malaysia ni.  Cik abang I tetap nombor satu di hati ini. Hahahah...”  Kuat tawa Zara disahut Airis.  Zara memang begitu, gadis yang becok, yang ada saja bahan untuk dijadikan jenaka.  Sesiapa pun takkan pernah jemu berborak dengannya.

“Aku bukan apa suka dia datang tu. Ye lah...dia datang sini bukan bawak teddy bear jek tau.  Dia bawak sekali makanan.  Macam-macam pulak tu.  Kadang bawak kek sebijik.  Kadang bawak tat berjenis-jenis.  Kadang bawak kuih muih.  Aku memang tunggu jek dia datang kepit teddy bear depan pintu tu tau.  Hahaha...” Pecah lagi tawa mereka.

“Amboi! Kuat gelak sampai ke luar akak dengar suara korang tau tak.” Dalili tiba-tiba terpacul di hadapan pintu stor sambil mengukirkan senyum lebar.

“Cerita apa yang sampai ketawa berdekah-dekah ni?”  Dalili menarik kerusi lantas duduk bersama-sama Airis dan Zara.  Dia meletakkan sebekas karipap yang digorengnya pagi tadi.  Berminat ingin mengetahui cerita apa yang digelakkan dua gadis di hadapannya itu.

“Rajinnya akak buat karipap pagi-pagi ni.  Tak kelam kabut ke?” 

“Mana tak rajin.  Bukak jek peti ais tu, bukak bungkusan, goreng. Siap! Akak beli karipap frozen jek. Hahaha..”  Dalili tergelak.  Dia mencapai sebiji cawan lalu membancuh nescafe 2 in 1 ke dalamnya.  Bau harum kopi memenuhi segenap ruang bilik stor selaku bilik pantri itu.

“Makan lah sekali.  Akak saja goreng lebih ni.  Nanti siapa-siapa lapar, boleh terus makan.  Ha, korang cerita pasal apa tadi kemain meriah akak dengar kat luar tadi?” Laju tangannya mencapai sebiji karipap lalu digigitnya.

“Ni ha, cerita pasal mamat teddy bear tu lah Kak Lili.”  Zara tersengih.

“Oooo...Ziyaad.  Dia datang dah ke hari ni?”  Dalili cepat-cepat menoleh ke arah barisan teddy bear yang tersusun di atas rak.  Masih empat ekor. 

“Belum lah kak.  Airis ni hah, terkejut lah tengok anak-anak dia dah membiak jadi empat ekor ni ha.” Airis tersipu.  Malunya dia dengan perbuatan Ziyaad.  Dia segan pada majikannya itu.  Lebih bertambah segan bila Zara dari tadi tidak henti mengusiknya.

“Hmmm...ingatkan dah datang dah pagi-pagi ni.  Kot-kot bawak mee rebus ke, soto ke, perut kita jugak yang kenyang kan Zara?”  Zara tersengih membalas usikan Dalili.

“Akak pun tak tahu lah jampi apa yang Airis pakai ni.  Selang dua, tiga hari si Ziyaad tu terpacak depan butik kepit teddy bear warna merah sambil tersengih-sengih.  Nak halau pun tak sampai hati bila buat muka comel macam tu Airis tahu tak?” 

“Nasib baik pandai bawak makanan ambik hati akak dengan Zara ni.  Layan jek lah.  Teddy bear pun teddy bear lah.”

“Akak tahu dia sukakan Airis.  Maybe you should give him a chance.”  Dalili merenung anak mata Airis.  Saat itu ketulan karipap yang ditelan Airis tadi terasa tersekat di kerongkong.  Susah payah dia menelannya.

“Airis dah betul-betul sihat ke ni?  Kalau nak ambil mc lagi, akak tak kisah.”  Cepat-cepat Dalili mengubah topik sebaik dilihatnya raut wajah Airis kian berubah.  Dia tahu Airis keberatan untuk bercerita mengenai Ziyaad.  Mungkin Airis malu.

“Airis dah sihat lah Kak Lili.  Jangan risau, boleh buat kerja macam biasa.”  Airis membalas senyuman Dalili.  Sempat dia melirik pada pakaian Dalili.  Majikannya itu sentiasa anggun sesuai dengan kredibilitinya sebagai pengusaha butik.  Dia sentiasa tampil menawan tapi merendah diri.  Tidak kisah bergaul, bergurau dengan pekerja sendiri.  Baik Airis mahu pun Zara, selesa bergurau senda dengan Dalili yang diibaratkan seperti kakak sendiri.

“Takde maknanya ye.  Pagi-pagi Jasmin dah call akak, dah bagi pesanan penaja siap-siap dari Rayyan.  Tak bagi Airis buat kerja-kerja berat, angkat angkat barang semua tu tak boleh.  Kalau boleh dia nak Airis duduk jek.”

“Akak tak payah lah layan si Ray tu.  Dia tu semua pun tak boleh.” Airis mencebik bibirnya.

“Eh, tak boleh.  Nanti jadi apa-apa, akak jugak yang kena marah.  Hari ni Airis diri jek kat kaunter depan tu.  Jangan buat apa-apa sampai big boss luluskan cakap boleh buat kerja lain.” Dalili menuding jarinya, mengunjuk ke arah kaunter di luar bilik stor,mengarahkan Airis agar tidak melakukan kerja lain selain dari menjaga kaunter.  Tadi sewaktu mendapat arahan dari Jasmin, terlintas juga di benaknya di atas keprihatinan Rayyan terhadap Airis.  Terlalu prihatin bagi pendapatnya untuk sebuah ikatan hubungan antara seorang sepupu.  Terlalu mengambil berat fikir hatinya.  Tapi ditidakkannya segera.  Mungkin  kebajikan Airis memang semenjak kecil lagi sudah dijaga oleh keluarga Rayyan dan atas sebab itu lah Rayyan terlalu prihatin dengan keadaan Airis.  Mungkin!

Airis gadis bertuah di matanya.  Bertuah kerana dua orang lelaki mengambil berat terhadap dirinya pada masa yang sama.  Walaupun dia tidak tahu tentang perasaan Airis terhadap dua lelaki itu, tapi telahannya mengatakan yang kedua lelaki itu sukakan Airis.  Gadis menawan seperti Airis tentu saja menjadi gilaan lelaki.  Senyumannya mencairkan renungan lelaki yang melihat.  Apatah lagi bila melihat keperibadian Airis.  Gadis itu sempurna serba serbi.  Cantik walaupun Airis sering merendah diri mengatakan dirinya gemuk.  Tidak lah gemuk di matanya, dia cuma sedikit berisi.  Berisinya dia tidak menutup kelebihan yang Allah berikan pada wajahnya.  Airis gadis jelita.

“Hai awak.”  Airis mengangkat wajahnya.  Matanya yang kian layu kini segar semula.  Terkejut melihat Ziyaad yang tercegat di hadapannya.  Ya, dengan teddy bear merah yang dikepit dalam pelukannya. Teddy bear yang kelima.

“Saya nak ajak awak lunch hari ni, boleh?”  Ziyaad tersengih penuh mengharap. 

“Pergi lah Ris.  Kesian Ziyaad hari-hari datang sini tunggu kau naik kerja.”  Panas telinga Airis saat suara Zara tiba-tiba mencelah.  Dia menjeling Zara sekilas, melihat gadis itu tersenyum.  Senyuman mengejek.  Rasa ingin dicubit-cubit Zara saat itu.

“Sekejap ye.  Saya ambil beg kejap.  Awak tunggu.”  Airis menutup buku log yang dibeleknya tadi. 

“Awak lupa ni.” Ziyaad tersenyum.  Ah, senyuman itu terasa menikam-nikam di dada Airis.  Serta merta dada Airis bergetar.  Merona merah terus wajahnya.  Pipinya terasa hangat.  Dia menyambut huluran patung beruang dari tangan Ziyaad malu-malu.  Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan kaunter dan menuju ke bilik stor.  Patung beruang dalam pelukannya itu disusun sebaris dengan keempat-empat patung beruang yang lain.  Dia tersenyum saat memandang kesemuanya.  Airis kemudiannya membelek pula tudung di hadapan cermin sambil memekatkan palitan gincu di bibirnya.  Dikemam-kemamkan bibirnya berulang kali.  Jasmin memerhatikannya tanpa dia sedari sejak tadi.

“Airis nak lunch ye?  Dengan siapa?”  Terpacul Jasmin di hadapannya.  Airis sedikit terkejut tapi masih tetap membalas senyuman Jasmin.  Entah berapa lama Jasmin tercegat di situ dia sendiri tidak perasan.  Jasmin masuk ke butik agak lewat tadi.  Menghampiri 12 tengahari dan dia terus menuju ke biliknya langsung tidak menyapa Airis.  Sekadar menghadiahkan senyuman lalu terburu-buru masuk ke dalam bilik.  Mungkin ada perkara penting yang harus diselesaikannya.

“Ha ah Kak Min.  Nak lunch sekejap dengan Ziyaad.  Dalam mall ni jek.  Malas nak pergi jauh-jauh.” 

Jasmin sekadar mengganggguk. Sama-sama membontoti Airis keluar dari bilik stor.  Dia melepaskan Airis berlalu bersama Ziyaad dengan ekor matanya.  Dia mengagak yang Airis dan Ziyaad pastinya punyai ikatan istimewa.  Lebih dari kawan tentunya.  Apatah lagi dengan kekerapan Ziyaad yang datang dengan teddy bear sepanjang tempoh cuti sakit Airis.  Dia tahu Ziyaad sukakan pekerjanya itu.  Tapi dia tidak tahu sama ada Rayyan maklum akan hal ini atau pun tidak. Dan dia juga tidak tahu jika Airis juga betul-betul bercinta dengan Ziyaad.  Gadis itu perahsia dan penuh dengan tanda tanya.

Hi pretty! You renung pintu ni dari tadi kenapa?” Rayyan menyapa Jasmin yang dari tadi tercegat memandang pintu butik tanpa menyedari langsung Rayyan yang terpacak di hadapannya.

“Eh, terkejut I!”  Jasmin mengurut dada.

I masuk pun you tak perasan.  Kusyuk sangat tenung pintu.  You ok ke tak ni?” 

“Ok.  I tengok Airis tadi.  You tak perasan dia keluar ke tadi?” 

“Eh, tak nampak pulak.  Dia pergi mana?  I baru nak ajak dia lunch sama-sama.” Rayyan terkejut.  Serta merta dia menoleh ke belakang, melihat ke luar pintu dan cuba mengingat kembali kalau-kalau tadi sewaktu datang ke butik dia ada terserempak dengan Airis.  Dia pasti yang dia langsung tidak bertembung dengan Airis tadi.

“Dia keluar dengan Ziyaad tadi.  You tak terserempak ke dengan dia?  Baru jek dia keluar, you pun sampai.” Jasmin beriya-iya meyakinkan Rayyan yang Airis baru saja keluar dan pada logiknya, Rayyan sepatutnya bertembung dengan Airis tadi.

“Entah.  I tak perasan pulak tadi.”  Suara Rayyan bertukar kendur saat nama Ziyaad meniti di bibir Jasmin.  Lelaki itu lagi! Wajahnya ikut berubah.  Di benaknya kini muncul wajah Ziyaad.  Panas hatinya datang tiba-tiba.

“Diorang lunch kat mana?”  Rayyan bertanya.  Nadanya mendatar.  Moodnya untuk makan tengahari bersama Airis dan juga Jasmin hilang terbang entah ke mana.  Sangkanya tadi, dia datang demi memastikan Airis makan mengikut waktu.  Dia khuatir gadis itu mengabaikan kesihatannya.  Langsung tidak menjangka yang Ziyaad terlebih pantas mengambil tindakan.  Darahnya menggelegak.

“Kata Airis tadi, kat dalam mall ni jugak.  Malas nak pergi jauh-jauh...” Jasmin mengerutkan dahinya.  Pelik melihat reaksi Rayyan yang tiba-tiba berubah.

I rasa diorang ni bercinta lah Ray.  Si Ziyaad tu sejak Airis mc, selang dua, tiga hari mesti datang sini bawak teddy bear.  Agaknya dia nak hantar kat rumah you, dia segan dengan parents you.  Tu yang dia hantar kat sini tu.”

Teddy bear?” Kening Rayyan bercantum. Timbul bermacam persoalan dalam benaknya.  Dan dia terasa seolah-olah sudah terlalu jauh ditinggalkan Ziyaad. Sungguh dia benar-benar tidak tahu sejauh mana sudah keakraban hubungan Airis bersama Ziyaad.

“Ha ah..teddy bear.  Hai, you dah tak kenal teddy bear ke?  Meh sini, I tunjuk you.”  Jasmin memaut tangan Rayyan supaya mengikutinya ke bilik stor.

“Tengok. Ni lah teddy bear yang I cakap.  Hari tu ada 4 ekor.  Tadi Ziyaad datang bawak lagi seekor.  Jadilah lima ekor semuanya.  Comel kan.  Susah kot nak cari warna merah semuanya macam ni.  Lain-lain design pulak tu teddy bear ni.  Pandai Ziyaad ambil hati Airis.  Find something special for someone special.  Kalau I jadi Airis, terus jatuh cinta kat Ziyaad tu. Hahaha...”  Tawa Jasmin tiba-tiba terhenti bila dilihatnya wajah Rayyan merah padam.  Dia jadi takut kini.  Belum pernah dilihatnya Rayyan marah sebegitu. 

I nak balik lah.  Tak jadi lunchYou makan lah dengan orang lain hari ni ye.  I nak balik.” Rayyan terus berlalu meninggalkan Jasmin terpinga-pinga.  Dia jadi pelik dengan perubahan sikap Rayyan.  Setiap kali disebut nama Ziyaad, wajah Rayyan berubah keruh.  Jasmin jadi tertanya-tanya.









Rayyan mundar mandir dalam biliknya.  Sekejap dia ke kiri, sekejap pula dia ke kanan.  Sekejap dia duduk, sekejap pula dia berdiri.  Semuanya serba tak kena.  Sudah lebih 20 kali dia menyelak langsir tingkapnya, memerhati kalau-kalau Airis sudah pun pulang dari kerja walaupun dia tahu yang Airis kebiasaannya pulang tepat pukul 10.30 malam.

Rayyan berperang dengan perasaannya sendiri.  Dia jadi marah bila mendengar cerita tentang Airis bersama Ziyaad.  Dia juga keliru tentang amarahnya itu.  Terasa tidak perlu untuk dia naik angin seperti ini.  Dulu, dialah orang yang paling tidak kisah walau mana-mana lelaki sekali pun ingin mendekati Airis.  Malahan dia sendiri dapat mengagak yang Ziyaad tergilakan isterinya.  Tapi sekarang, semakin kerap Ziyaad bersama Airis, semakin marah dia jadinya. Dia cintakan Jasmin tapi dia marah Airis dirapati lelaki lain.  Ini betul-betul gila.

Dia menghembus nafas kasar.  Terasa jarum jam berdetik terlalu lambat.  Dia menekup mukanya lalu diusap rambutnya kasar.  Rambutnya yang sedia serabut menjadi semakin kusut.  Terbayang-bayang dalam kepalanya barisan patung beruang merah bersusun di atas rak di dalam bilik stor yang ditunjukkan Jasmin siang tadi.  Tergambar-gambar di benaknya seolah-olah kelima-lima patung itu sedang tergelak besar.  Mentertawakan dia.  Mengejek dirinya kerana membiarkan isteri sendiri dicantas lelaki lain.  Rayyan menghembus nafasnya lagi.  Kali ini lebih kasar dan lebih panjang.  Hatinya jadi bertambah sakit dan pedih.  Entah mengapa api cemburunya marak tiba-tiba bila nama Ziyaad terawang di telinganya.  Cemburu? Ya, cemburu! Kenapa? Entah!

“Arghhhhh!” Rayyan menjerit kuat. 

“Kau kenapa?  Kau ok?” Airis menguak pintu biliknya kasar.  Riak wajahnya cemas sebaik terdengar jeritan dari dalam bilik Rayyan.  Dia yang baru saja ingin masuk ke dalam biliknya sebaik pulang dari kerja, kelam kabut meluru ke arah bilik Rayyan.  Bimbang sesuatu yang buruk terjadi pada lelaki itu.

“Siapa hantar kau balik?” Rayyan menyoal kasar.  Dia langsung tidak menyedari yang Airis sudah pun balik.  Sekarang, yang penting adalah dia perlu tahu siapa yang menghantar isterinya itu pulang ke rumah.  Jika Ziyaad jawapannya, pasti amarahnya akan meletup dahsyat.

“Aku balik naik cab lah.” Airis mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan Rayyan tapi dia takut merenung mata lelaki itu yang dilihat seolah-olah ingin menelannya.   Dia dapat rasakan yang lelaki itu sedang marahkan dirinya.  Atas alasan apa, dia kurang pasti.

“Bukan abang sayang kau tu yang hantar?” Rayyan meninggikan suaranya.  Masih tidak percaya dengan jawapan jujur dari Airis.  Masih membayangkan Ziyaad melambai-lambai dari tingkap kereta sebelum Airis masuk ke dalam rumah.  Api cemburu dan amarahnya semakin menjadi-jadi.

“Kau kenapa?  Aku penat lah.  Takde masa nak jawab soalan bangang kau tu.” Airis mula bengang.  Dia tahu Rayyan maksudkan Ziyaad dengan panggilan abang sayang tadi.  Dan dia tahu yang Rayyan sedang marahkan Ziyaad.  Tapi, kenapa?

“Ziyaad ke yang hantar kau?!” Suara Rayyan tiba-tiba memetir.  Memecah kesunyian malam itu.  Terkejut Airis dibuatnya dengan jeritan suara Rayyan yang tiba-tiba.  Terasa gugur jantungnya.  Sepanjang perkahwinan mereka, belum lagi dia mendengar suara Rayyan memekik seperti itu. Malam ini, dia betul-betul terkejut dengan perubahan sikap Rayyan.

“Apa kau ni?  Malas lah aku nak layan kau.  Aku penat.” Airis cepat-cepat menutup kembali pintu bilik Rayyan.  Malas melayan perangai Rayyan yang seolah-olah sengaja mencari gaduh. Dan dia juga sebenarnya malas untuk mengeruhkan keadaan.  Saat ini, apa yang perlu dibuat adalah menjauhkan diri dari Rayyan untuk ruang masanya sendiri supaya lebih bertenang.

“Kau sukakan Ziyaad kan?!” Tengking Rayyan sebaik dia keluar dari biliknya dan mengejar Airis. Dipaut lengan Airis kuat bila dilihat gadis itu cuba meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik.  Airis jadi takut kini.  Dia merasakan seolah-olah berhadapan dengan lelaki yang lain.  Bukan lagi Rayyan, suaminya.

“Kau ni kenapa?!” Airis meninggikan suaranya pula.  Mengumpul kekuatan untuk membalas intonasi suara Rayyan yang meninggi tadi.  Dia tidak bersalah dan dia seharusnya tidak ditengking sebegitu oleh Rayyan.

“Aku tanya kau, kau sukakan Ziyaad ke?!” Tengking Rayyan lagi.  Lebih kuat.

“Apa masalah kau ni?  Apahal aku balik penat-penat, kau nak tengking-tengking aku ni?!” Airis separuh memekik.  Dia cuba menarik lengannya yang digenggam kuat oleh Rayyan. Gagal.
 
“Susah sangat ke kau nak jawab soalan aku tu?  Kalau suka, cakap jek lah suka.  Kenapa kau nak takut?!”  Rayyan menjegilkan matanya.  Genggaman tangannya pada lengan Airis dikuatkan.  Berkeriut wajah Airis menahan perit.

“Lepas lah.  Sakit!” Airis menarik-narik lengannya.  Masih gagal melepaskan dari genggaman Rayyan.

“Aku tanya kau jawab!” Rayyan menengking lagi.  Dia betul-betul marah kali ini.  Apatah lagi bila dilihat Airis berani menengkingnya kembali.

“Memang!” Airis mengguna sepenuh tenaga menarik lengannya dari terus dicengkam Rayyan.  Diusap-usap lengannya.  Tampak merah berbekas.

“Memang aku sukakan dia. Puas hati?!” Tidak.  Itu bukan jawapannya.  Tapi lidahnya sudahpun terlanjur menuturkan kata-kata tadi.  Sebenarnya dia sendiri keliru perasaannya terhadap Ziyaad ketika itu.  Entahkan suka entahkan tidak.  Dia benar-benar tidak tahu.  Jawapannya sekadar melepaskan kemarahannya terhadap Rayyan tanpa berfikir panjang.  Tapi, dia juga ingin melihat reaksi Rayyan dengan jawapannya tadi.  Sengaja ingin menguji.

“Kau sedar tak kau tu siapa?” Darah Rayyan semakin mendidih. Mendengar pengakuan Airis tadi menjadikan dia lebih marah.  Terbayang pula wajah Ziyaad yang seolah-olah mentertawakan dirinya.

“Sedar!  Ya, aku sedar diri aku ni siapa Ray.  Tak payah ingatkan aku!” Airis menentang anak mata Rayyan.  Dia dapat mengesan api kemarahan dalam anak mata itu.  Dan dia jadi pelik mengapa Rayyan tiba-tiba naik hantu sebegini. 

“Bagus!  Kalau kau sedar diri kau tu isteri aku, buat cara macam isteri orang.  Jangan nak menggatal dengan lelaki lain!” Rayyan menjerit lagi.  Dia betul-betul marah.  Terasa ingin dilempang Airis ketika itu lebih-lebih lagi saat Airis juga menengkingnya.  Tapi, dikawal lagi hatinya.

“Ray..Ray...Kau lupa agaknya.  Kau pun suami orang Ray.  Kau marah aku keluar dengan Ziyaad sedangkan kau sendiri keluar dengan Jasmin.  Pernah kau tengok aku marah kau keluar dengan Jasmin?  Kau tak rasa kau tengah buat lawak?  Tak kelakar ke kau marahkan aku sekarang ni sedangkan kau sendiri pun keluar dengan perempuan lain bukannya dengan isteri sendiri?” Airis menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis.  Faham dia kini mengapa Rayyan tiba-tiba marah.  Cemburu kah Rayyan terhadap dirinya dan Ziyaad?

“Kkkauuu...kkkauuu tak boleh samakan situasi aku dengan situasi kau.  Aaakuuu..akkkuu lain.” Rayyan tergagap.  Marahnya tiba-tiba hilang entah ke mana.  Rasa malu tiba-tiba menyerang dirinya.  Malu kerana sikap cemburunya pada Airis. Bodohnya dia kerana cemburukan Airis bersama Ziyaad sedangkan dihatinya sendiri bertakhta nama Jasmin. Ada betulnya kata-kata Airis tadi.

“Hmmm...lain?”  Airis senyum menyindir lagi.

“Lain apanya Ray?  Apa yang lain?  Lain sebab kau lelaki yang ada kuota empat orang isteri, bermakna kau boleh keluar dengan Jasmin, aku tak boleh keluar dengan Ziyaad.  Macam tu?  Dari sudut Islam, aku tahu aku salah sebab aku keluar dengan lelaki lain tanpa izin kau.  Tapi, kau lupa?  Aku rasa macam kau pernah cakap kat aku, kau dengan urusan kau, aku dengan urusan aku.  Kau lupa kau pernah cakap macam tu kat aku dulu?  Kau lupa yang kau tak kisah kalau Ziyaad sukakan aku sebab kau sendiri sukakan Jasmin?  Kau lupa Ray? Kau lupa yang satu hari nanti kau akan lepaskan aku untuk bersama Jasmin?  Kau lupa?” Senyum sinis Airis tambah melebar. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya lagi.  Terasa gelihati bila mengetahui Rayyan marahkan dia keluar bersama Ziyaad.  Pasti lelaki itu datang ke butik tengahari tadi dan sudah tentu antara Jasmin atau Dalili yang memaklumkan dia keluar makan tengahari dengan Ziyaad.

“Kalau kau nak marah aku, semak diri kau dulu.  Kau tak berhak nak marah aku kalau Ziyaad sukakan aku atau aku sukakan Ziyaad sekalipun.  Sebab perkahwinan kita cuma atas dasar memenuhi keperluan dan kepentingan masing-masing.  Atas tiket kau nak mewarisi perniagaan Papa, aku nak sambung belajar dan Papa nak tebus balik salah dia pada arwah ayah aku.  Baik kau atau aku, tiada perasaan cinta.  Jadi, kenapa mesti ada rasa cemburu?” Airis menggigit bibir. Sejujurnya, dia sendiri terasa lain bila mengetahui Rayyan keluar bersama Jasmin.  Bezanya, dia tidak menzahirkan rasa cemburunya itu.  Lagipun, tidak perlu.  Untuk apa mencemburui orang yang tidak menyintai dirinya?  Rayyan dilihatnya dari tadi cuma membisu.

“Aku sebenarnya penat macam ni.  Dan aku rasa benda ni tak adil untuk semua orang.  Kenapa kita pilih untuk jadi tak bahagia semata-mata nak penuhi kehendak masing-masing?  Kenapa tak mudahkan jek semua kekusutan ni?” Airis memandang Rayyan yang tersandar lesu di dinding.  Suaranya sudah perlahan dan lembut.  Dia menarik nafas panjang.

“Maksud kau?”

It’s time to let everything go and move on to the next phase.” Airis mengetap bibir.  Terasa pedih untuk menuturkan kata-kata itu.  Sejujurnya dia sayangkan Rayyan.  Atau sekurang-kurangnya boleh berusaha untuk menyayangi suaminya itu.  Tapi semuanya tidak mendatangkan sebarang makna kalau cuma dia yang bertepuk tangan.  Takkan berbunyi.  Sedangkan Rayyan lebih asyik bertepuk tangan bersama Jasmin.  Lebih baik dia mengalah sebelum keadaan menjadi lebih parah.  Lebih baik dia mengundur diri untuk kebaikan semua orang.  Tentang pengajiannya, dia akan ikhtiarkan cara lain.  Semuanya dia serahkan pada Allah.  Sekarang, terpulanglah pada keputusan Rayyan.

“Kau tak menyesal?” Lama Rayyan mendiamkan diri sebelum mengeluarkan kata-kata.  Dipandang wajah Airis yang tercegat memandangnya.

“Kenapa aku nak sesalkan orang yang langsung takde perasaan kat aku Ray?  Lagipun kalau kita terus macam ni, aku takut kau yang menyesal tak dapat Jasmin.” Airis tersenyum.  Redha dengan setiap kata-katanya.  Dikuatkan hatinya untuk menuturkan kata-kata.  Biar nampak dirinya gagah di hadapan Rayyan, sedangkan dalam hatinya, rapuh.  Sangat rapuh.

Lama Rayyan membisu.  Bermacam-macam persoalan berlegar dalam kepalanya.  Memikirkan kata-kata Airis yang ada benarnya.  Memikirkan dirinya yang naik hantu tadi.  Cemburu?  Mengapa perlu cemburu?  Dia jadi keliru dengan perasaannya kini.  Berbulan hidup serumah dengan Airis buat dia menyayangi gadis itu dalam diam.  Sayang?  Bukan sayang.  Cinta?  Bukan cinta.  Dia betul-betul keliru.

Dia belum bersedia melepaskan Airis hakikatnya.  Tapi, Jasmin tidak boleh dilengahkan.  Dan untuk mengejar Jasmin, Airis mesti dilepaskan sedangkan dia tak rela.  Dia buntu.  Dari berdiri menyandar, dia duduk terjelepuk di tepi dinding.  Airis dilihatnya sudah pun masuk ke dalam bilik, memberi ruang untuk dia berfikir sendirian.

Melihat Ziyaad cuba merapati Airis mencabar kelakiannya dan maruahnya sebagai seorang suami.  Dia benci kalah pada sesuatu yang memang menjadi haknya.  Dari gaya  dan cara Ziyaad, dia tahu lelaki itu maklum akan layanannya terhadap Airis.  Dan dia benci melihat lelaki itu melayan Airis lebih baik dari dirinya melayan Airis.  Seolah-olah mencabar kelakiannya dengan mengatakan yang dirinya itu lebih menghargai Airis.  Dia benci bila mendapat tahu ada lelaki lain cuba menggoda isterinya sendiri.  Fitrah seorang suami mungkin, fikirnya.  Rasa tercabar bila lelaki lain mendekati isteri walaupun bukanlah isteri pilihan hati. 


Atau sebenarnya dia sudah jatuh cinta pada Airis?








Nota Selit : Emossssiiiiiiii sangat time taip bab ni.  Rasa macam dada nak meletup masa bayangkan situasi Rayyan cengkam kuat lengan Airis masa bergaduh tu....sampai nafas rasa laju turun naik...sayangs yang baca, camne rasenye ye?  Satu lagi bab ye yang tinggal!

Friday 10 October 2014

Saat Kau Dakap Cintaku - Bab 23











Airis menarik nafas dalam-dalam.  Menikmati aroma membangkitkan selera yang datang dari mee goreng yang baru saja selesai dimasaknya.  Semalam mee yang dicelur untuk dinikmati bersama kuah hailam banyak lagi lebihannya, terus saja terlintas untuk digorengkan saja pagi ini.  Cepat-cepat dia mencapai sebatang timun lalu dikupas kulitnya.  Dia memotong serong timun itu penuh hati-hati lalu menyusunnya cantik-cantik di atas pinggan sebelum menuangkan limpahan sos cili di atasnya.

Aroma harum yang menaikkan selera itu membuatkan Rayyan terbangkit dari tidurnya.  Dia menjeling pada jam yang terlekat di dinding.  6.30 pagi.  Bingkas dia bangun, segera ke bilik air menunaikan kewajipan bertemu Pencipta.  Usai solat, dia menuju ke dapur.

“Kau masak ke?” Rayyan duduk.  Kembang kempis hidungnya menghadap semangkuk mee goreng basah terhidang depan matanya.  Dia meneguk liur.

“Tak lah.  Aku tengok jek mee tu masuk sendiri dalam kuali, tumis sendiri dalam kuali.  Alih-alih terus jek siap macam ni depan mata.  Magik betul kan?” Airis menjawab acuh tak acuh.  Malas dia ingin menjawab soalan bodoh dari Rayyan apatah lagi dengan peristiwa makan malam tadi.  Hatinya betul-betul sakit mengenangkan Rayyan yang langsung tidak menghiraukan dirinya saat Jasmin duduk dengan mereka ikut sama menikmati hidangan makan malam.

“Hmmm..kelakar sangat lah tu.  Kan aku cakap jangan masak.  Jangan buat apa-apa dalam rumah ni.  Tangan kau kan belum baik lagi.”

“Takpe lah pak cik.  Sakit pun boleh lagi aku gagahkan bawak memasak.  Dari makan kat luar sakit hati, baik aku masak sendiri.  Perut pun kenyang hati pun tak sakit.  Lagipun tangan aku dah baik. Tak payah nak risaukan aku.” Airis bingkas bangun.  Malas ingin mendengar sebarang penjelasan dari mulut Rayyan.  Kalau berkenaan Jasmin, pasti saja perempuan itu bukan penyebab sebarang masalah.  Semuanya yang baik-baik saja tentang Jasmin.

Rayyan mematikan diri.  Hatinya terasa sebal.  Dia tahu Airis menyindirnya.  Dia yakin Airis tentu sedang marahkan dirinya disebabkan peristiwa malam tadi.  Sepanjang perjalanan pulang dari makan malam itu, wajah Airis keruh sehingga dia sendiri takut untuk menegur Airis.  Dia mengeluh di dalam hati, dia sedar ini memang kesilapan dari dirinya juga.  Entahlah, bertemu wanita pujaannya itu, buat dia terlupa dengan orang di sekelilingnya sehingga tanpa sedar telah mengguris hati Airis.  Tapi, egonya menghalang dari mengakui kesilapan.  Dia terus mematikan diri sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut.  Selesai makan, dia bingkas bangun mencapai briefcase dan kot miliknya.

Airis yang dari tadi khusyuk menyental kuali yang digunakan untuk menggoreng mee, menghentikan perbuatannya.  Dihampiri Rayyan yang berdiri tercegat di hadapannya.  Dihulur tangan ke arah Rayyan lalu dicium tangan itu seperti kebiasaan.  Cuma selalunya rutin itu dilakukan di hadapan ibu bapa mertuanya sebelum ini, tapi pagi itu, laju saja dia menyalami tangan suaminya itu. 


Rayyan tersentak di dalam hati.  Pagi itu terasa pelik menyambut huluran salam dari Airis.  Terasa tindakan itu tidak perlu tapi dirinya sendiri tercegat di hadapan Airis menanti isterinya itu menyalaminya.  Terasa rutinnya pagi itu tidak lengkap tanpa salaman dan ciuman dari Airis.  Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya saat Airis bangun dari tunduknya saat mencium tangannya tadi.  Segera dia mengatur langkah menuju ke muka pintu dan membuka pintu kereta.  Saat keretanya berundur, Airis dilihatnya sudah pun menutup pintu.







Airis membuka tudung lantas meletakkannya di birai katil.  Dia menukar blaus dan jeans yang dipakainya dengan t-shirt dipadankan bersama seluar track berwarna biru gelap.  Pantas dia mengatur langkah ke ruang dapur membelek satu persatu barangan yang dibelinya di pasar tani tadi.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi.  Airis menyanyi kecil, membersihkan udang dan sotong perlahan-lahan.  Empat jenis ikan yang baru disiangnya tadi, dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam plastik berasingan sebelum memasukkannya ke dalam peti ais bersama udang dan sotong.  Dia bercadang ingin memasak gulai lemak ikan tongkol putih digandingkan bersama sayur kobis goreng untuk santapannya tengahari nanti.  Hidangan yang dimasaknya juga tidak lah terlalu banyak dan tidak lah terlalu sedikit.  Cukup untuk dia dan Rayyan untuk menikmatinya sehingga ke malam nanti.

Selesai memasak dan menikmati hidangan tengahari, Airis tercegat di hadapan pintu bilik Rayyan.  Berkira-kira untuk masuk atau pun tidak.  Dia nekad apatah lagi memikirkan baju-baju yang ingin dibasuhnya sekejap lagi.  Tangannya memulas pintu bilik lalu menguaknya perlahan-lahan.  Sama seperti bilik Rayyan di rumah ibu bapanya, bilik Rayyan di rumah itu juga kemas.  Hiasannya juga sederhana, tidak terlalu sarat.  Airis senyum tipis.  Sedikit lega melihat bilik itu yang teratur kemas.  Dari muka pintu dia sudah terpandangkan bakul baju kotor milik Rayyan.  Segera dia menggapainya sebelum berhenti di hadapan sebuah almari kaca yang kosong.  Terpandang pula pada sebuah kotak di lantai yang masih belum berusik.  Tersadai kesemua koleksi kesayangan milik Rayyan yang masih belum sempat dikemas.  Dia duduk bersimpuh, memulakan kerja menyusun satu persatu perlahan-lahan.

Tepat pukul 3 petang, Airis menghembus nafas kelegaan. Semua koleksi Rayyan sudah pun siap disusun.  Dia cepat-cepat menuju ke dapur, mencampakkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh lalu menetapkan arahan pada mesin basuh itu sebelum menuju ke halaman belakang rumah.  Anak pokok manggis dan pulasan yang dibelinya tadi dibelek sambil tersenyum.  Dia mencapai cangkul yang juga dibelinya tadi.  Perlahan-lahan membuat dua batas sepanjang satu meter sebelah menyebelah sebelum mencampurkan tanah di laman itu dengan tanah bakar yang dibelinya.  Airis mengambil dua bungkusan kecil peket berisi biji benih sayur sawi dan bayam lalu menaburkannya di atas batas.  Ditaburkan juga butiran kecil baja lalu dijiruskan air di seluruh batas tadi.  Airis tersenyum puas.

Terus lupa pada rajuk dan marahnya dia dengan perbuatan Rayyan malam tadi.  Terasa terubat kerinduannya untuk bercucuk tanam setelah lebih kurang dua bulan meninggalkan kampung halamannya.  Pasti sayur-sayuran yang ditanamnya di sebelah warung, sudah dipetik hasilnya oleh Kak Inah.  Entah Kak Inah sempat menanam biji benih baru entahkan tidak.  Datang rindunya pada Kak Inah, Hakimi dan kampungnya tiba-tiba. 

Teringat pula dia pada arwah ayahnya yang menurunkan segala petua menanam pokok dan sayuran kepadanya sewaktu kecil dulu.  Minatnya itu datang dari sikap arwah ayahnya yang tidak pernah jemu berbakti pada tanah.  Kata arwah ayahnya lagi, takkan rugi kalau berbakti pada tanah.  Lihat saja hasilnya dua atau tiga bulan kemudian, pasti segala penat kudrat kita akan berbayar.  Sekarang, Airis rasa sudah tidak sabar menunggu hasil tanamannya selepas ini.  Dia tersenyum lagi lebih lebar.

“Kau memang tak boleh duduk diam eh?” Airis melatah saat terdengar suara Rayyan di tepi telinga.

“Kau ni, terkejut aku! Eh, cepatnya kau balik? Dah pukul 5 eh?” Airis menghembus nafas keletihan.  Tidak menyangka langsung jam sudah mencecah ke 5 petang.  Rasa seperti baru saja dia memulakan aktiviti bercucuk tanam tadi. Tahu-tahu Rayyan sudah tercegat bercekak pinggang di sebelah.

“Dari pukul berapa kau kat luar ni?  Merah padam muka kau.” Rayyan menelek setiap inci wajah Airis yang tampak kemerahan itu.  Peluh berjuraian di sekitar mukanya.  Bajunya juga tampak basah di bahagian belakang.  Pastinya Airis sudah berjam di laman belakang ini.  Apatah lagi bila dia melihat dua batas tanah sudah siap dicangkul dengan sebatang anak pokok sudah terpacak ditanam di satu sudut laman itu.

“Pukul 3 tadi.  Rasa macam aku baru jek kat sini.  Sedar-sedar kau dah balik dah.  Kau dah makan?  Aku dah siap masak, kalau kau nak makan, aku hidangkan.” Airis mencapai penyapu laman, mengais daun-daun kering yang berguguran dari pokok yang ditanam di tepi jalan berdekatan laman belakang rumah.

“Kau masak? Lagi, kau buat apa kat rumah ni?”  Rayyan sedikit bengang.  Airis memang degil.  Berkali-kali dia ingatkan supaya tak perlu memasak, tapi Airis tetap memasak.  Dan sekarang, dia melihat gadis itu sudah pun siap bercucuk tanam.  Terasa ingin dipiatnya telinga Airis saat itu.  Biar Airis mendengar kata-katanya.

“Aku pergi pasar, beli barang dapur, anak-anak pokok ni, cangkul, penyapu laman, basuh baju, masak. Dah...itu jek aktiviti aku hari ni? Satisfied enough?” Airis senyum senget.  Dia tahu Rayyan marah dengan dirinya.  Tapi, dia juga sukar dikawal.  Dia tak pandai duduk diam tanpa melakukan apa-apa, apatah lagi di dalam rumah yang didiami oleh dia dan Rayyan.  Kalau di rumah keluarga Rayyan dulu, boleh juga dia menolong Mak Intan memasak atau sekadar berborak kosong dengan wanita itu untuk menghabiskan masa.  Sekarang ini, dia keseorangan.  Untuk menghilangkan bosan, macam-macam yang dia lakukan tanpa sedar mengundang marah kepada Rayyan.

“Kan aku cakap tak payah buat apa-apa.  Kau duduk jek dalam rumah tu diam-diam tak boleh ke?  Kan tangan kau tu sakit.  Ni kau mencangkul apa bagai, nanti bleeding macam mana?” Rayyan membebel.  Dia cekak pinggang lebih kuat.  Dia risaukan keadaan lengan Airis hakikatnya.  Luaran memang lukanya sudah pun kering tapi dalamannya baik dia atau Airis tidak tahu.  Apatah lagi dengan aktiviti mencangkul seperti ini, dia takut keadaan Airis akan jadi lebih buruk.

“Pergi jek la hospital.  Apa susah.” Airis menjeling.  Bosan mendengar Rayyan membebel walau dia sebenarnya terharu Rayyan seakan-akan mengambil berat terhadap dirinya.  Mungkin, menjaga kebajikannya supaya tidak dimarahi Dato’Harun!

“Haa...cakap memang senang.  Kau tu nanti kat hospital macam baby, makan ubat sikit punya payah.  Nak kena ajak bertumbuk dulu, baru lah nak suap ubat tu ke mulut.  Berapa kali aku dah pesan, jangan masak.  Beli jek, tak pun kita makan jek kat kedai.”  Rayyan terus menerus membebel.  Sakit hatinya mendengar jawapan selamba dari mulut Airis.

“Hmmmmm...tak payah nak makan kat kedai sangat lah.  Masak bukan susah mana pun.  Lagi pun aku lagi suka makan kat rumah dari makan kat kedai.  Kalau kau tak suka masakan aku, kau boleh makan kat luar dengan Kak Min. Aku makan apa yang ada kat rumah ni jek.” Airis menundukkan wajahnya.  Dikais daun-daun yang sama berulang-ulang kali.  Ikut tercarik seperti hatinya bila mengenangkan sakit hati menjadi patung cendana menyaksikan drama Rayyan dan Jasmin sewaktu makan malam. Dia benci bila teringatkan semula peristiwa malam tadi.

Rayyan tahu Airis menyindirnya.  Dia tahu Airis pasti berkecil hati dipinggirkan malam tadi. Dia mencari akal untuk mengubah topik, serta merta dia mengalih pandang pada satu beg anak pokok yang masih tersandar di dinding. Terasa hairan melihat anak pokok itu di situ sedangkan satu lagi sudahpun ditanam Airis.

“Ni satu lagi anak pokok ni kenapa tak tanam sekali?  Nak simpan untuk siapa?”

“Simpan untuk kau.  Nak suruh kau yang tanam.” Airis menghampiri Rayyan yang berdiri bersebelahan anak pokok manggis yang dibelinya tadi.

“Aku punya pokok pulasan.  Tu, aku dah tanam siap-siap.  Kau punya tu pokok manggis.  Kita tanam, lepas tu kita tengok siapa punya yang hidup subur, berbuah banyak.  Senang cerita, pertandingan menanam pokok.  Pokok mana yang mati, dikira kalah. Setuju?” Airis tersengih.  Tak kisah lah andai jodohnya dengan Rayyan nanti tidak mencecah ke 4 atau 5 tahun yang akan datang sekali pun, yang penting dia tetap ingin meneruskan minatnya.  Sudah lama dia mengimpikan duduk di rumah sendiri, dapat bercucuk tanam seperti ini dan mempunyai pokok buah-buahan yang buahnya boleh dipetik sendiri setiap kali tiba musimnya.

“Mestilah pokok aku yang berbuah paling lebat sekali.  Pokok kau tu entah-entah 2,3 bulan lagi mati. Hahaha...” Rayyan tergelak.  Sengaja menyakat Airis apatah lagi melihat wajah ceria Airis yang bersinar-sinar itu.  Dia lega Airis seperti sudah dapat melupakan peristiwa malam tadi. Dan yang penting dia suka melihat senyuman Airis.  Terasa berbunga hatinya tiba-tiba melihat wajah ceria itu.

“Tolong sikit ye.  Arwah ayah aku dah turun banyak ilmu bercucuk tanam ni tau.  Kita tengok nanti siapa punya pokok yang hidup, siapa punya yang mati.  Aku takut yang tergelak besar tu jek yang mati dulu.  Hahaha....” Airis sama-sama tergelak.  Terasa lucu dengan ayat Rayyan yang berlagak dengannya. 

“Eh, ingat aku tak pandai ke tanam pokok. Meh aku tunjuk kat kau.  Mula-mula cangkul tanah ni buat lubang dulu.”  Rayyan mencapai sebatang cangkul berdekatan.  Dicangkul tanah sedalam yang dirasakannya bersesuaian.

“Lepas tu, keluarkan beg plastik dia ni.  Masukkan dalam tanah lepas tu kambus. Lepas tu ambik pulak getah paip, jirus lah air bagi dia hidup subur.” Rayyan tersengih.  Hujung paip getah tadi sengaja ditujukan ke arah Airis yang dari tadi tercegat memerhatikannya.

“Woi, basah!  Habislah basah baju aku!” Airis terjerit saat air yang keluar dari getah paip yang dipegang Rayyan dihala ke arahnya.  Sungguh dia terkejut Rayyan menyiram air ke arahnya yang sedang khusyuk melihat Rayyan menanam pokok dari tadi.  Tidak menyangka sama sekali perbuatan Rayyan.

“Apa? Apa kau cakap?  Tak dengar!” Rayyan menyuakan telinganya ke arah Airis.  Dia sengaja menyakat Airis.  Tangannya masih tak lepas dari memegang paip getah yang dihalakan ke arah Airis yang sudah pun cuba melarikan diri.  Tapi dia tidak tercegat, meluru saja ke sudut mana pun Airis pergi melarikan diri.  Dia ketawa berdekah-dekah.  Seronok melihat Airis yang terpekik-pekik meminta dihentikan perbuatan itu.  Lama dia tidak mengenakan Airis.  Terasa rindu. Ya, rindu.

“Air tu...kena kat aku lah! Apa kau ni! Basah lah aku woi!” Airis terpekik lagi.  Tangannya mengibas-ngibas air yang terpercik ke mukanya.  Baju dan seluarnya sudah pun lencun.  Dia berlari ke kiri dan kanan, mengelak dari terkena pancutan air dari Rayyan.

“Bak sini  getah ni!” Airis merampas getah paip dalam genggaman Rayyan sepantas yang boleh.  Tapi Rayyan ternyata lebih pantas.  Dia menghalakan getah paip itu tepat ke muka Airis, menyukarkan Airis untuk mendekatinya.  Tapi, gadis itu lebih bijak.

“Adui!” Rayyan menjerit, melihat kakinya yang berdenyut dipijak Airis.  Saat itu, genggaman getah paip di tangannya sudah berjaya dirampas Airis.  Serentak itu juga, pancutan air mengena tepat ke wajahnya.

“Eh...main kasar kau ni!  Nanti kau! Aku dapat getah paip tu, aku mandikan kau kat sini jugak!” Dia mengejar Airis yang sudah pun terkekek-kekek ketawa sambil berlari-lari anak mengelak dari Rayyan yang cuba merampas getah paipnya kembali.  Kali ini dia pula yang mengelak dari terkena pancutan air.  Kali ini dia pula yang kebasahan.


Lupa terus Rayyan dengan segala keletihan di pejabat tadi.  Dia seronok bergurau senda bersama Airis tanpa langsung menyedari matahari perlahan-lahan melabuhkan tirainya. Petang itu, kedua-duanya basah dalam kegembiraan.








Nota Selit : Nah, AA belanja cepat sikit bab 23...lagi dua bab ye sayangs semua sebelum AA tutup SKDC...pastu AA nak bertapa dalam gua siapkan manuskrip SKDC pulak...Terima kasih yang tak terhingga buat yang sudi tinggalkan komen untuk bab 22...terima kasih juga untuk yang baca tapi tak tinggalkan komen pun AA hargai sangat2!...tak sangka masih ada lagi yang sudi baca SKDC lepas lama AA tinggalkan...AA terharu! terima kasih byk2! sayangggggg sayangs semua!