Salam..
Minggu lepas adalah minggu yang sibuk..Sampai nk update blog pun tak sempat..Ape lagi nk menjenguk blog kengkawan yang lain..Cerita pun jadi banyak bertimbun2 sampai tak tahu nak cerita yang mane satu..
Tapi kali ni rasenye citer ni kot yang sesuai..Kisah ni aku baca dari majalah Mingguan Wanita..Sangat menyentuh perasaan dan satu-satunye crite yang sampai skarang aku ingat..Mungkin pengakhirannye kot yang buat aku tak boleh lupakan cerita ni..Pada yang pernah membaca, ini sekadar mengembalikan memori kalau2 terlupa dan untuk penulis..maaf jika saya mengubah karya asal awk ye..Tapi saya sangat mengagumi bakat awak dan tertanya adakah cerita ini dari alam realiti awak sendiri?
Aku ceritakan semula mengikut gaya, bahase dan kepahaman aku...Kalu tak sedap n best..tolong senyum jek sampai ke telinga okeh? Segala nama watak telahpun diubah mengikut kesukaan hatiku kecuali nama Abang Bakhtiar ni..(kenapa la nama die jek yang aku ingat?hikhik..Tapi tak berapa pasti la, betul ke Abang bakhtiar ni? Hentam jek la Labu...)
Malam itu terasa sunyi, tapi mendamaikan. Terasa lembut angin malam bertiup, membelai perlahan rambut Aina. Terimbas kembali kenangan waktu dia, Bakhtiar, Abang dan Adik saat bersantai di meja itu setiap hujung minggu. Bagai terngiang-ngiang jerit pekik adik melarikan diri dari terus menjadi mangsa usikan Abang. Terdengar-dengar pula jerit pekik Bakhtiar melarang Abang dari terus menyakat Adik. Bimbang Adik terjatuh ketika asyik berlari dari dikejar Abang. Satu persatu terimbas, bermain-main di mindanya. Entah kenapa, kenangan itu seperti menikam-nikam hatinya. Perit untuk dikenang. Pedih untuk diingat. Perlahan-lahan air mata Aina jatuh. Terlalu sunyi malam itu dia rasakan.

***********
“Kenapa mesti Nur, Ibu? “
“ Kau tak kesian dengan Abang Bakhtiar kau? “
“ Habis siapa yang nak kesian dengan Nur? Ada orang yang kesian dengan Nur? “ Ainur membentak keras. Ibu menundukkan wajahnya. Takut melihat mata Ainur yang berapi ketika itu.
“ Ibu kesian dengan Abang dan Adik, Nur. Sejak Kak Long kau takde, diorang tak tentuhala. Makan minum entah ke mana, Abang Bakhtiar kau tu macam orang dah tak betul dah ibu tengok. Anak-anak langsung tak dihiraukan. Ibu takut benda ni bawak kesan buruk pada anak-anak buah kau nanti. Kesian diorang Nur, kecik-kecik lagi Kak Long kau dah buat diorang macam ni. “
Kak Long. Huh..Ainur menghela nafas keras. Saat itu terasa benci untuk die mendengar nama itu. Segala-galanya berubah sejak dua tahun yang lepas. Kak Long perlahan-lahan berubah. Pakaiannya berubah, percakapannya berubah, perlakuannya pada Abang dan Adik juga berubah. Mula membentak-bentak, mula marah-marah dan paling teruk bila dia sanggup menaikkan tangan ke badan Abang dan Adik. Cakap Abang Bakhtiar langsung tak dihirau, seolah-olah rasa hormat pada Abang Bakhtiar sebagai seorang suami telah hilang. Kemuncak segala-galanya bila sudah enam bulan Kak Long tidak pulang. Ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, kenapa dia pergi langsung tidak diketahui sebab musababnya. Kak Long hilang begitu saja.
Kak Long berkahwin dengan Abang Bakhtiar pada tujuh tahun yang lepas. Waktu itu aku masih menuntut di Matrikulasi. Mereka pula ketika itu baru beberapa bulan bekerja setelah tamat pengajian dari Universiti Putra Malaysia. Bunga-bunga cinta mereka sudah terlalu lama berputik. Sejak dari sekolah menengah lagi. Kata Kak Long padaku, cinta mereka berdua terlalu utuh, Abang Bakhtiar cintakan Kak Long lebih dari nyawanya sendiri. Kak Long tersenyum penuh lebar pada hari rombongan Abang Bakhtiar datang meminang. Waktu itu aku juga gembira kerana melihat Kak Long sangat gembira.
Sepanjang lima tahun pertama perkahwinan mereka, aku akui cemburu melihat kebahagian mereka. Betul kata Kak Long, Abang Bakhtiar terlalu menyayanginya ibarat menatang minyak yang penuh. Rumah tangga Kak Long bertambah serinya dengan kehadiran Abang dan Adik memecah kesunyian. Kalau balik ke rumah Ibu dan Ayah, bergema gelak tawa mereka sekeluarga. Aku senang melihat Kak Long sangat bahagia.
Masuk tahun ke enam Kak Long perlahan-lahan berubah. Aku lihat dia semakin seksi, pakaiannya daring,lipsticnya merah menyala. Kerap pula ke luar daerah, ikut bos berkursus katanya. Kami sekeluarga faham kerjayanya, minatnya, jadi ketiadaan Kak Long ke luar daerah bukanlah sesuatu yang pelik. Abang dan Adik juga faham. Tapi kalau dalam sebulan out station sampai lima enam kali, berhari-hari tak pulang ke rumah paling tidak pun untuk menjenguk anak, ya, itu menimbulkan kesangsian. Tapi Abang Bakhtiar sangat tenang. Wajahnya tenang. Ahh, sukar dibayang ketenangannya itu seolah-olah apa yang Kak Long buat bukanlah satu kesalahan.
Kemuncaknya, Kak Long sehingga kini tidak pulang. Abang Bakhtiar juga sudah berubah. Mukanya berserabut dengan misai dan jambang, matanya sembap, fikirannya, entahlah, melayang ke mana. Abang dan Adik yang sangat menyentuh hatiku. Pada aku, mereka bermanja. Mungkin tak sama, tapi bolehlah dari tiada. Adik kerap meracau, jadi malam tidurnya aku yang teman. Abang lebih kuat, mungkin seperti Papanya. Kuat di luar, tapi di hati, siapa yang tahu?
Jenuh sudah aku, Ibu dan Ayah mencari Kak Long. Pada kenalannya, langsung tiada, di pejabatnya juga dia dikatakan sudah berhenti kerja lebih tujuh bulan yang lepas. Sungguh, kami hilang arah tak tahu di mana lagi harus kami mencari Kak Long.
Hinggalah hari itu, Ibu mencadangkan idea gilanya. Meminta aku menggantikan tempat Kak Long. Berkahwin dengan Abang Bakhtiar dan menjadi Mama kepada Abang dan Adik. Gila. Mudah betul kan? Kak Long bersedap-sedap, aku cuma dapat sisanya? Apakah aku seorang perempuan yang layak menghirup sisa orang lain saja? Bila tiada yang bernilai, dicampakkan pada aku.
*********
Aina bingkas ke bilik air. Dia terbatuk-batuk. Dari celahan jemarinya yang menutup mulut, mengalir darah pekat. Cepat-cepat dia membilas dengan air paip. Begitu juga dengan sisa-sisa darah di tepi bibirnya. Wajahnya dihadapkan ke cermin. Matanya cengkung. Airmatanya turun lagi. Saat itu dia terlalu rindu pada Abang dan Adik juga pada Abang Bakhtiar. Rasa sesal sudah terlalu melangit sehingga rasanya tak mampu untuk dia menanggung. Sudah setahun dia menghilangkan diri, menjauhkan diri dari keluarganya. Tapi entah kenapa hari ini, dia terasa ingin kembali ke pangkuan keluarga. Ke pelukan Abang Bakhtiar, Abang dan Adik. Takut-takut itulah kali yang terakhir.
********
“ Nur sudi kahwin dengan Abang? “ Abang Bakhtiar tiba-tiba bersuara ketika aku sedang khusyuk mengunyah nasi. Rasa ingin tersedak aku ketika itu. Cepat-cepat ku capai air dan kuminum rakus.
“ Abang nak kahwin dengan Nur ke? “ Kali ini aku memandang tepat ke matanya. Dia melarikan anak matanya, memerhatikan si Tompok yang khusyuk meratah ikan di sudut dapur.
“ Kalau Nur tak nak, Abang tak paksa. Cuma Abang mintak Nur tolong kesiankan Abang dengan Adik. Buat masa ni Abang tak nampak yang terbaik sebagai Mama kepada anak-anak Abang. “ Saat itu, dadaku terasa panas. Telinga terasa berdesing.
“ Senang jek kan bang? Abang nak Nur kahwin dengan Abang untuk Abang buat Nur ni macam pengasuh anak-anak Abang? Abang ingat Nur ni takde perasaan? “ Abang Bakhtiar tertunduk. Mungkin terkedu melihat aku melenting seperti itu. Ya, lama aku ingin luahkan rasa itu pada dia. Dan sekarang masanya sudah sampai.
Saat mataku tergenang airmata yang menggila ingin keluar, terasa sentuhan kecil pada telapak tanganku. Sejuk.
“ Ma, tangan adik luka la. “ Aku terbungkam. Ma? Kutoleh ke arah suara itu. Demi Tuhan, airmataku mengalir ketika itu. Sangat terharu. Inilah hadiah yang tidak ternilai. Menjadi Mama.
********
Aku duduk di hujung katil, kaku. Tercium bau aroma terapi haruman lavender menyelubungi bilik. Hari ini aku kalah. Kalah pada takdir yang akhirnya menentukan aku menjadi isteri kepada abang iparku. Bekas abang iparku. Adakah untuk Kak Long? Tidak. Untuk Abang dan Adik. Terdengar bukaan pintu perlahan, susuk Abang Bakhtiar kelihatan. Abang Bakhtiar merapatiku. Aku seperti tadi. Kaku.
" Abang tahu Nur masih tak dapat terima Abang. Tapi Demi Tuhan, Abang janji akan jaga Nur dan sayang Nur lebih dari nyawa Abang sendiri. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri Abang. Abang juga keliru, tak pasti, adakah semua ini betul. "
Abang Bakhtiar bangun, mencapai sebiji bantal dan selimutnya. Dikibas-kibas permukaan lantai, direbahkan badannya. Aku masih kaku. Membisu.
********
Setahun akhirnya berlalu. Akhirnya aku kalah pada raut wajah yang tenang itu. Akhirnya wajah tenang itu berjaya memenangi hatiku. Kami bahagia sekarang, segala kisah lalu kami anggap seolah-olah tak pernah berlaku. kami seperti keluarga lain, sangat bahagia. Sehingga akhirnya, pada satu hari, Kak Long muncul di hadapan pintu Ibu dan Ayah.
Kak Long muncul setelah hampir dua tahun menghilang. Kak Long pada kami seperti orang lain, seseorang yang langsung tidak kukenali. Wajahnya kosong, pandangannya hambar seolah-olah dirinya tiada berfikir tentang apa-apa. Dia kurus, seperti menghidap sesuatu penyakit.
" Nur, Ibu mintak buat masa ni kau rahsiakan dulu hubungan kau dengan Abang Bakhtiar. " Aku terpinga-pinga.
" Apa ni Ibu? Kan Abang Bakhtiar tu suami Nur. Kami ada ikatan yang sah. Kenapa Nur nak sembunyikan dari pengetahuan Kak Long? " Aku menyoal tegas.
" Kak Long sakit Nur. Dia tak boleh terkejut. Sebarang kemungkinan boleh berlaku pada dia. Tolonglah, Ibu merayu. Jangan buat sesuatu di luar dugaan sayang. " Ibu bersuara lembut.
" Apa semua ni sebenarnya Ibu? Kenapa hati dia yang mesti selalu dijaga? Kenapa bukan Nur? Sedangkan Nur yang menggantikan diri dia saat dia terlupa dia adalah seorang isteri dan ibu. " Aku menumbuk dada perlahan. Saat itu, hati ku hancur. Aku menghela nafas panjang sebelum menyambung kata.
" Kenapa Nur mesti berkorban Ibu? Dulu Nur korbankan kebahagian Nur, pilihan hati Nur, masa depan Nur dengan berkahwin atas kehendak keluarga untuk jadi pengganti Kak Long. Sekarang Nur bahagia dengan apa yang Nur ada, tapi terpaksa sekali lagi berkorban dengan berpura-pura antara Nur dan Abang Bakhtiar masih lagi bagai seorang adik ipar dengan abang iparnya? Apa lagi yang Nur ada untuk dikorbankan Ibu? "
Ibu mengusap airmataku perlahan. Di wajah Ibu juga berjuraian airmata.
" Tolong sayang, kali ni saja. Sebelum Kak Long menutup mata. " Aku terpaku.
Dari hari itu, kami berlakon. Berpura-pura seperti dua orang yang dibatasi sempadan agama sedangkan kami sebenarnya suami isteri. Pada Abang dan Adik juga telah dipesan, depan Kak Long, panggil saja diriku Mak Ngah, jangan dipanggil Mama. Abang Bakhtiar juga melayan Kak Long sebaik mungkin, bergurau. Dan tipu, kalau aku katakan yang aku tidak cemburu terutama bila melihat tangan Abang bakhtiar yang membelai rambutku lembut turut membelai lembut rambut Kak Long. Tapi, kali ini saja Nur. Cuma kali ini.
Sedang khusyuk memasak didapur, pinggangku dipeluk kejap. Terasa hembusan nafas Abang Bakhtiar di tengkukku. Cepat-cepat kuleraikan pelukannya, bimbang dilihat Kak Long. Spontan, Abang Bakhtiar, mencucuk pinggangku. Seraya itu aku melatah, menarik perhatian Adik untuk turut ke dapur.
" Papa ni jangan la kacau Mama. Kesian Mama. " Adik menjerit kecil. Dimatanya bergenang air, ingin menangis kerana menyangka Papanya menyakitkan aku. Kurangkul Adik. Abang Bakhtiar merapati kami lantas turut memeluk.
Pranggg....
Di sebalik pintu dapur, terjelepuk tubuh kurus Kak Long.
Malam itu, bermulalah episod kami berumah tangga di hospital melihat perkembangan Kak Long. Dia masih kaku. Tak banyak perubahan. Dari pandangan Doktor, penyakitnya bertambah serius dan memerlukan lebih perhatian dan sokongan dari kaum keluarga. Aku cuba memahami situasi Abang Bakhtiar. Sesekali, kulihat jelas terpancar keletihan, kebimbangan dari raut wajahnya. Entah kenapa, malam itu kubiarkan Abang Bakhtiar ke hospital seorang diri. Pada Abang Bakhtiar, aku akan menyusul setelah Abang dan Adik tidur. Abang Bakhtiar cuma mengangguk lesu.
Sampai di hospital, suasana sangat sunyi. Pemandangan juga nampak kelam. Di barisan kerusi menunggu aku tercari-cari Abang Bakhtiar. Hampa, tiada. Kuteruskan langkah ke dalam wad Kak Long. Dari pintu masuk, terserlah kelibat Abang Bakhtiar duduk, tersembam di tepi katil Kak Long, tertidur. Pandanganku tertumpu pada tangannya yang erat menggengam tangan Kak Long.
Entah bila, aku tertidur di satu kerusi di tepi sudut bilik. Kubiarkan Abang Bakhtiar, tidak kukejut. Sehinggalah terasa satu suara memanggil lembut.
" Nur, bangun. Nur, bangun. " Perlahan-lahan aku membuka mata. Terlihat kelibat Abang Bakhtiar.
" Bangun Nur, dah masuk waktu Subuh. Jom kita jemaah kat surau. " Aku bingkas bangun, mengesat mataku yang terasa kelat dan membontoti Abang Bakhtiar ke surau.
Pagi itu, terasa hening sekali suasana di dalam surau itu. Terasa begitu tenang jiwa ini saat itu. Rasanya Abang Bakhtiar juga mungkin berperasaan sepertiku. Pagi ini, di celah-celah keheningan Subuh itu, suara Abang Bakhtiar terasa mendayu-dayu sekali. Doanya juga panjang kali ini. Aku mengaminkannya perlahan. Terasa terharu kerana memiliki suami sehebatnya. Selesai mengaminkan doa, aku merapati Abang Bakhtiar, menghulurkan salam.
Saat salamku disambut, saat wajahku menunduk, saat bibirku menyentuh tangannya, perlahan Abang Bakhtiar bersuara,
" Abang ceraikan Nur dengan talak satu "

Geram gile mase aku baca cerpen ni. Rasa macam nak koyak-koyak jek majalah tu. Untuk pengetahuan semua, kat bawah cerpen ni ade nota editor tau, editor tu minta penulis telefon editor untuk butir-butir peribadi penulis. Jangan kata nama betul, nama samaran pun takde. Memang misteri betul penulis ni.
Ni lah cerpen yang paling aku ingat sebab ending dia sungguh tak disangka-sangka. Sebenarnya jalan sebenar cerita ni aku dah tak berapa ingat la, tapi dia punya isi tu sangat-sangat terlekat di kepala. Jadi kalau penulis sebenar membaca blog aku ni, aku mintak maaf le kalau mengolah cerpennya sesuka hati. Kalau la cerpen tu masih ada, dah tentu tak payah susah-susah aku nak mengarang ayat sendiri. jadi jangan la saman ye encik penulis. Hikhik.
Pada korang yang rajin jenguk blog aku lak, sori la ye kalau aku syok sendiri nak jadi penulis. Cita-cita tu ada, cuma masanya jek takde. Komenlah tentang cerita ni ye, kalau aku cerita takde la sesedih mana, atau segempak yang aku canang-canangkan tu, tolong la kutuk di dalam hati jek ye..hikhik..
Nota Selit : Apa pandangan korang ye pasal cerpen ni? Adakah aku sorang jek yang marah bila membaca cerpen ni, atau aku seorang yang emo? Apa yang kita akan buat jika kita menjadi seperti Ainur?
Nota Selit 2 : Ini AA copy paste dari blog personal AA...malas nak ubah ayat, jadinya semua ayat ikut ayat dari blog lama. Mohon pembaca berikan komen ye! Ni karya pertama AA walaupun the idea was not originally from me. Tapi, dari ayat, olahan bahasa adalah seratus peratus dari hasil tangan AA. Kredit pada penulis asal.

9 comments:
adehhh...geramnyaaa ending dia..apa nihh..sob sob sobbb
Terkejut..
penulis tidak peka dengan hukum agama islam, Haram lelaki kawen dengan perempuan adek beradek wajib cerai salah satu baru boleh kawen yng lagi satu. cerpen diatas suami nya masih status abang ipar sebab blom bercerai dengan kakak nya.
baguslah kalau pon cerpen ini tak di teruskan lagi sebab terdapat kekeliruan dlm hukum agama islam.
maaf dan tolong perbetulkan komen saya kalau saya salah. terima kasih.
-TAJ-
Gila! Main2 dgn hukum. Erm.. tp kalau benar cite ni berlaku dlm realiti.. nur mesti redha. Qada qadar Allah.. ada hikmah tersembunyi. Percayalah! :)
penulis tidak peka dengan hukum agama islam, Haram lelaki kawen dengan perempuan adek beradek wajib cerai salah satu baru boleh kawen yng lagi satu. cerpen diatas suami nya masih status abang ipar sebab blom bercerai dengan kakak nya.
baguslah kalau pon cerpen ini tak di teruskan lagi sebab terdapat kekeliruan dlm hukum agama islam.
maaf dan tolong perbetulkan komen saya kalau saya salah. terima kasih.
-TAJ-
AA nak komen sikit pada saudari/a TAJ...pada pandangan AA la, En Bakhtiar kita ni dah ceraikan Aina pada ayat..
Aku duduk di hujung katil, kaku. Tercium bau aroma terapi haruman lavender menyelubungi bilik. Hari ini aku kalah. Kalah pada takdir yang akhirnya menentukan aku menjadi isteri kepada abang iparku. Bekas abang iparku. Adakah untuk Kak Long? Tidak. Untuk Abang dan Adik. Terdengar bukaan pintu perlahan, susuk Abang Bakhtiar kelihatan. Abang Bakhtiar merapatiku. Aku seperti tadi. Kaku.
BEKAS ABANG IPARKU.
Rasanya dari ayat itu, maknanya dah tiada apa-apa ikatan antara En Bakhtiar kita ni dengan Aina.
Tapi AA sendiri akui, kurang jelas lah syarat2 perceraian ni macam mana...adakah syarat sah penceraian itu dimestikan Aina ada di depan mata atau dibolehkan cerai melalui mahkamah syariah since Aina menghilangkan diri dan melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kan...
Apa pun AA hargai komen dari TAJ ye...tq sayang!
yang patut diberi kredit ialah penceritaan cerpen diatas, sangat bagus susunan ayat yang kita rasa hendak terus membaca, malah tak salah kalau saya letakkan karya diatas setaraf dengan penulis2 tersohor.
-TAJ-
Susunan ayat mmg terbaik! Rasa mcm cerpen ori dari penulis je sbb sgla isi hati Ainur kita dpt selami dgn baik. Tp btol juga kata encik Taj, agak keliru sbb Aina blom cerai dgn Bakhtiar. bersangka baik, mgkin mereka dh bercerai scra fasakh.
Apapun keep it up hehwh. Love ur writing style.
Tema yg biasa tapi olahan criternya mmg menarik. I love the surprise ending. Walaupun fakta perceraian tu x dinyatakan dgn jelas, but like Aliesha said, eloklah kita bersangka baik. Thank u so much to Adra sbb bersusah payah menulis criter ni semula. Pengajarannya? Hidup ini penuh ujian & dugaan & sabar tu sifat yg sangat terpuji...so sentiasalah tingkatkan kesabaran kita walaupun sangat payah nak dilakukan......
Tak sangka endingnye cam tu...huhu..sedihnye...
Post a Comment