Airis
menjeling jam di dinding restoran itu sekali lagi. Sesekali dia menjeling pula pada jam di
pergelangan tangannya. Sudah hampir
empat puluh lima minit dia menunggu kelibat Rayyan. Sudah dua kali juga pelayan restoran menghampirinya,
ingin mengambil pesanan. Hatinya yang
panas, menggelegak kini. Panggilan
telefonnya kepada Rayyan tidak di angkat dari tadi. Sudah lebih sepuluh kali
dia mendail nombor telefon bimbit milik Rayyan.
Dia menghela nafas panjang, lalu mencapai beg tangannya dan bingkas
bangun, ingin berangkat pulang semula ke butik.
Cukup sudah menunggu Rayyan.
Airis
menoleh ke kiri dan kanan sebaik kakinya melangkah keluar dari Blue Wave.
Tercari-cari lagi kelibat Rayyan buat kali yang terakhir. Hampa.
Digapai pula telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Memerhati skrin telefon bimbitnya sebelum
menghubungi Rayyan buat kali terakhir.
Hampa sekali lagi. Airis
menghembus nafasnya kuat. Kesal dengan
sikap Rayyan dengan janji yang dibuatnya pagi tadi. Sudah lah begitu, panggilan Airis langsung
tidak diangkat.
Airis mula
mengorak langkah. Tidak lagi mahu
menunggu Rayyan. Waktu rehatnya juga bakal
habis sepuluh minit lagi. Terus dia
mempercepatkan langkah, bimbang terlewat sampai ke butik sebelum pukul dua
petang. Sampai di persimpangan jalan,
dia berhenti seketika sebelum melintas.
Matanya tertancap pada seekor anak kucing yang tampak teragak-agak untuk
menyeberangi jalan. Dia menggariskan
senyuman lalu menghampiri anak kucing berwarna kuning oren itu perlahan-lahan. Anak kucing itu tampak takut, agak selekeh
dan sedikit kurus. Airis menyuakan
tangan, seolah-olah ingin memberikannya makanan. Perlahan-lahan, sedikit teragak-agak, anak
kucing itu menghampiri Airis. Setelah
jarak anak kucing itu begitu dekat dengannya, Airis secepat mungkin mengangkat
anak kucing itu lalu didekatkan ke pangkuannya.
Berkali-kali ia meronta minta dilepaskan, berkali-kali juga Airis
mengusap lembut kepalanya, dan akhirnya anak kucing itu tenang dan diam dalam
pangkuan Airis.
Airis
menoleh ke kiri dan kanan jalan. Dia
memanjangkan lehernya, memerhati kenderaan yang lalu lalang sebelum mengatur
langkah bersama anak kucing itu untuk menyeberangi jalan. Sampai di hujung jalan, perlahan-lahan dia
melepaskan anak kucing yang dikendongnya ke kaki jalan.
Laju anak kucing itu berlari meninggalkan Airis dan akhirnya hilang dari
pandangan. Airis tersenyum. Gembira dapat membantu. Biarpun hanya pada seekor anak kucing
jalanan.
Zaapppp!!
Airis terdorong ke depan. Tudungnya senget
benget. Ikut tertarik saat beg tangannya
direntap tadi. Di hadapannya kini berdiri
seorang pemuda yang tidak dikenalinya. Lelaki itu serabai, kurus kering dan
bajunya compang camping. Tangan lelaki itu memegang beg tangan Airis
kuat, cuba mendapatkan beg tangan yang disandang di bahu kirinya. Dalam situasi tegang itu, Airis masih sempat
menahan beg tangannya dari dirampas.
“Heiiiii...apa
ni!! Lepas! Lepas!” Airis menjerit
cemas. Lelaki di hadapannya itu tidak
mahu mengalah. Beberapa kali dia
terdorong ke depan, ditarik lelaki itu yang seboleh-bolehnya cuba merampas beg
tangan dipegangannya. Tudungnya sudah
terbang entah kemana. Insiden tarik menarik itu berlaku agak lama.
Bukk!! Airis
tersungkur saat pemuda itu menumbuk mukanya.
Pandangannya berpinar seketika.
Terasa cecair hangat mengalir di tepi bibirnya. Tapi Airis masih berdegil. Dia tetap bertekad, apa yang menjadi
miliknya, tetap akan menjadi miliknya.
Untuk melepaskan tanpa mempertahankannya, tidak sama sekali. Dia bangun, menarik tali beg tangannya sekuat
hati.
“Tolong!
Tolong! Peragut!” Airis menjerit. Airis menumbuk-numbuk badan lelaki di
hadapannya itu pula. Sebelah tangannya
masih menggengam erat tali beg tangan. Dia masih berdegil, enggan melepaskannya
dan lelaki di hadapannya itu juga nampak begitu nekad. Walau apa pun yang terjadi, beg di genggaman
Airis, harus menjadi miliknya.
“Lepaskan
beg kau ni! Lepaskan!” Pemuda itu
memekik. Dia sudah terlalu lama menghabiskan
masa untuk merampas beg perempuan di hadapannya itu. Hatinya mula panas. Sudah dilepaskan penumbuk pun, Airis tetap
enggan melepaskan pegangan beg tangannya.
Kali ini
lelaki itu menarik lagi beg tangan di pegangan Airis sekuat hatinya. Dia perlu pantas, jeritan Airis mula menarik
perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu. Zasss!! Sepantas kilat Airis melepaskan beg
dari pegangannya. Dia melihat lelaki
tadi sudah pantas berlari. Darahnya mula
menyirap saat melihat tali beg tangannya yang sudah pun putus. Kurang ajar! Airis mengatur langkah, dia
berlari ingin mengejar lelaki yang sudah sejauh 100 meter mendahuluinya. Lelaki itu belum kenal siapa dirinya.
“Woiii...berhenti!
Jangan lari!” Airis menjerit sekuat hatinya. Tangannya digawang-gawangkan ke udara,
melambai lelaki itu supaya berhenti.
Hilang sudah segala malu dan segannya berlari walaupun dia tahu banyak
mata yang memandangnya. Apa yang
penting, dia mendapat semula beg tangannya.
“Airis!” Airis terduduk. Diperhatikan lelaki yang bertembung dengannya
tadi.
“Apa awak
buat ni? Awak nak kejar lelaki yang
ragut beg tangan awak tu? Awak tahu tak
bahaya buat macam tu?” Ziyaad
mencangkung di sisi Airis yang terduduk saat dia menghalang Airis dari terus mengejar
peragut tadi.
“Awak tahu
tak macam mana keadaan awak sekarang ni?
Kalau dia lari ke kawasan dia, atau tempat-tempat yang terpencil,
macam-macam dia boleh buat pada awak dan takde siapa yang boleh tolong awak masa
tu. Awak sedar tak diri awak macam mana sekarang ni? Luka sana sini awak tahu tak?” Ziyaad menekankan suaranya. Sebaik mendengar jeritan Airis sebelum sempat
dia memasuki keretanya tadi, dia bergegas menuju ke arah suara Airis. Sebaik sampai dia terkejut melihat Airis yang
berlari cuba mengejar peragut yang meragut beg tangannya. Ternyata Airis bukan gadis sembarangan. Secepat yang boleh dia mengatur langkah, cuba
memintas Airis. Bila berjaya mendahului,
dia memaut lengan Airis yang mendorong gadis itu ke belakang dan jatuh terduduk
sekaligus menghalang niat Airis dari terus mengejar pemuda tadi yang sudah pun
hilang entah ke mana.
Airis
terkebil-kebil. Ketika itu barulah dia
mula terasa perit mencucuk-cucuk di setiap bahagian badannya. Belakang lengannya terasa begitu perit dan
pedih. Segera dia membelek belakang lengan
kirinya. Terdapat torehan sepanjang sejengkal di situ. Lukanya yang menganga itu membuakkan darah
merah yang hangat. Mungkin ketika
peragut tadi memotong tali beg tangannya, tanpa disengajakan dia telah tertoreh
sekali lengan Airis. Dan Airis pula
kerana terlalu geram begnya diragut, langsung sedikit pun dia tidak merasa
sakit. Saat itu, airmatanya tiba-tiba
tumpah. Airmata yang tumpah bukan kerana
kesakitan yang di alami tapi kerana kecewa dengan dirinya sendiri yang gagal
mempertahankan beg tangannya dan kecewa dengan sikap Rayyan yang tidak muncul
seperti yang dijanjikan. Dia jadi benci
pada diri sendiri. Benci menjadi bodoh
menunggu Rayyan yang entah berada di mana sekarang ini. Benci kerana disebabkan menunggu lelaki itu,
dia ditimpa musibah sebegini.
“Ya Allah,
Airis!” Terbeliak mata Ziyaad. Dia betul-betul terkejut melihat belahan luka
sepanjang enam inci pada belakang lengan Airis.
Sangkanya kecederaan Airis hanya pada bibirnya yang pecah, luka di
telapak tangannya dan kedua-dua lututnya saat tersungkur ditumbuk peragut
tadi. Rupanya, kecederaan Airis seteruk
itu.
“Bangun Ris. Mari sini ikut saya.” Ziyaad memapah Airis yang terpinga-pinga. Gadis itu dari tadi cuma membisu, kaku
bersama lelehan air mata. Dia tampak
terkejut, wajahnya pucat. Ziyaad memapah
bahu Airis, saat itu dirasakan badan gadis itu menggigil. Ditenung pada aliran darah merah pekat di
bibir Airis yang mengalir sehingga mencecah dagu. Tapak tangan gadis itu melecet dan penuh
dengan kesan calar bersama palitan darah.
Kain baju kurungnya koyak di kedua-dua lutut. Juga terdapat darah pekat mengalir. Membasahi sebahagian kain baju kurungnya
itu.
“Auww...sakit!
Sakit wak!” Jerit Airis saat Ziyaad
tersentuh lengannya yang ditoreh lelaki tadi.
Cepat-cepat Ziyaad melepaskan pegangannya. Dia membuka kemeja yang sedang
dipakainya. Digulung panjang lantas
dibelitkan pada lengan Airis yang terluka tadi.
“Pegang ni
kuat-kuat. Jom, kita pergi hospital
sekarang.” Dia mengarahkan Airis
menekap luka itu, menghalang darah keluar dengan lebih banyak. Airis
tersentak. Tidak menyangka sama sekali
tindakan Ziyaad terhadap dirinya. Dia
memandang lelaki itu. Dipandang pula
pada baju Ziyaad yang melilit lengannya.
Sungguh, dia terharu dengan keprihatinan Ziyaad.
Ziyaad
pura-pura tidak menyedari renungan Airis .
Dia tahu gadis itu terkejut dengan reaksinya yang menanggalkan baju. Dalam keadaan seperti itu, dia perlu
bertindak cepat. Apa yang singgah di
fikirannya, itu lah yang dicapai. Yang
penting, Airis perlu dibawa berjumpa doktor sesegera yang mungkin. Dia langsung tidak peduli pada pandangan mata
orang ramai yang melihatnya yang cuma bersinglet kini. Dipapah Airis perlahan-lahan. Terasa pergerakannya agak perlahan, dia
berhenti.
“Airis, awak
tunggu sini. Saya pergi ambik kereta
dulu.” Ziyaad tiba-tiba teringatkan
kereta yang diparkirnya sedikit jauh dari kawasan itu. Segera dia berlari, melintasi jalan, menuju
ke keretanya. Orang ramai yang dari tadi
hanya mengerumun, sekadar melihat, tidak memberikan sebarang bantuan. Mungkin
melihatkan Ziyaad yang dari tadi menghulur bantuan, mereka beranggapan Airis
sudah pun dibantu. Jadinya, mereka
sekadar melihat.
Airis masih
seperti tadi. Diam kaku tidak bersuara
langsung. Airmatanya juga seperti tadi,
mengalir tanpa henti. Dia hanya berdiri
di tepi jalan, menekap luka di lengannya.
Penampilannya selekeh kini, tudungnya entah tercampak ke mana, rambutnya
kusut masai, pakaiannya comot dan terkoyak di bahagian lutut. Pandangannya sekali lagi tertancap pada baju Ziyaad
yang melilit lengan, kemudian ke arah Ziyaad yang berlari anak menuju ke kereta. Dia tergamam.
Seolah-olah terpukau dengan segala tingkah laku lelaki itu. Kerisauan lelaki itu, keprihatinan lelaki
itu, dan tiba-tiba ingatannya menerjah pada ayat Ziyaad semalam.
‘Saya
cintakan awak.’
“Jom
awak. Saya hantar awak pergi
hospital. Luka awak tu tak boleh
dibiarkan.” Airis tersedar dari
lamunannya saat terasa pautan tangan Ziyaad di lengannya. Lelaki itu memimpin tangannya. Kepala Airis disentuhnya, menyuruh Airis
sedikit menunduk sebelum melabuhkan duduknya ke dalam kereta. Selepas pintu ditutup, dia berlari pula ke
tempat duduk pemandu. Cepat-cepat
memandu menuju ke hospital.
Airis
mencuri pandang lagi ke sisi wajah Ziyaad yang sedang memacu steering. Mencuri pandang pada lelaki yang menzahirkan
kerisauan terhadap dirinya sedangkan dia belum lagi memberi apa-apa jawapan
yang pasti kepada lelaki itu. Hatinya kini betul-betul tersentuh dengan
sikap Ziyaad terhadap dirinya. Bagai
jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Rayyan. Terus ingatannya menerjah pada Rayyan. Kalau tidak disebabkan menunggu Rayyan yang
tidak kunjung tiba, sudah tentu semua ini tidak terjadi. Hatinya jadi sakit kembali bila mengenangkan
sikap Rayyan yang langsung tidak mengambil berat terhadap dirinya. Airmatanya bertambah deras. Antara sakitnya lengan yang ditoreh dengan
sakitnya hati menunggu Rayyan yang lupa pada janji. Airmatanya tumpah lagi.
“Sakit ye
wak? Sabar ye, dah nak sampai ni.” Ziyaad kaget bila dia mula menyedari tangisan
gadis itu semakin lebat. Sesekali badan
Airis turut ikut terhincut dengan tangisannya yang tidak berhenti sejak
tadi. Terasa ingin disentuh kepala
Airis, menyapu lembut rambut gadis itu, menyuruhnya supaya bertenang. Tapi, dimatikan hasratnya.
Sebaik
kereta sampai di perkarangan hospital, Ziyaad pantas keluar dari keretanya dan
menuju ke kaunter hadapan hospital, menemui petugas yang mundar mandir di
situ. Di balik tingkap kereta yang
tertutup itu, Airis memandang lagi pada lelaki itu. Membayangkan juga sekiranya yang dilihat di
depan matanya itu adalah Rayyan.
Membayangkan Rayyan yang memimpin dirinya tadi. Membayangkan Rayyan yang membalut luka di
lengannya menggunakan baju yang sedang dipakai.
Tapi hakikatnya, Rayyan sendiri tidak muncul seperti dijanjikan. Airis tahu, Rayyan pasti bersama Jasmin. Berkali-kali dia menidakkannya, tapi dia
tahu. Hatinya betul-betul yakin suaminya
itu pasti sedang bersama Jasmin.
Nota Selit : Sorry lambat post bab 18! Dari minggu lepas AA ngan anak AA bergilir-gilir demam. N to make it even worst, minggu ni pun AA demam lagi..Arini baru rase ok sikit walaupun bile bangun jek rase mcm melayang-layang gitu...n tekak pulak perit, kat leher pun ade seketul bijik angin...Doakan kami sihat sejahtera ye sayang semua..AA dari minggu lepas stuck kt bab 20..doakan cepat-cepat AA dapat siapkan manuskrip SKDC ye sayang semua!
Bab 18 ni memang pendek, sebab ade unsur saspen di situ, so AA tak mo campur ngan plot lain...Enjoy reading ye! Jangan lupe ye, 7 bab jek lagi...
8 comments:
kesian airis kenapa jahat sangat rayyan nasib baik ada ziyaad...lagi kalau airis dng ziyaad.
betul kesian airis...airis dgn ziyaad bolih tak...please...lagi pun rayyan tak serius dgn perkahwinannya...tak bertanggungjawab
~kak min~
pendeknya n3 kali ni....nk lg....cian kat airis....
ala pendeknya n3 kali ni....cpt2 smbg tau...cian kat airis...
oh myyy Ziyaad sangat charming! Rayyan jahat, tinggalkan Airis! nasib baik ada Ziyaad. Agak-agaknya bila la Rayyan dengan Ziyaad boleh jumpa empat mata terus. baru kena buku dengan ruas.
Assalam t0 writer...
Ep ni hny 1 pl0t saje, but stil menarik then kerana feel demam still ar0und then timbul idea airis in misery jugak? Huhuhu... tp xpe, maseh m00d yg b0le dikatakan suspended... Huhu...
Anyway as usual... Gud luck t0 writer n xsbr nk tgu penuh versi0n...
Fr0m: IJA
sangat mengharapkan cerita ni tiada unsur kawin tanpa rela tapi akhirnya menerima antra satu sama lain..biarlah rayyan dgn egonya... temukan airis dgn kbhgian yg sbnar...
mnyayangi org yg mncintai kita lbh baik dr mnerima org yg sering mnhgina kita...
Saya setuju dengan Intan. Biar la Rayyan lepaskan Airis sebab kahwin paksa then rela dah selalu sgt ada
Post a Comment