“Rania! Rania! Bukak pintu
ni!” Rayyan mengetuk pintu bilik di
hadapannya itu kuat. Terasa bergegar
seluruh rumah ketika itu.
“Sudah lah. Benda dah settle
kan? Kau marah pun tak guna lah.” Airis
berdiri di sisi Rayyan. Cuba menghalang
suaminya dari memarahi Rania atas perbuatannya petang tadi.
“Memang lah. Tapi Nia ni nak kena tegur. Apa yang dia buat tu salah. Dia ni kalau buat salah, macam ni lah
dia. Memerap dalam bilik. Takut orang
marah. Nia, bukak pintu ni sekarang sebelum Abang Long pecahkan pintu ni!” Rayyan memekik lagi.
“Apahal kecoh-kecoh ni? Tak boleh tengok orang senang betul
lah!” Rania menjerit kuat sebaik pintu
biliknya dibuka.
“Nia, kenapa suruh Zara naik
tingkat atas jumpa kami kat bilik? Apa
tujuan Nia buat macam tu?!” Rayyan
cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam bilik Rania. Mendorong gadis itu ke belakang.
“Hai, mestilah sebab dia nak
jumpa Kak Airis. Takkan lah dia saja-saja
pulak nak naik atas.” Rania mengendurkan
suaranya. Bimbang melihat amukan
abangnya itu.
“Tipu! Nia tipu kan? Nia suruh dia naik ke atas, cari bilik kami,
cakap Kak Airis yang nak jumpa kan?
Betul kan?!” Rayyan menengking
lagi. Dia tahu Rania berbohong untuk
menyelamatkan dirinya.
“Memang! Memang Nia sengaja suruh Kak Zara naik, suruh
dia jumpa Kak Airis. Biar dia tahu
korang dah kahwin!” Rania membalas
jeritan Rayyan. Dari tadi Airis berdiri
tercegat. Sekadar memerhati pergaduhan dua beradik itu.
“Kenapa Nia? Kenapa?
Kan Abang Long dah pesan, rahsiakan perkahwinan kami! Apa yang susah
sangat Nia nak faham?”
“Kenapa Abang Long nak
rahsiakan? Kenapa dah kahwin, tapi tak
nak semua orang tahu? Sebab Abang Long
tak sukakan Kak Airis kan? Sebab
perempuan ni gemuk kan, hodoh, tak sepadan dengan Abang Long kan? Tak setaraf dengan Kak Min kan? Itu kan sebabnya?!” Berombak-ombak dada Rania melawan kata-kata
Rayyan. Terbuntang mata Airis mendengar
kata-kata Rania. Tidak menyangka adik
iparnya itu sanggup menghinanya sebegitu rupa.
Telinganya panas. Dia cepat-cepat
berpaling, berhajat meninggalkan bilik itu.
“Airis, tunggu!” Rayyan cepat-cepat menghalang Airis dari
melangkah keluar.
“Nia, walau macam mana buruk,
teruk sekali pun, ini isteri Abang Long.
Kalau Nia benci dia sekalipun, tolong jangan hina dia.” Rayyan melembutkan suaranya. Dia tahu Airis terguris. Dia perasan genangan
air di mata Airis. Dan sebagai suami,
walaupun hanya pada sekeping sijil nikah, dia harus mempertahankan Airis.
“Memang betul apa yang Nia
cakap. Kalau nak dibandingkan Kak Airis
ni dengan Kak Min, jauh bezanya! Nak
mengaku kakak ipar pun segan!” Nia
mencebikkan bibirnya. Dia menjeling
Airis yang berdiri tercegat di sisi Rayyan dengan ekor matanya.
“Entah mana Papa kutip, lepas
tu suruh kahwin dengan Abang Long.
Entah-entah saja kahwin dengan abang sebab nak kikis harta keluarga
kita. Sudah lah dari sekolah, Papa yang
tanggung dia, kenapa dah kahwin ni pun kita nak kena tanggung dia? Pengemis macam ni tak layak masuk keluarga
kita. Kak Min yang sepatutnya jadi kakak
ipar Nia ni. Bukan dia! Dia tak layak
jadi kakak ipar Nia! Pengemis!” Darah
Rayyan betul-betul menyirap saat Rania menghabiskan kata-katanya. Ayat yang meluncur di mulut Rania ternyata
cukup kasar dan mengguris perasaan.
“Nia ni kenapa melampau sangat?!” Rayyan melayangkan tangannya tinggi bersedia
untuk memberi penampar kepada adiknya itu.
Biar pun dia tidak menyintai Airis, biar pun gadis itu tidaklah
sesempurna Jasmin di matanya, tapi maruah isterinya itu tidak seharusnya
dipijak sesuka hati, walaupun oleh adik kandungnya sendiri. Manusia, serendah mana pun tarafnya, tetap
harus dihormati oleh manusia yang lain walau setinggi mana pun kedudukannya.
“Sudah! Sudah! Berhenti
bergaduh!” Cepat-cepat Airis memaut
lengan Rayyan. Menghalang suaminya dari
menampar Rania. Dia tidak mahu keadaan
menjadi lebih bercelaru walaupun hatinya begitu pedih ketika itu.
“Kenapa Abang Long
berhenti? Kenapa tak tampar jek adik
abang ni? Sebab perempuan ni abang
sanggup nak tampar Nia kan? Tampar lah!
Kau ketepi! Biar abang aku tampar aku.
Baru puas hati kau kan?!” Rania
pula mencengkam lengan Airis kuat. Badan
Airis ditolaknya kuat sehingga Airis terdorong ke tepi dan di luar kawalannya,
lengannya yang berbalut terhentak kuat ke meja solek. Sakitnya bukan kepalang. Dia terus terduduk
di sisi meja solek.
“Airis!” Cepat-cepat Rayyan mencangkung. Memegang lengan Airis yang berbalut. Balutan di lengan itu mula menampakkan
tompokan merah. Semakin lama semakin besar dan akhirnya darah mulai mengalir
keluar dari celah balutan yang melilit lengan Airis. Rayyan panik.
“Mama! Mama! Mak Intan!”
Rayyan menjerit kuat memanggil Datin Marissa dan Mak Intan di tingkat
bawah. Dia tidak tahu apa yang perlu
dilakukannya.
“Kenapa ni Ray,
terjerit-jerit?” Datin Marissa yang tiba
sejurus kemudian terus meluru ke arah Rayyan yang sedang duduk di sisi
Airis. Terbeliak matanya melihat lelehan
darah yang mengalir di lengan Airis.
Rania dilihatnya sedang berdiri tercegat dengan wajah yang pucat.
“Ya Allah, apa dah jadi ni?! Kenapa ni Ray? Kenapa ni Nia? Apa korang buat kat bilik Nia ni?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut
Datin Marissa kepada kedua anak-anaknya itu.
Dia pantas mencapai tuala berwarna krim yang tersidai di penyangkut dan
segera menekap darah yang mengalir keluar.
“Ya Allah, kenapa ni Airis? Kenapa ni Datin?” Mak Intan yang tiba tidak lama kemudian turut
terkejut. Sebenarnya sebelum dia pergi
ke dapur tadi, dia sudah terdengar jerit pekik Rayyan di tingkat atas. Enggan masuk campur urusan dua beradik itu,
dia pura-pura tidak mendengar dan terus pantas melangkah ke dapur menyiapkan
kerja rumahnya. Dan sekarang dia
betul-betul terkejut, tidak menyangka pertengkaran itu berakhir sebegini rupa.
“Tak tahulah apa jadi
budak-budak ni. Dah Ray, pergi hospital
sekarang ni jugak. Suruh doktor periksa
luka Airis ni. Tak berani Mama nak bukak
balutan ni.” Datin Marissa memaut bahu
Airis, mendorongnya ikut sama bangun.
Rayyan bingkas bangun.
Cepat-cepat dia menuju ke biliknya, menukar seluar pendeknya kepada seluar
jeans lantas mencapai kunci keretanya yang tergantung di dinding. Sempat dia menjeling tajam ke pintu bilik
adiknya sebelum menuruni anak tangga ke bawah.
Hatinya jadi bertambah sakit!
“Ray, sorry mama kacau. Mama risau
ni, Rania dari semalam tak balik-balik.” Semua mata di dalam bilik mesyuarat
itu memandang tepat ke arah Rayyan yang menutup mulutnya, mengelak suaranya
bergema didengari semua orang.
“Apa? Dari semalam tak balik? Kenapa hari ni baru Mama beritahu?” Rayyan membuntangkan matanya. Tangannya masih lagi menutup sebahagian
mulutnya, menghalang suaranya kedengaran kuat di dalam bilik mesyuarat itu. Dia bingkas bangun, memberi isyarat tangan
dan kemudian terus keluar dari bilik mesyuarat.
“Mama tunggu Nia balik sampai
pagi Ray, tapi dia tak balik-balik. Ni
dah tengahari dah ni, tak jugak balik. Tu
yang Mama call ni.” Suara Datin Marissa cemas.
“Papa tahu tak ni?” Rayyan teringat bapanya. Pasti lelaki itu mengamuk jika berita ini
sampai ke telinganya.
“Ray lupa ke? Kan Papa pergi Hong Kong. Esok baru dia balik.” Datin Marissa mengingatkan Rayyan. Dia takut untuk menghubungi suaminya malam
tadi, bimbang mengganggu urusan suaminya itu.
Dan lebih menakutkan dia, Dato’ Harun mengamuk kerana ini bukan lah kali
pertama Rania tidak pulang ke rumah.
Untuk memberitahu Rayyan, anaknya itu pulang ke rumah saat jam sudah
mencecah ke 11 malam. Malas untuk
menyusahkan hati Ray, dia memutuskan untuk menunggu Rania balik sehingga lah ke
saat ini. Tapi, langsung bayang Rania
tidak juga muncul.
“Kejap lagi Ray balik. Kita cari sama-sama.” Rayyan mematikan talian. Dia masuk semula ke dalam bilik mesyuarat
dengan wajah yang keruh.
“Sorry guys. I have to adjourn
this meeting to the next date that will be informed. I have a personal matter.” Cepat-cepat Rayyan mengemas segala nota-nota
dan minit mesyuarat di atas mejanya. Dia
menyerahkan segala fail dokumen kepada Marlina, setiausahanya. Tergesa-gesa dia masuk ke dalam biliknya,
kemudian berlari keluar dengan briefcase
di tangan.
“Dah call kawan-kawan dia Ma?”
Tanya Rayyan sebaik ternampak kelibat mamanya yang sedang menundukkan
wajah saat berteleku di atas sofa. Datin
Marissa mengangguk sekilas tapi tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Fikirannya betul-betul serabut ketika itu.
Dia risaukan keadaan Rania yang sudah lebih 24 jam tidak diketahui berita.
Entah ke manalah Rania menghilang.
Rayyan menghela nafasnya
kasar. Kali ini dia betul-betul geram
dengan sikap Rania. Ini sudah masuk kali
ketiga Rania menghilangkan diri tidak pulang ke rumah selepas waktu
persekolahan. Kali pertama, bapanya
dapat menangkap dia sedang melepak dengan beberapa kawan perempuannya bersama
tiga orang lelaki jongos yang tidak dikenali.
Kali kedua, mamanya pula menangkap dia sedang asyik berpelukan bersama
seorang lelaki selekeh juga tidak dikenali di bangku sebuah perhentian bas. Dan
sekarang dia buntu ingin mencari Rania di mana.
Telefonnya berdering kuat tiba-tiba.
“Hello?”
“Hello, ini family Rania ye? Siapa ni?”
Kedengaran seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 an di hujung
talian. Rayyan mengerutkan keningnya.
“Ya, saya Rayyan. Abang Rania.”
“Oh, abang Rania ye. Makcik ni Latifah, mak kepada Hairi, kawan
Rania. Rania ada kat rumah makcik ni.
Dia cakap dia takut nak balik rumah.”
Suara wanita bernama Latifah itu lembut kedengaran di telinga
Rayyan. Membatalkan niat awalnya yang
ingin marah tadi.
“Kalau dia tak buat salah,
takde siapa yang marahkan dia mak cik.
Mak cik duduk mana? Kejap lagi
saya ambik Rania.” Rayyan mengerutkan dahinya.
Terasa pelik dengan kenyataan Rania yang takut ingin pulang ke
rumah. Takutkan apa? Siapa?
“Eh, tak boleh. Rania cakap kalau family dia tahu dia kat mana sekarang ni, teruk dia kena belasah
dengan korang. Dia cakap korang selalu
pukul, dera dia. Sebab dia tak tahan
lagi, dia mintak tolong Hairi. Mak cik
cuma beritahu jek ni, dia ada kat rumah mak cik ni. Mak cik takut korang risau.” Rayyan tercengang. Terkejut dengan cerita yang disampaikan mak
cik Latifah. Rania didera keluarga
sendiri? Hatinya bertambah panas. Rania
sudah melampau!
“Mak cik, cuba mak cik
tengok-tengok lengan dengan kaki dia?
Patah tak? Ada lebam sana sini tak?
Tengok kat muka dia pulak. Ada
bibir pecah kena tumbuk, mata lebam? Takde kan?
Kitorang ni masih belum tergamak lagi nak pukul walaupun macam-macam dah
dia buat perangai, mak cik. Rania ni
bermasalah mak cik. Dia memang suka lari
dari rumah. Dan ini bukan kali pertama
dia lari dari rumah, ni dah masuk kali ketiga dah ni. Cakap kat anak mak cik tu, kalau nak cari
awek, tolonglah cari selain dari Rania ni.
Mak cik nak ke menantu mak cik nanti dah kahwin dengan anak mak cik, tak
sampai sebulan 12 kali lari dari rumah?”
Rayyan bersuara lembut tapi penuh sindiran. Terasa ingin dihamun Rania saat itu juga tapi
dikawal perasaannya.
“Sekarang mak cik kena beritahu
alamat rumah mak cik. Mama saya dah
risau sangat-sangat dah tu. Segala apa
yang keluar dari mulut Rania tu mak cik tolong lah jangan percaya. Kejap lagi saya bawak mama saya sekali, mama
saya pun boleh terangkan segala-galanya.”
Rayyan menjeling sekilas ke arah Datin Marissa yang dari tadi tidak
melepaskan pandangan mata ke arahnya.
“Tapi...” Suara mak cik Latifah
terhenti. Dia masih ragu-ragu. Keliru memikirkan siapa yang bercakap benar
dalam hal ini.
“Mak cik, saya tak bohong. Kenapa lah kami nak dera dia? Jentik dia pun tak pernah mak cik. Mungkin sebab tu lah, dia jadi teruk macam
ni. Mak cik jangan risau, saya bawak
mama saya sekali ni.” Rayyan menerangkan
lagi. Dia faham wanita itu pastinya
ragu-ragu untuk mempercayai pihak yang mana bercakap benar. Penderaan bukan
satu kes yang boleh dipandang ringan.
“Kejap lagi mak cik sms kan alamat rumah mak cik. Mak cik harap mak cik buat tindakan yang
betul kali ni.” Mak cik Latifah bersuara
sayu. Di hatinya masih belum hilang rasa
ragu-ragu. Dia bimbang jika Rayyan yang
menipu.
“Takpe. Kita jumpa dulu nanti.” Rayyan mematikan talian. Dia meraup wajahnya. Kesal dengan sikap Rania yang sanggup
memburukkan keluarga sendiri.
Sebaik mendapat kiriman sms dari Mak cik Latifah, Rayyan bersama
Datin Marissa bergegas menaiki kereta menuju ke rumah wanita itu. Empat puluh minit kemudian, kereta mereka
menyusur masuk ke perkarangan rumah Mak cik Latifah. Sempat Rayyan menangkap kelibat Rania yang
bergegas masuk ke dalam rumah. Hatinya
terbakar kembali.
“Assalamualaikum. Puan Latifah
ye?” Datin Marissa tersenyum kelat tapi
tetap menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan wanita yang tercegat di
hadapan pintu rumah itu.
“Waalaikumussalam.” Latifah menjawab acuh tak acuh. Dari tadi dia memerhati Datin Marissa dan
Rayyan dari atas ke bawah. Dari gaya,
dia tahu mereka adalah dari golongan berada.
Mendera Rania nampak tidak logik pada pandangannya. Tapi, siapalah yang tahu kebenarannya?
“Rania ada kat dalam mak
cik? Kami nak ambil dia bawa balik ke
rumah.” Rayyan terus bersuara. Malas hendak membuang waktu.
“Ada. Tapi dia cakap dia tak nak balik.” Latifah mengeruhkan wajahnya. Dia masih keliru, siapa sebenarnya yang
bercakap benar atau mereka cerita.
“Bagi kami jumpa dia dulu Puan
Latifah.” Datin Marissa memaut lengan
Latifah. Mengharap pengertian wanita
itu. Latifah menunduk, masih berkira-kira
untuk membenarkan mereka masuk dan berjumpa Rania.
“Baik saya, abang dia ni atau
pun suami saya, kami tak pernah pun pukul dia.
Apatah lagi nak dera macam yang dia cakap. Kalau diikutkan hati, dengan perangai dia
yang macam tu, memang sepatutnya kami dah pukul dia sebagai pengajaran. Tapi bukan itu cara didikan saya pada
anak-anak. Puan pun ada anak kan? Mesti Puan faham perasaan saya sekarang
ni. Kami memang tak bohong, kami tak
pernah pun pukul dia. Tolonglah pujuk
dia balik.” Mata Datin Marissa mula
digenangi air. Dia risaukan keadaan
Rania. Gadis itu terlalu mengikut kata
hati. Langsung tidak memikirkan perasaan
keluarga. Lama Latifah termenung sebelum
dia akhirnya memusingkan badan dan masuk ke dalam rumah.
“Nia tak nak balik.” Ujar Rania sebaik muncul di hadapan mama dan
abangnya. Wajahnya ditunduk. Enggan
bertentang mata.
“Balik sekarang!” Rayyan menengking. Tangannya pantas merenggut lengan Rania kuat.
“Sakit lah! Lepas!” Rania menjerit. Pegangan tangan Rayyan ternyata cukup kuat.
Berkali-kali dia cuba meleraikan pegangan tapi gagal.
“Apa ni bang? Kalau dia tak nak, jangan paksa boleh?”
Tiba-tiba muncul seorang remaja dari balik pintu. Dia merentap pegangan tangan Rayyan pada
lengan Rania.
“Kau siapa? Pakwe dia?” Rayyan bengang.
“Saya tahu abang ni abang
Rania. Tapi itu tak bermakna abang boleh
buat suka-suka hati kat dia. Abang tak
boleh suka-suka nak pukul dia! Paksa-paksa dia macam ni!” Nafas Hairi turun naik. Dia sebolehnya cuba menyelamatkan Rania.
“Kau ni buta ke? Kau tengok adik aku ni. Ada kau nampak lebam? Ada nampak dia patah riuk? Ada?!”
Jerkah Rayyan. Dia betul-betul
marah dengan Hairi yang tiba-tiba mencelah sedangkan remaja itu tidak tahu
kisah sebenar. Hairi terdiam. Tiba-tiba dia terasa ada logiknya dengan
pertanyaan Rayyan tadi. Otaknya ligat
membayangkan tubuh dan wajah Rania.
Betul, gadis itu langsung tiada sebarang tanda dipukul atau bekas lebam
lama.
“Kau batalkan jek lah hasrat
kau nak buat adik aku ni jadi awek kau.
Bagi aku ajar dia biar jadi orang dulu baru boleh menggatal nak
berlaki.” Rayyan tersenyum menyindir. Dia tahu remaja itu pastinya menyukai
Rania. Dan dia pasti, segala temberang
Rania, Hairi mempercayainya bulat-bulat.
“Tapi abang tak boleh buat
macam ni. Saya boleh report polis.” Hairi masih bertegas. Walaupun hakikatnya kini dia sendiri keliru siapa
yang bercakap benar.
“Pergi lah report polis. Kau ingat aku
takut? Kalau kau report polis, aku boleh cakap kau yang bawak lari adik aku ni. Sekarang, siapa yang polis lebih
percaya? Aku dera adik aku yang sihat
walafiat ni ke atau kau yang bawak lari anak dara orang?” Hairi terkebil-kebil. Dia menelan liur. Dia menoleh ke arah Rania sekilas sebelum
memaut lengan ibunya.
“Awak balik dulu. Apa-apa hal beritahu saya cepat-cepat.” Hairi bersuara mendatar. Dia tidak punya pilihan lain.
“Ei..kau tak faham ke aku tak
nak balik? Lelaki apa kau ni ha? Kau takut ke dengan abang aku ni?!” Darah Rania mula menyirap saat melihat teman
lelaki yang baru dikenalinya itu mula menyebelahi Rayyan dan Datin Marissa.
“Nia, awak balik dulu. Salah awak duduk sini. Nanti family
awak report polis, family saya yang susah.” Hairi mengendurkan suaranya. Dia sebenarnya sedikit terkejut dijerkah
Rania tadi. Ternyata berlainan dengan
sikap Rania yang dikenalinya selama hampir dua minggu sebelum ini.
“Tak nak! Aku tak nak
balik! Aku nak duduk sini dengan
kau! Diorang ni dera aku lah. Kau tak faham ke aku tak nak balik?!” Rania menengking lagi. Sudah hilang rasa malunya pada ibu
Hairi. Dia sudah tidak peduli. Yang penting dia tidak mahu pulang ke rumah
mengikut abang dan mamanya.
“Sekarang kau cakap dengan aku,
abang mana yang tak nak bagi pelempang kalau dapat adik macam dia ni?” Rayyan menyindir lagi. Hairi masih terkebil-kebil. Masih terkejut dengan perangai sebenar
Rania. Sesekali dia memandang wajah
ibunya yang turut tampak begitu terkejut.
Rania sekarang begitu berbeza dengan Rania yang datang ke rumah
semalam. Dia sudah tidak lagi mengenali
gadis itu.
“Masuk kereta sekarang!” Rayyan menengking ke arah Rania. Matanya dibeliakkan. Nafasnya turun naik laju.
“Sudah lah Nia. Jangan malukan Mama lagi. Kita balik, kita bincang apa yang Nia tak
puas hati. Apa-apa hal kita balik dulu.”
Datin Marissa pula cuba memujuk Rania.
Dia menggamit lengan Rania, mengajak anak gadisnya itu masuk ke dalam
kereta. Lega, Rania tidak membantah kali
ini walaupun wajah gadis itu mencuka masam.
“Mak cik, saya mintak maaf
tertinggi suara kat anak mak cik tadi.
Saya mintak maaf sebab Rania ni dah susahkan mak cik sekeluarga. Terima kasih sebab percaya cerita saya dan
mama saya. Kami akan cuba sedaya upaya
ubah sikap Rania.” Rayyan menghulur
tangannya untuk bersalam dengan Latifah.
Wanita yang hampir sebaya ibunya itu menyambut salam dan membiarkan
Rayyan mencium tangannya. Dia pasti
kini, siapa yang betul-betul bersalah dalam hal ini. Rania, bukanlah seperti yang dia gambarkan
sebelum ini. Dan sebagai ibu, dia takut
membayangkan hubungan anaknya dengan Rania.
“Aku mintak maaf pasal
Rania.” Rayyan mengalihkan pandangan
matanya. Dia enggan melihat ke dalam
mata Airis. Terasa bersalah dengan
perlakuan Rania.
“Takpe, aku ok. Dia tak sengaja.” Airis mengukir senyum kelat. Dua jahitan di
lengannya tertetas menyebabkan darah mengalir keluar dengan banyak akibat
hentakan kuat di meja solek tadi. Doktor
sudah pun menjahitnya semula dan dia dibenarkan balik semula ke rumah. Saat mereka menjejakkan kaki ke rumah, jam
sudah pun menunjukkan ke angka 9.30 malam.
Dia betul-betul letih. Badannya
terasa letih ditambah dengan perit mencucuk-cucuk di lengannya.
“Kau dah nak tidur?” Rayyan terkebil-kebil memandang Airis yang
sedang mengibas sofa menggunakan selimut tebalnya.
“Ha ah. Kenapa?
Kau ada nak apa-apa ke?” Airis
terus mengibas tanpa menoleh ke arah Rayyan yang sedang duduk di atas katil.
“Aku nak minum kopi. Buatkan boleh?” Rayyan tersengih.
“Baru satu malam duduk kat
hospital. Dah rindu dah dengan kopi
aku?” Airis turut tersengih. Tak menyangka lelaki itu rindukan kopi air
tangannya.
“Kejap, aku turun bawah
buatkan. Kau nak minum kat sini ke kat
bawah?”
“Kat sini. Kau bawak naik atas. Aku tunggu.” Airis tidak menyoal lagi sebaik mendengar
kata-kata Rayyan. Pantas dia keluar dari
bilik dan menuju ke dapur ingin menyiapkan kopi seperti diminta Rayyan. Berbunga sungguh hatinya ketika itu, walaupun
Rayyan cuma meminta secawan kopi. Entah
mengapa, dia senang sekali dengan arahan itu.
Terukir senyuman di bibirnya.
Penuh hati-hati Airis menatang
dulang berisi secawan kopi panas berasap itu menaiki tangga ke biliknya. Dia menguak pintu perlahan. Kemudian meletakkan dulangnya di atas meja
solek sambil matanya tercari-cari kelibat Rayyan. Melihat tabir pintu yang terbuai-buai ditiup
angin, dia pasti Rayyan tentu sedang menghisap rokok di balkoni luar. Matanya terpandang pula pada selimut dan
bantalnya yang berselerak di atas katil.
Dahinya berkerut, cepat-cepat dia mengambil kopi tadi sebelum melangkah
ke luar balkoni.
“Kenapa dengan selimut dan
bantal aku tu?” Airis meletakkan cawan
berisi kopi di hadapan Rayyan lalu dia melabuhkan duduknya. Puntung rokoknya sudah dilenyekkan di dalam ashtray.
“Malam ni kau tidur lah dekat
katil aku tu.” Airis mengerutkan
dahinya. Dadanya berdebar. ‘Habis tu pak cik ni nak tidur dengan aku ke? Ishhh...’ Airis
mengusap roma di lehernya. Terasa
meremang.
“Dalam keadaan kau macam ni,
takpelah. Kau tidur jek kat tilam aku
tu.” Rayyan mengangkat cawannya,
mendekatkan ke bibir. Meniupnya perlahan. Bau harum kopi menyucuk rongga hidungnya.
“Habis kau?” Airis belum sudah mengerutkan dahinya. Dia betul-betul risau.
“Aku tidur kat sofa lah. Takut sangat aku nak tidur dengan kau. Sepatutnya memang boleh tau aku tidur dengan
kau. Kita kan dah kahwin.” Airis terkebil-kebil. Walaupun terasa ada benarnya kata-kata
Rayyan, tapi tidur berdua sekatil dengan lelaki itu? Ahhh...dia terasa
janggal.
“Dalam dua, tiga hari kita
pindah. Aku tengah survey rumah sewa dekat-dekat sini.” Rayyan meneguk kopi yang masih berasap itu
perlahan-lahan.
“Pindah? Kenapa?” Airis terkejut. Langsung tidak menjangka keputusan Rayyan
yang agak mendadak itu.
“Aku tahu Rania tak suka
kau. Dan kau pun mesti tak selesa dengan
dia kan? Takpelah, kita pindah duduk
rumah sendiri. Sekarang ni, Zara dah
tahu pasal kita. Silap-silap Jasmin
pulak dapat tahu hal ni, lebih baik kita pindah.”
“Lagi pun kalau aku nak keluar
malam dengan Jasmin, Papa selalu membebel.
Kalau kita dah duduk sendiri, payahlah sikit Papa nak monitor kita kan?”
Rayyan menjongkit keningnya ke arah Airis.
“Sampai bila kau nak sorok
benda ni dari Kak Min dan yang lain-lain? Lama-lama semua orang akan tahu
jugak.” Airis menunduk. Kesal dengan keputusan Rayyan ingin berpindah
semata-mata untuk menyorokkan status mereka dari pengetahuan orang lain dan
mengelak dari dimarahi Papa setiap kali bertemu Jasmin.
“Sampai Jasmin terima cinta
aku. Masa tu aku akan lepaskan kau. Lagi pun kau ada Ziyaad kan? Masa tu takde siapa pun tahu yang kita pernah
kahwin, pernah jadi suami isteri. Sebab
tu aku nak kita rahsiakan status kita ni.”
Airis tersentak. Walaupun dia tahu
satu hari nanti dia akan dilepaskan Rayyan, entah mengapa hatinya terguris
mendengar kenyataan Rayyan.
“Suka hati kau lah. Tapi Mama
macam mana? Dia tak kisah ke kita nak duduk sendiri ni?” Cepat-cepat Airis melupakan rasa
hatinya. Mujur dia terfikirkan tentang
ibu mertuanya. Tentu ibu mertuanya
terkejut dengan keputusan Rayyan yang terlalu mendadak.
“Mama ok. Kau jangan risau pasal Mama. Lagi pun kita pindah dekat-dekat sini
jek. Kita balik lah jenguk Mama dan Papa
hujung minggu.”
“Kesian Mama time Papa takde nanti. Nia pun bukan balik sini selalu. Cuti sekolah jek dia balik.” Suara Airis mengendur. Tiba-tiba datang rasa sayu bila mengenangkan
Datin Marissa akan keseorangan bila Dato’ Harun ke luar negara atas urusan
perniagaan.
“Kau ingat kalau Rania tu ada
kat sini, membantu sangat ke? Nanti lagi
banyak masalah yang dia buat, lagi pening kepala aku.” Rayyan mendengus. Saat nama Rania terpacul, darahnya naik
kembali. Marah dia pada perbuatan Rania
siang tadi tiba-tiba memuncak semula.
“Dia belajar kat mana sekarang
ni sebenarnya?” Airis melembutkan
suaranya. Cuba mengorek kisah sebenar
mengenai adik iparnya itu.
“Papa hantar dia kat rumah
kawan Papa kat Terengganu. Ustaz ni
uruskan sekolah pondok kat sana tapi Nia ni dimasukkan ke sekolah biasa sebab
kat sana pelajar semuanya lelaki. Tapi,
walaupun sekolah biasa, balik sekolah Ustaz ni dengan isteri dia yang akan monitor segala pergerakan Nia. Kat sana jugak Ustaz tu akan dedahkan dia dengan
ilmu-ilmu Islam. Bukannya kami tak
sayang Nia tu, hantar dia jauh-jauh.
Tapi kat sini, kami sendiri tak boleh nak control dia. Sebelum kami
hantar ke sana, dah tiga kali dah dia lari dari rumah. Jadi, sebelum jadi apa-apa yang lebih buruk,
Papa mintak tolong kawan dia kat sana.”
Rayyan memandang ke dalam mata Airis yang dari tadi tekun mendengar.
“Mungkin sebab dia baru nak
menginjak remaja, sebab tu dia buat sesuatu keputusan tu tanpa fikir dulu.
Biasalah, budak baru nak naik.” Airis
mengukir senyum tawar. Cuba memujuk hati
Rayyan yang sedang marah.
“Aku harap sangat dia berubah
bila dia duduk kat sana di bawah bimbingan ustaz dan ustazah tu. Kalau tak jadi sebaik seorang ustazah sekali
pun, cukup lah jadi sebaik Rania Irdina, adik yang aku pernah sayang dulu.” Rayyan meruap wajahnya. Betul, dia rindukan satu-satunya adik yang
dia ada.
“Semua tu perlukan masa. Dan kau sebagai abang, kena selalu doakan dia
supaya lembut hati untuk berubah.
Perubahan pada seseorang tu bukan terletak pada siapa yang mendidiknya
tau, tapi pada hati orang tu sendiri.
Kalau dia memang nak berubah, bila-bila masa pun dia boleh berubah. Kau kena bagi dia masa. Dah lama dia sekolah kat Terengganu?” Rayyan terkebil-kebil mendengar kata-kata
Airis. Sungguh, hatinya tersentuh mendengar
ayat yang meluncur dari mulut Airis.
Terasa gadis itu sedang memujuknya di dalam diam dengan aura positif.
“Dah dekat setahun. Tapi kau tengok lah, bila balik sini dia ikut
kepala dia jek. Sebab dia jugak lah Zara
boleh tahu kita dah kahwin. Dan sebab
dia jugak lah, jahitan kau tu tertetas dan kena jahit balik. Aku mintak maaf bagi pihak dia.” Rayyan mengukir segaris senyuman.
“Takpe. Benda pun dah jadi. Sebab tu aku tak suka kau kecoh-kecoh. Kalau kau tak sibuk nak marah dia, mesti
benda ni tak jadi kan?” Airis mengangkat
keningnya.
“Benda dah jadi Ris.” Rayyan pula mengangkat keningnya sambil
tersengih.
“Dah, jom masuk tidur. Cawan ni
biar jek kat sini. Esok Mak Intan boleh uruskan.” Rayyan bingkas bangun tapi
masih tercegat memandang Airis.
“Takpe ke aku tidur situ? Kalau kau tak selesa, aku boleh jek tidur kat
sofa. Aku dah biasa dah tidur
situ.” Airis masih tercegat enggan bangun.
“Takpe. Nanti 2,3 hari lagi kita pindah, kita tidur
bilik sendiri. Buat masa ni, kau tidur
dulu kat katil aku tu. Tapi esok pagi kemas balik katil aku tu. Cadar macam biasa, tegang.” Rayyan menapak menuju ke dalam bilik.
“Dah, masuklah. Tidur! Ingat senang ke aku nak bagi kau tidur
kat tilam aku tu? Dah, masuk!” Sergah Rayyan bila dilihatnya Airis masih
tidak berganjak dari tempat duduknya.
Terpisat-pisat Airis bangun, masuk ke dalam bilik. Rayyan dilihatnya sedang berdiri tercegat di
sisi suis lampu, memerhati dia yang menutup pintu balkoni dan berjalan menuju
ke tilam. Saat dia melabuhkan kepalanya
ke bantal, lampu bilik dipadamkan, manakala lampu tidur dibiarkan menyala.
Dalam kelam cahaya bilik itu,
Airis membuka matanya. Dia melihat
Rayyan sedang mengibas sofa dengan selimut sebelum melabuhkan tubuhnya. Airis tersenyum. Tidak menyangka lelaki itu sebegini
prihatin. Walau dalam hati Rayyan tiada
rasa cinta kepadanya, tapi masih ada perasaan belas terhadap dirinya terutama
dalam situasi sebegini. Dia tersenyum lagi.
Dadanya berdebar. Timbul rasa aneh dalam dirinya terhadap Rayyan.
Hentikan Airis! Dia sukakan Jasmin! Tapiiii......
“Airis! Kau dah tidur ke?” Airis tersentak saat mendengar suara Rayyan
yang memanggilnya.
“Baru nak tidur. Kenapa?” Airis bingkas duduk. Dia menoleh ke
arah Rayyan yang sudah pun duduk memandangnya dalam samar cahaya lampu tidur
itu.
“Kau belum makan ubat kan?”
Airis menepuk dahi! Dia baru saja
menarik nafas lega lelaki itu langsung tidak menyebut ubat di hadapannya
tadi. Rupanya, lelaki itu tidak pernah
lupa!
“Bangun! Makan ubat
sekarang.” Rayyan memetik semula suis
lampu bilik tidur. Cahaya terang mula
menyinari. Airis menggenggam tangan. Bersiap sedia ingin menumbuk Rayyan jika
dipaksa menelan ubat!
Nota Selit : Sori minggu lepas tak sempat nk update bab 21...AA cuba gak siapkan before friday, tpi on saturday tu baru dapat wat final check...sori sangat2 tuk sayangs semua ye! AA tak sihat lagi sebenarnya ni..tpi tuk sume AA kuatkan semangat n harap2 minggu ni dapat siapkan bab 22...doakan AA cepat sihat ye...jgn lupe tau, 4 bab lagi! (eh, kejapnye...tinggal lagi 4 bab jek rupanye!)
1 comment:
assalam to writer...
cumil r rayyan.. 2 thumbs up for him...
emmm nampak makin trill r.. luv it... huhuhuh.. gud... everything nice n awesome seperti biasa... heart beat? humm xtentu arah jugak tp masih bole dikawal xmcm ep yg lepas sikit ler.. hhuhu..
anyway.. left 4 ep!!!... xsabar nk tunggu full version... besemangat sangat dah ni... gud luck mrs. writer... gud luck... Salam Maalhijrah 1435H to writer...
From : IJA
Post a Comment