
Airis
bergegas menghampiri Datin Marissa yang sudah pun agak jauh di hadapannya. Dia terpaku seketika tadi tatkala terlihat sehelai
blaus berwarna merah yang tergantung di hadapan dinding kaca pusat membeli
belah itu. Membayangkan dirinya
mengenakan blaus itu di badannya sehingga terlupa pada ibu mertuanya yang sudah
pun jauh ke hadapan.
“Ris, teman
Mama minum sekejap boleh?” Datin Marissa
tersenyum saat Airis berjaya menghampirinya.
Rasanya, ibu mertuanya itu sendiri tidak menyedari yang dia tertinggal
di belakang tadi.
“ Eh, takpe
ke Ma? Kan Mama cakap nak bawak Airis
pergi butik Kak Min. Nanti lambat, dia
tak marah ke? Hari ni hari pertama Airis
kerja tau Ma?” Airis mengerutkan
keningnya. Bimbang untuk menerima
pelawaan ibu mertuanya takut dimarahi bosnya nanti. Lewat di hari pertama bekerja.
“Takpe,
semalam Mama dah call Jasmin. Mama cakap mama yang hantar sendiri Airis. Mama cakap kat dia, Mama ada meeting sampai pukul 10. Lebih kurang pukul 11 baru mama dapat hantar
Airis.” Datin Marissa tergelak
kecil. Airis tersenyum dengan gelagat
ibu mertuanya.
“Jom kita
duduk sini, makan roti bakar. Dah lama tak minum white coffee kat sini.”
Cepat-cepat Datin Marissa menggamit lengan menantunya. Mendorong gadis itu menurut langkahnya masuk
ke restoran Old Town. Dia terasa pelik
dipimpin tangan oleh wanita seusia itu, apatah lagi oleh seorang ibu
mertua. Terasa janggal.
Sepuluh
minit kemudian, seorang pelayan menghantar pesanan mereka. Dua cawan white
coffee dan dua piring kecil roti bakar terhidang depan mata. Airis juga memilih menu sama seperti dipesan
Datin Marissa. Dia janggal duduk di
restoran itu dan tidak tahu menu apa yang patut dipesannya.
“Macam mana
jadi isteri Ray setakat ni?” Airis
terkedu. Terasa ingin tercekik saat
itu. Air kopi yang ditiupnya perlahan-lahan
tak jadi diminum. Dia meletakkan kembali
cawan kopinya ke piring.
“Errr...Ok
jek setakat ni ma. Kenapa tanya macam tu?”
Airis mengukir senyum yang dibuat-buat.
Terasa pelik dengan soalan ibu mertuanya. Dan terasa bersalah berbohong dengan jawapan
seperti itu. Dia sendiri pun sebenarnya tidak
tahu apa jawapan yang tepat untuk soalan itu.
“Mama tau,
korang berdua masih dalam proses kenal satu sama lain kan? Takpe Ris. Pelan-pelan.
Jangan risau, Rayyan tu walau pun dia fussy sikit, perfectionist,
over
pengemas tapi dia baik. Lama-lama nanti
Airis akan jatuh cinta jugak dengan kebaikan dia. Anak mama, mama tahu la kan?” Datin Marissa tergelak lagi. Wanita itu tersenyum. Matanya memandang pada cawan yang dikacaunya
perlahan. Dia baru saja menuang sepeket
gula kedalamnya. Haruman kopi semerbak
memenuhi ruang meja mereka menjamu selera.
‘Fussy sikit? Fussy
banyak adalah. Itu tak kena, ini tak
kena. Itu tak betul, ini tak betul. Itu bersepah, ini bersepah.’ Bisik hati Airis. Pening kepala Airis melayan karenah Rayyan
sepanjang minggu pertama perkahwinan mereka.
“Mama nak
cakap pasal benda ni pun payah. Tapi tak
cakap karang, takut keadaan jadi lebih teruk pulak. Entahlah, susah betul.” Datin Marissa melepaskan keluhannya
lambat-lambat.
“Kenapa
Ma? Cakap jek la. Pasal hubungan kami berdua ke?” Airis gusar.
Dia mula terbayangkan perkara yang buruk. Kemungkinan Rayyan sudah memberitahu Datin
Marissa untuk menceraikannya. Airis
menarik nafas panjang. Bersedia menerima
sebarang kemungkinan.
“Airis pun
tahu kan, Ray belum bersedia lagi dengan semua ni. Jadi, mama rasa mesti Airis tahu
syarat-syarat Ray kan?” Airis semakin
keliru. Dia bingung. Setahunya syarat yang Rayyan berikan padanya adalah
tidak mahu orang luar selain keluarga yang tahu tentang status mereka berdua. Setakat ini, dia pasti rahsia itu masih
disimpan kemas. Sementelah pula usia
perkahwinan mereka baru berusia seminggu dan Airis juga sepanjang hari hanya
memerap di rumah.
“Ray pesan
kat mama tadi, nanti bila Jasmin tanya siapa Airis ni, Airis cakap Airis ni anak saudara belah Papa
ye. Kiranya Airis ni sepupu Ray lah. Semalam masa call Jasmin, mama dah beritahu jugak dekat dia. Tapi mana lah tahu kalau-kalau Jasmin tanya
Airis sendiri nanti.” Datin Marissa
memandang anak mata Airis sedalamnya.
Mengharap pengertian menantunya itu.
Sejujurnya, dia senang dengan Airis menjadi menantunya. Walaupun Airis bukan gadis dari golongan
keluarga berada, tapi perwatakan Airis yang lemah lembut, gayanya, wajahnya
yang manis, semuanya menyenangkan hati keibuannya. Ditambah dengan kepakaran Airis memasak, dia
pasti lama-lama Rayyan akan cair juga dengan Airis. Dia tahu anak bujangnya itu memerlukan masa
untuk menerima status barunya yang sudah pun berkahwin kini. Lama-lama Rayyan pasti akan jatuh cinta juga
pada Airis.
Airis
terdiam. Cepat-cepat dia menunduk. Jarinya menguis-nguis hujung pinggan yang
terhidang dua keping roti bakar tadi. Entah
kenapa hatinya sedikit terusik dengan permintaan ibu mertuanya tadi. Walaupun dia sudah tahu syarat-syarat yang
ditetapkan Rayyan, dia terasa sedikit pelik mendengarnya dari mulut seorang ibu mertua. Terasa seolah-olah ibu mertuanya itu juga
malu dan tak mahu bermenantukan dirinya sehinggakan tidak layak diperkenalkan
kepada orang luar. Seolah-olah menyokong
tindakan anaknya yang mahukan status perkahwinan mereka dirahsiakan. Lama dia terpaku, menatap pinggan di hadapan
matanya.
“Ok
ma.” Airis mengukir senyuman kecil. Cepat-cepat dia membuang perasaan tidak enak
di dalam hatinya tadi jauh-jauh.
Perasaan ibu mertua sebaik Datin Marissa lebih patut diutamakan. Tentang apa yang akan berlaku pada perkahwinan
mereka biarlah hanya waktu yang menentukan.
Apa yang penting, ibu dan bapa mertuanya melayan dia dengan baik setakat
ini. Dan dia sebenarnya cukup bertuah
Datin Marissa jauh lebih baik dari yang digambarkan sebelum ini.
“Thank you Ris, for your understanding.” Datin Marissa tersenyum. Mengerti dengan keruh wajah Airis sebentar
tadi. Dia juga serba salah. Tidak diberitahu tentang duduk letak sebenar,
bimbang Airis akan lebih terguris kalau dia terus-terus memperkenalkan Airis
sebagai sepupu Rayyan di butik Jasmin nanti.
Jadi, lebih baik dia terangkan dulu keadaan sebenar kepada Airis
walaupun dia tahu Airis sedikit terguris, dari riak wajahnya tadi. Isteri manalah yang tidak terluka, bila
status diri sendiri tidak boleh didedahkan kepada umum? Sudah tentu dia faham keadaan Airis ketika
itu.
“Jom, kita
pergi butik.” Datin Marissa sekali lagi
menggamit lengan Airis sebaik dia selesai meneguk kopinya. Cepat-cepat Airis bingkas, menuruti langkah
Datin Marissa.
Tiga minit
berjalan di dalam pusat membeli belah itu, Datin Marissa memasuki sebuah
butik. Terpampang signboard ‘Jazzy
Collection’ dengan huruf berukir warna keemasan di atas muka pintu kedai. Airis masih seperti tadi, mengekori Datin
Marissa. Sebaik kaki mereka melangkah
masuk, muncul seorang wanita lingkungan 30-an menyambut Datin Marissa dengan
senyuman.
“Datin, lama
tak singgah butik. Rindu saya pada Datin
tau.” Dalili tersenyum. Dia memerhati wanita pertengahan umur di
hadapannya itu penuh teliti. Datin
Marissa masih seperti selalu. Anggun
bergaya dengan kelasnya yang tersendiri.
Sesuai dengan pangkat dan kedudukannya ketika ini. Cuma satu yang dikaguminya tentang wanita itu
dari dulu lagi. Keluhuran budinya. Wanita itu bukan seperti kebanyakan wanita
berpangkat tinggi lain yang lazimnya meninggi diri dan berlagak sombong
terutama dengan orang biasa. Datin
Marissa seorang wanita yang mudah mesra, tak kisah bergaul dengan siapa
saja. Wajahnya sentiasa manis dengan
senyuman, tutur katanya lembut dan penampilannya juga sederhana. Menambahkan lagi penghormatan orang terhadap
Datin Marissa dengan sikapnya itu.
“Ha ah
Lili. Saya sibuk sikit lah. Dah alang-alang saya kat sini, saya nak ambik
lah sehelai dua baju kurung. Eh, terlupa
pulak. Ni ha, Jasmin ada cakap tak
dengan Lili pasal Airis?” Dalili pantas
menoleh ke arah seorang gadis di sisi Datin Marissa. Gadis berpakaian baju kurung itu
dilihatnya. Dari gayanya yang serba
kekok, Dalili dapat mengagak gadis itu lepasan sekolah.
“ Ada
Datin. Dia ada cakap tadi. Oooo...ni lah Airis ya. Nama akak Dalili tapi boleh panggil Kak
Lili.” Ramah Dalili menegur sambil
menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Airis hanya mengukir senyuman sambil menyambut huluran salam. Sangkanya tadi, wanita di hadapannya itu
adalah Jasmin. Dalili mengenakan kebaya
labuh berwarna oren dipadankan dengan kain plain
berwarna krim dan tudung berwarna peach.
Dia nampak bergaya, selayaknya bergelar seorang usahawan butik pakaian.
“Airis ni
anak sedara saya tau Lili. Sementara nak
tunggu dia sambung belajar ni, saya suruh dia kerja sini cari pengalaman. Dapat jugak dia cari duit poket sendiri
kan?” Datin Marissa menjeling Airis
sekilas. Melihat reaksi Airis saat
diperkenalkan sebagai anak saudaranya.
Gadis itu diam tidak menunjukkan sebarang riak.
“Oooo..sepupu
Ray la ni ye Datin? Takpe, Datin jangan
risau. Kami jaga dia baik-baik kat
sini.” Dalili tersenyum lagi.
“Eh, jom lah Datin. Kita tengok koleksi baru sampai. Kata tadi nak ambik sehelai dua baju kurung kan? Zara, tolong ajar Airis apa-apa yang patut ye.” Dalili mengarah seorang pekerja yang dari tadi sedang tekun menjahit manik lantas menggamit lengan Datin Marissa menuju ke satu sudut yang menempatkan pelbagai saiz dan warna baju kurung moden untuk dipilih.
“Zara.” Ringkas ayat yang keluar dari mulut gadis di
hadapan Airis itu. Dia menghulurkan
tangannya untuk bersalam.
“Airis.” Airis mengukir senyuman, menyambut huluran
salam dari gadis manis di hadapannya.
“Hari ni
stok tudung baru dah sampai dari supplier. Nanti Airis tolong saya kemas ye?” Zara bertanya lembut. Gadis itu cantik. Baju kurung modennya berwarna kuning susu,
sesuai dengan kulitnya yang cerah. Alis
matanya lentik ditambah dengan maskara hitam di samping matanya yang galak dicalit
dengan celak juga berwarna hitam. Airis tersenyum lantas menganggukkan
kepalanya.
Dua jam pada
hari pertama Airis bekerja di butik itu berlalu dengan baik. Gadis manis bernama Zara banyak membantu
Airis mengenal koleksi-koleksi tudung dan baju-baju terkini yang terdapat di
butik itu. Kebetulan pula hari ini
banyak tudung dan baju-baju yang ditempah dari pemborong sampai ke butik, jadi
tugas Airis dari tadi adalah menggosok tudung dan baju kurung sebelum di
gantung di ruangan display
butik. Hari ini juga dia belajar
menggunakan stand steam iron untuk
menggosok kesemua tudung dan pakaian yang berkeronyok selepas dikeluarkan dari
dalam kotak. Walaupun pada mulanya dia agak
kekok, akhirnya dia akui, steam iron
lebih praktikal digunakan terutamanya untuk orang-orang yang terlibat dalam
industri pakaian seperti ini.
Airis
menarik nafas lega sebaik helaian tudung terakhir siap digosok. Dia menjeling sekilas pada Kak Dalili yang
tekun mencatat sesuatu pada log book
di atas meja. Zara pula dilihatnya dari
tadi asyik menjahit manik pada kaki baju pengantin yang berwarna turqoise. Dia bersyukur dikurniakan majikan sebaik Kak
Dalili dan rakan sekerjanya, Zara.
Walaupun masih terlalu awal untuk memberi penilaian, sekurang-kurangnya
dia bekerja dengan hati yang senang pada hari yang pertama. Dan doanya, semoga keadaan yang baik sebegini
berterusan sehingga lah dia menyambung pelajaran kelak.
“Assalamualaikum!” Bunyi pintu butik berkuak kedengaran
diselangi dengan suara lelaki memberi salam.
Cepat-cepat Dalili berlari meninggalkan bilik stor menuju ke kaunter
hadapan butik.
“Hei, kamu
ni Ray! Kak Lili ingat bhai mana jual kain tadi?” Sayup-sayup terdengar suara gelak ketawa
Dalili dan seorang lelaki di telinga Airis.
Dia hanya memasang telinga dari tadi.
“Haiii adik
manis! Ini bhai bukan sebarang bhai. Ini bhai Saif Ali Khan datang mahu hantar
mere beloved girlfriend Karisma Kapoor balik juga adik manis!” Ray mendepangkan tangannya. Bahunya dihenjut-henjutkan. Suaranya sengaja diubah mengikut dialek orang
Pakistan. Sengaja mengusik Dalili di
hadapannya. Jasmin yang dari tadi
tercegat di sisi Rayyan mula terkekeh ketawa.
“Ada-ada jek
la you ni Ray. Tak habis-habis mengusik. Ha..Kak Lili, mana
Airis? Saya nak tengok jugak
orangnya.” Jasmin memanjangkan lehernya,
menjenguk-jenguk ke belakang butik.
“Eh
kejap. Ada dia kat belakang. Tengah tolong Zara kemas-kemas tadi. Kejap
Kak Lili panggilkan.” Cepat-cepat Dalili
memusingkan badannya dan menjerit memanggil Airis. Sesaat kemudian, Airis muncul. Dia terasa gugup melihat semua mata sedang
memandangnya. Dan itu lah pertama kali
dia melihat Jasmin di hadapan matanya.
Gadis itu ternyata begitu anggun jelita sesuai dengan kerjayanya sebagai
seorang pereka fesyen. Dengan segera terbayang-bayang gambar Rayyan memeluk
pinggang gadis itu yang digantung di dinding tempohari di minda Airis. Terdetik di hati Airis yang kemungkinan ada
sesuatu hubungan istimewa antara Jasmin dan Rayyan sebelum perkahwinannya. Dari
perbualan mereka yang begitu mesra. Dari
cara Rayyan merenung lembut ke wajah Jasmin. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang
istimewa tentang mereka berdua.
“Oooo..ni
lah Airis ye. Saya Jasmin. Boleh panggil Kak Min.” Jasmin tersenyum melihat wajah polos
Airis. Dia menghulur tangannya untuk
bersalam.
“Haaa..dia
ni tauke besar butik ni. Kau jangan nak
melawan cakap dia tau. Esok kalau aku
kahwin dengan dia, aku pun jadi tauke kau tau.
Jangan nak banyak songel.” Rayyan tersengih. Senyumnya sengaja dilebar-lebarkan tatkala
melihat wajah Airis yang mula keruh.
Zap! Darah panas mula menyirap ke kepala
Airis. Perkataan KAHWIN yang meluncur
keluar dari mulut Rayyan seolah-olah menjadi pisau yang menghiris tangkai
hatinya. Dia menjeling sekilas ke arah
Rayyan yang dari tadi tersengih. Terasa
betul agakannya tadi tentang hubungan mereka berdua. Adakah Jasmin tahu tentang perkahwinan dia
dan Rayyan selama ini?
“Eh apa
pulak sebut pasal kahwin ni Ray. I belum nak kahwin lah. Lama lagi I
nak kahwin tau. You sanggup ke nak tunggu I?” Jasmin sengaja mengusik Rayyan. Dia tahu Rayyan cuma bergurau. Dan dia pasti Rayyan tahu tentang cita-cita
dan impiannya yang menggunung tinggi.
Untuk terikat pada sebuah tali perkahwinan, dia belum bersedia.
“Sanggup!” Rayyan tersengih. Semakin lebar. Airis memandangnya dengan hati yang
bengkak. Terasa ingin disiat-siat
senyuman Rayyan yang seolah-olah mengejeknya.
“Err...saya
sambung kerja saya kat belakang ye Kak Min, Kak Lili.” Airis meminta diri, malas ingin melayan
Rayyan yang menyakitkan hatinya.
“Ha..baguslah. Pergi sambung kerja sana. Kerja rajin-rajin sikit, nanti aku suruh bos
naikkan gaji kau tau!” Rayyan menjerit
lantang mengiringi pemergian Airis. Dia
sedar perubahan wajah Airis dari tadi. Terasa
pelik dengan reaksi wajah Airis ketika itu.
Tapi dia seronok. Gembira melihat
Airis berkelakuan sebegitu.
Airis
mengatur langkah lambat-lambat menuju ke bilik stor. Pelbagai persoalan timbul di mindanya. Tentang hubungan Jasmin dan Rayyan. Tentang niat Rayyan untuk mengahwini Jasmin. Tentang kedudukannya dalam keluarga Rayyan
jikalau Rayyan betul-betul mengahwini Jasmin selepas ini. Semuanya bertubi-tubi mengasak ruang
fikirannya. Sudah lah tadi dia terasa
hati dengan status sepupu kepada Rayyan yang diberikan oleh ibu mertuanya
sendiri, sekarang dia cukup terguris dengan niat Rayyan yang ingin mengahwini
Jasmin. Di depan matanya. Siapa dirinya di mata Rayyan? Patung yang dikahwini Rayyan semata-mata
untuk melepaskan syarat yang ditetapkan oleh Dato’ Harun? Tiba-tiba imej Jasmin menerpa dalam
fikirannya. Seolah-olah sedang
mentertawakannya. Membandingkan dirinya
dengan Jasmin, sudah tentulah dia jauh ketinggalan.
Airis terasa
ingin menangis saat itu juga!
7 comments:
Tak payah nak sedih2 sgt airis. Cari jer pesaing yg baru utk rayyan. Biar dia pulak yg jeles tak cukup tanah. Asyik pompuan jer yg memendam rasa!
x apa kita tunggu.
betul tu airin cari je pakwe baru.baru jelous si rayyan tu
Don't worry Airis...be strong. Pasal Rayyan tu buat x tau jek. Apa kata lepas ni buat2 mcm biasa, selamba tahap gaban..try la seminggu dua. Mesti ada respon...To Adra, cepat2 sambung ye, kalau boleh biar ada suprise ckit..mesti lagi best!
Assalam to writer...
just one word,
AWESOME!!!...
Huh.. bodobar raso eh jantung den ni ha baco sampai abih... hahahha....
Anyway best... just keep this feeling until the end. Good Luck writer...
From : IJA
betul tu... buat x tau je kat Rayyan tu. penat dah rasanye baca story pasal pompuan pendam perasaan nih. nak gak baca pasal pompuan yang slumber.. yg cool.. yg kuat.. cari je org lain yg lg best kebaboom... bg berapi sket si Rayyan tuh
eii jahatnya ray... takpe Airis jangan risau. Ray boleh pasang satu, Airis pun boleh pasang satu jugak. nama pun budak lepas sekolah lagi... muda lagi kan hehehehe...
Post a Comment